Status Agama Dua Beradik Lemas Belum Dikenalpasti – Suspek Dakwa Sudah Diislamkan Di Kelantan Tapi…

Share

Status Agama Dua Beradik Lemas Belum Dikenalpasti – Suspek Dakwa Sudah Diislamkan Di Kelantan Tapi…Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersedia menguruskan jenazah dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, Khamis lalu, namun perkara itu bergantung kepada pengesahan status agama mangsa.

Status Agama Dua Beradik Lemas Belum Dikenalpasti

Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah memaklumkan pihaknya menerima permintaan daripada polis untuk membuat semakan kerana nama pada dokumen rasmi mangsa menunjukkan identiti berbangsa Cina.

Suspek Dakwa Sudah Diislamkan Di Kelantan Tapi…

Menurut beliau, bapa kepada kanak-kanak tersebut mendakwa mereka telah memeluk Islam di Kelantan, namun semakan bersama Jabatan Agama Islam Kelantan serta rekod dalaman JHEAINS tidak menemui sebarang catatan pengislaman mereka.

“Setakat ini, kita hanya bergantung pada pengakuan bapa mangsa. Kita minta beliau membuat kenyataan bertulis kepada pihak polis untuk dijadikan asas tindakan. Selepas mendapat pengesahan rasmi daripada polis, barulah urusan pengkebumian boleh dilaksanakan,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, pihak ibu kandung mangsa yang difahamkan berlainan agama juga diminta membuat laporan polis bagi menguatkan pengesahan berhubung status kedua-dua anak tersebut.

“Dokumen laporan polis itu akan menjadi rujukan utama bagi membolehkan JHEAINS menguruskan jenazah mengikut syariat Islam,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa ketika proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Port Dickson, tiada ahli keluarga atau waris tampil menguruskan jenazah berkenaan, malah suasana di lokasi kelihatan sunyi kecuali kehadiran beberapa pengamal media.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkaitan: Tragedi Dua Beradik Lemas Dalam Kereta: Bapa Ada 16 Rekod Jenayah, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Kes Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi: Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung

Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Published by
Has