Selebriti

Status Hubungan Fikry Ibrahim & Siti Khalizah Alihan Jadi Tanda Tanya, Saling Tak Ikuti Instagram

Share

Status hubungan pelakon, Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan kembali menjadi perhatian apabila mereka tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Mungkin memilih cara ini kerana lebih selesa atau ada cerita sebaliknya?

Status Hubungan Fikry Ibrahim & Siti Khalizah Alihan Jadi Tanda Tanya

Menerusi tinjauan, Fikry dan Khalizah sudah lama tidak memuat naik sebarang hantaran bersama di media sosial sekali gus menguatkan spekulasi.

Meskipun begitu, Fikry dilihat masih mengekalkan momen bersama isterinya di Instagram, manakala Khaliza tidak lagi memaparkan sebarang gambar mereka berdua.

Kali terakhir Fikry memuat naik gambar bersama Khalizah ialah pada 12 Februari tahun lalu. Setakat hari ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan daripada kedua belah pihak.

Saling Tak Ikuti Instagram

Bagaimanapun, Fikry ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram Storynya yang berlatarkan ruangan solat di sebuah masjid, semalam.

“Ya Allah, jangan biarkan hati ini terlalu mencinta dunia hingga lupa kepada-Mu. Jadikan setiap hari peluang untuk menjadi hamba yang lebih baik daripada semalam,” tulisnya di hantaran itu.

Pada April lalu, Fikry menafikan dakwaan rumah tangganya bergolak selain menegaskan komunikasi antara mereka berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Khaliza pernah memfailkan penceraian terhadap Fikry pada Mei tahun lalu, namun menarik semula permohonan pada Jun menerusi peguamnya, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 12 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Gambar: Fikry Ibrahim

 

Published by
Nadia Mohamad