Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!

Share

Senangnya nak buat Strawberry Cheesecake Rolls ini, guna 5 bahan je.Rangup di luar, manis dan lemak berkeju di dalam. Tak perlu renyah nak buat macam-macam langkah untuk hasilkan ‘dessert’yang sedap. Bagi penggemar cheese, resipi ini wajib dicuba.Cuti sekolah dah nak mula hujung minggu ni, bolehlah buat dengan anak-anak.

Berikut merupakan perkongsian resipi daripada Puan Hurun’lin Malik sebagai rujukan.

“Omaigadd! Hmm good bak kata anak ain.Sedap kot. Main taram je tu, tersedap pulak. Guna bahan ape ade je, bayangkan cuma 5 bahan je. Ain bagi nama strawberry cheesecake roll. hihi suka ati je. Jom tengok apa bahan-bahannya”.

Strawberry Cheescake Rolls

Bahan-bahan:

10 keping kulit popia
250g cream cheese
6 biji strawberry (potong kecil)
2 sudu besar gula aising
4 titik esen vanilla
*Tambahan gula aising untuk ditabur

Cara Membuat:

1. Pukul cream cheese dengan gula sehingga kembang.

2. Sudukan cream cheese di atas kulit popia.

3. Letakkan buah strawberry di tengah cream cheese.

4. Kemudian, tutup dengan lapisan cream cheese lagi.

5. Lipat popia macam biasa.

6. Goreng sehingga kekuningan.

7. Tabur dengan gula aising dan sedia untuk dihidang.

Siap!

Baca lagi Di Sini: Resipi Cheese Tart Magnum Buncit, Puas Hati Makan Penuh Keju Selambak!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Mak-mak bolehlah cuba resipi simple dan sedap ini dengan anak-anak di rumah.

Sumber: Hurun’lin Malik

IKLAN