sos cili

Biasanya air tangan mak yang paling diingati dan dirindui selalui. Bila mak dah tiada, masakannya akan sentiasa menjadi kenangan terindah buat anak dan tak dapat dibeli di mana-mana.Walaupun hanya menu dan resipi yang paling simple seperti sos cili.

Jika nak mak-mak nak buat sos cili sendiri di rumah,jimat, bebas bahan pengawet dan terjamin kebersihannya boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ezanee ini. Menurut wanita ini, resipi tersebut merupakan resipi daripada arwah uminya sendiri. Walaupun tanpa anggaran sukatan sebenar, insya allah pasti jadi sos cili yang sedap.

Berikut perkongsian tersebut;

“Resepi sos cili arwah umi ni, selama 33 tahun saya tak pernah sukat-sukat, saya campak-campak ja.Arwah umi pun saya tengok campak-campak ja. Jadi saya bagi resepi ni agak-agak je tau.Tapi Insya Allah jadi”.

Bahan-Bahan:

3 senduk cili kisar
1 peket sos tomato
1 cawan cuka
6 ulas bawang putih (diketuk)
700ml air
4 senduk gula
Setengah sudu besar garam

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Mula-mula letak periuk atas dapur. Satukan semua bahan-bahan seperti air,cili kisar, bawang putih,cuka sehingga mendidih. Agar bagi cili tu masak dengan lunak dan mesra-mesra.

2. Apabila dah mendidih letak sos tomato, kacau lagi sampai mendidih.

3. Akhir sekali, letak gula dan garam kacau dalam 10 minit. Tengok dah mendidih, tutup api.

IKLAN

Siap! Selamat Mencuba!

Sos Cili Rasa Pedas-Pedas Manis! Wanita Ini Kongsi Resepi Arwah Umi

IKLAN

Sos ni seakan-akan sama macam sos kopok lekoq, cucuq udang, rasanya pedas-pedas manis.

MW: Buat sendiri sos cili di rumah lebih jimat dan berbaloi. Malah paling penting bebas bahan pengawet mahupun perasa tambahan.Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: Fatimah Ezanee

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI