Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi diri kita yang banyak dosa, kena memohon ampun daripadaNya, bertaubat bagi membersihkan diri daripada dosa.
Solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Cara Solat Sunat Taubat
Bersihkan diri. Ambil wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang. Selepas itu baru niat.
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)
4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
5.Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.
6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.. Ikut suka.
Ads
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.
7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..
Astaghfirullahal’adziim atau
Ads
Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.
9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.
Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan AllaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita mati..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada AllaH?
Ads
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa.
Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam;
1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbanyakkanlah melakukan solat sunat taubat, bagi membersihkan diri yang banyak dosa.Caranya mudah, dan paling penting bersungguh-sungguh meminta keampunan agar taubat kita diterima hendaknya.
Ramai antara kita pasti pernah makan dahulu, kemudian kira dan baru bayar pada tuan kedai. Terutamanya jika kedai makan yang jenis ramai dan penuh sesak dengan pelanggan. Makanan yang diambil pula biasanya tak sempat dilihat peniaga, dah habis makan dalam pinggan dan hanya dikira berdasarkan anggaran sahaja. Sebenarnya, berdasarkan hukum jual beli, tak boleh makan dulu sebelum tuan kedai melihat dan mengira makanan yang kita ambil.
Semoga perkongsian daripada Muharrik Daie ini dapat dijadikan panduan dan pesanan buat kita.
Malam semalam aku teringin sangat makan nasi lemak di kampung baru. Terbayang dah dalam kepala, lauk sotong dan paru serta telur mata kerbau yang meleleh tu. Tambah lagi sambal yang pedas manis dan nasi yang panas berbau pandan dan lemak.
Kampung baru KL ni memang pusat makanan kalau malam. Mahal? Itu biasa. Golden Triangle. Memang mahal. Dari sewa hinggalah kepada harga makanan. Tapi bab makan ni aku tak berapa kisah sangat. Asal sedap. Datang pun bukan selalu, tapi sesekali bila rasa mengidam.
Setelah park kereta, aku masuk lah dalam satu warung tu untuk makan. Ambil nasi, paru, ambil sotong, telur mata dan sambal kerang. Aku lihat semua orang ambil makanan terus berlalu dan duduk ditempat yang disediakan.
Aku pula, tak biasa begitu. Bukan tak biasa macam mana tapi sebab ia terkait hukum.
Gambar hiasan
Hukum Jual Beli
Memang dari segi hukum jual beli pun, tak boleh makan sebelum tuan kedai melihat akan makanan yang kita ambil.
Kalau harga tetap macam KFC atau Mc Donald tak apa lah! Atau makanan lain yang berbentuk seketul seketul dan sepinggan sepinggan seperti laksa, mee rebus dan sebagainya. Harga memang dah tetap. Boleh duduk terus dan kira kemudian.
Tetapi kalau makanan seperti nasi campur, wajib kita tunjukan makanan campur yang kita ambil itu kepada penjual dan kita wajib pastikan kuantiti makanan dan harga dulu supaya kita tidak menzalimi penjual dan penjual juga tidak menzalimi kita dari sudut kuantiti yang kita ambil waktu pengiraan dan pembayaran nanti.
Bayangkan, macammana kita nak istihar makanan yang telah kita makan itu banyak atau sikit kepada sipenjual kalau kita tidak tunjukan dulu. Si penjual pasti tidak mahu rugi dan kita juga sudah pasti tidak mahu dizalimi.
Maknanya tuan kedai tu kena kira betul betul mengikut kadar kuantiti makanan yang kita ambik dan dengan harga yang patut dia kenakan.
Begitulah adilnya hukum islam, supaya sesama kita tidak zalim menzalimi.
Berbalik kepada cerita aku, aku terus ke kaunter untuk dinilai dan dikira makanan yang aku ambil.
“Berapa kak.” Tanya aku.
Dia merenung aku sambil senyum. Makanan aku, hanya di lirik nya saja sambil lalu.
“Tak apa. Encik makan dulu nanti kita kira kemudian.”Kata kakak kaunter itu yang aku agak tokey kedai nasi lemak tu.
“Tak boleh gitu kak, saya ambil banyak ni. Nanti rugilah kalau tak nilai dan kira dengan betul. Macam ambik kerang dan sotong serta paru yang diricik halus ni. Macam mana nak kira kalau saya dah makan. Mestilah tengok dulukan?”Ujar ku pada kakak itu seolah ingin mengajar dia.
“Tak apa, tak apa, nanti adalah orang datang kira kat table encik. Encik duduk dulu ya.”Ujarnya lagi menyuruh aku duduk.
Aku pun teruslah ke meja makan dan menunggu seseorang datang untuk mengira juadah yang aku ambil. Hampir lima minit menunggu. Tak ada kelibat orang pun yang datang.
Aku kembali balik kepada kaunter untuk bertanya. “Saya lama dah tunggu ni kak, tak ada pun orang datang kira.” Ujar ku pada tokey kedai tersebut.
“Tukang kira tu sibuklah encik. Encik makan jer lah dulu.”Jawab nya.
“Tak bolehlah begitu kak, haram hukumnya saya makan kalau tak dikira dulu sebab orang yang kira tu tak tengok apa yang saya ambik. Takut dia silap kira nanti. Berdosa pulak saya. Akak tak boleh kira ke?” Ujar ku lagi.
“Tak bolehlah encik. Saya hanya terima duit mengikut bil saja.”
“Ok tak apa, nanti saya pergi jumpa tukang kira tu.”
Kira Harga Makanan
Aku pun terus menuju orang yang mengira makanan dipenjuru warung. Aku lihat ia sibuk semacam. Maklum lah ramai pelanggan nak dilayan.
“Dik, kira makanan abang ni?”Ujar aku pada tukang kira sambil menunjukkan pinggan makanan yang aku ambil.
Tanpa merenung aku dia berkata, “Abang duduk dulu, nanti saya datang kira.”
“Tak apa, adik kira dulu, senang. Sebab abang nak cepat ni.”Aku buat buat kalut.
Tanpa banyak cakap dia melihat dan meneliti makanan aku dan menulis. Kemudian terus memberi kertas kecil dengan harganya sekali tanpa memandang aku. Haa kau, Rm 14.20. Tak apa. Janji sedap dan kena dengan selera aku.
Tanpa bicara, aku pula terus menuju meja untuk menikmati makan malam aku sambil meminta air suam. Lazat. Puji aku dalam hati.
Selang beberapa ketika, datang kembali si tukang kira ke table aku. Waktu itu makanan aku hampir separuh aku makan.
Mungkin dia tak perasan aku tadi dan terus mengira. Aku biarkan saja sebab aku nak tengok cara dia mengira dan menganggar makanan aku.
Dia terus menulis dan memberi aku kertas kecik dan berlalu pergi tanpa sempat aku tanya.
Aku lihat di kertas tu harga yang ia tulis rm17.80
Elak Zalim Menzalimi
Aku senyum sendirian. Senyum kerana betapa ulamak feqah tedahulu telah tahu dan mengkaji sifat manusia berjual beli dan bagaimana mereka nak istinbat sesuatu hukum dalam jual beli ni untuk memudahkan hidup manusia agar tidak zalim menzalimi.
Seperti yang aku jangka, tidak semua peniaga peniaga islam ni belajar hukum muamalat sewaktu ingin membuka perniagaan.
Justeru, jika kita tidak belajar hukum dalam apa pun bidang hidup kita, pasti nya kita akan silap dan menzalimi orang lain. Serta berdosa dengan Allah.
Usai makan, aku ke kaunter. Aku tunjukan slip harga yang telah di beri pada aku tadi.
“Kak, mula mula tadi, orang akak nampak makanan saya dan dia kira makanan saya harganya rm14.20. Ni slip kedua, dia kira waktu saya hampir selesai makan dengan harga rm17.80. Jadi mana satu yang saya patut bayar?” Tanyaku sambil senyum.
Aku lihat muka wanita itu tiba tiba berubah kemerahan. Senyumnya tenggelam. Dia diam. Mungkin malu.
“Mana satu ya kak.”Tanya aku lagi. Ikhlas.
“Tak apalah, encik bayar ikut yang mula mula tadi.” Ujar nya sambil menunduk dan tidak memandang wajah aku.
“Akak tuan kedai kan?”Tanya ku.
“Betul. Saya dan suami. Saya tak pandai letak harga, suami yang letak, sebab tu saya suruh encik kira dengan petugas yang ditugaskan kira tu.”
Berniaga Ikut Syariat Yang Betul
Aku lihat, dia macam takut takut. Mungkin takut aku viral kot. Tapi pastinya aku tak kan buat begitu. Aku pun tahu dosa menyebarkan aib orang kalau ia bukan maslahah yang besar yang boleh kita betulkan. Aku cuma nak ajar dia saja, supaya berniaga mengikut syariat yang betul dan mengubah sistem pembayaran cara syariat.
“Tak apa kak. Nasi dan lauk pauk akak memang sedap. Saya puji. Tapi akak kena ubah cara mengira makanan tu mengikut cara syariat. Tak boleh agak agak begitu saja. Berdosa kak, menzalimi orang.”
Tanpa menunggu jawabannya aku pun mengambil wang rm20 dan menghulurkan pada nya sambil berkata, “Akak, simpan bakinya sebab nasi akak sedap.” Sambil aku berlalu pergi.
Aku lihat dia kaku. Mungkin tersedar kesilapannya.
Benar, terkadang dalam dakwah ini kita harus ajar dia cara begitu supaya dia faham dan berubah.
Muga Allah majukan perniagaan nya dan memberi ia ilmu berniaga mengikut apa yang dikehendaki syariat.
Sekadar renungan buat kita hari ini.
Jika menfaat pengalaman aku ni, harap dapat tuan puan tekan butang SHARE lah ya supaya kita dapat pahala dalam menyebarkan dakwah dan kebaikan.
Penulis
#muharrikdaie
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Ada benarnya.Pesanan buat peniaga berniagalah mengikut syariat yang betul, ubahlah sistem pembayaran cara syariat. Buat para pelanggan, setiap makanan yang diambil menjadi darah daging, pastikan tahu harga dahulu sebelum makan. Jika tuan kedai sangat sibuk atau ramai orang, pastikan ambil gambar dulu siap-siap sebelum kita makan, kemudian tunjukkan pada tukang kira nanti.
Dalam kehidupan kita, apa yang kita ada dan miliki adalah pemberian dariNya. Bersyukurlah dan tak perlu rasa diri lebih baik dan beruntung daripada orang lain. Ini semua sudah tertulis rezeki masing-masing.
Kadang-kadang, kita mula terfikir diri lebih baik dan mampu beri dan dapat apas saja yang diingini. Begitu juga dalam memberi sedekah, tidak tinggal solat dan sebagainya, rasa kita boleh lakukan sehabis baik berbanding dengan orang lain.
Usah mula rasa diri lebih baik, bimbang yang dikatakan riak akan wijud dalam diri. Daripada kita berikan dengan ikhlas tapi ada rasa riak, terus pahala tidak dapat.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
Jangan merasa diri kita ” Lebih Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
Kerana kita takkan pernah tahu di manakah dan bilakah saat hati kita “IKHLAS” melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
Selalu letak diri kita dalam keadaan;
” aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain ” untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.
Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan “REDHA ALLAH”.
Di samping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.
Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN
Mingguan Wanita : Buatlah dengan penuh ikhlas kerana semua ini adalah rezeki dariNya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ada segelintir suami, bila isteri bekerja, suami terus lepas tangan. Salah perbuatan ini jika pasangan atau isteri tak redha kerana tanggungjawab jatuh pada suami. Jangan main-main bab nafkah zahir ini takut suami muflis di akhirat kelak.
Jangan bila isteri tak bersuara, suami ambil mudah dan lepas tangan. Lebih teruk bila serahkan segala hal atas bahu isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik.
Jangan Lepas Tangan
“Kesilapan” yang perlu diperbaiki…
Bila isteri bekerja, bila isteri ada pendapatan, suami terus lepas tangan…
Barang dapur isteri beli, yuran sekolah anak isteri bayar, minyak kereta isteri isi, makan minum pakai isteri pun dia tanggung sendiri… Asbab dia ada duit…
Sampai Pasangan Tak Redha
Salah ke? Tak salah andai dia redha, dia izinkan. Dia memang rela dengan sendirinya untuk tanggung apa yang sepatutnya ditanggung suami.
Untuk bayar apa yang sepatutnya dibayar suami, untuk beli apa yang sepatutnya dibeli suami…
Jika dia tak redha? Malah, jika dia rasa terbeban? Jika dia rasa dipergunakan disebabkan dia ada pendapatan bulanan, suami terus lepas tangan dan “BIARKAN” dia gunakan pendapatannya sendiri, maka suami dah pun “BERHUTANG” dengan isteri sendiri…
Hutang nafkah zahir… Perkara dan urusan yang sepatutnya berada di bahu suami, kini di bahu isteri asbab dia ada pendapatan…
Hanya disebabkan terma dia “ada duit sendiri”, maka suami berterusan menggunakan terma tu dalam urusan rumah tangga…
“Awak kerja kan… Awak ada duit kan… Belilah sendiri…”
Isteri ini, berkerje atau tak, berniaga ke tak, ada pendapatan atau tidak, tetap di bawah tanggungan suami…
Tetap, wajib, tidak ada syarat bila dia ada pendapatan, maka suami sudah boleh lepas tangan…
Tanya isteri, dia redha dan rela atau tidak pendapatannya digunakan untuk tujuan tersebut… Kita tak nak berhutang dengan isteri sebab kita boleh “muflis” diakhirat kelak jika isteri tuntut semua yang dia tanggung didunia ini…
Tuntutan terhadap “Hutang yang tak nampak”…
MW: Peringatan buat suami, jangan anggap anda terlepas menanggung segala nafkah zahir isteri di dunia, anda selamat. Tunggu di akhirat kelak, silap-silap bab nafkah atau hutang yang tak nampak ini membuatkan ayah-ayah muflis di akhirat kelak.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.