Tentunya suasana pandemik Covid-19 ini cukup menguji hati sesiapa sahaja. Kebiasaan tak lagi jadi biasa, anak-anak tak lagi bebas mengunjungi masjid seperti sebelumnya. Orang dewasa nak masuk masjid untuk solat Jumaat pun perlu menggunakan kupon. Itulah peraturan yang mahu atau tidak, terpaksa kita akur.
Ayah ini, Ustaz Hatta Azad Khan Madani berkongsi pengalaman membawa empat orang anak-anak lelakinya berjalan di Alamanda, Putrajaya. Bila tiba waktu solat, mahu bawa anak-anak masuk masjid. Sayangnya peraturan tetap peraturan.
Namun, kewajipan pada Yang Esa tak sesekali dilupakan. Walau di ruang laman terbuka, mereka anak-beranak tetap tunaikan solat berjemaah.
Kongsinya,
Semalam (ketika catatan ini dimuatnaik pada 13 September 2020) ke Alamanda Putrajaya, bawak hero 4 orang ni sekali jalan jalan..
Ads
Kemudian gerak ke Masjid Besi Putrajaya nak solat Asar.. Tak tahu pulak kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk walaupun pakai mask,bawak sejadah.
Kami Dirikan Solat Dekat Luar Je..
Tak mengapa, dengan berhemah ostad minta security nak masuk toilet je sebab hero 4 orang ni nak buang air.. Alhamdulillah dapat gi toilet, tunaikan hajat dan berwuduk. Kami dirikan solat dekat luar je pun ok tak da orang halau.
Cuma ostad terpaku nak jawab bila hero hero ni tanya, kenapa shoping mall boleh masuk? masjid tak boleh?
Ads
Jeng..kita selalu ajar anak anak kita masjid tempat turun RAHMAT tempat paling Allah cinta.. Mall, shoping complex, pasar tempat Allah paling benci.. *solat yang paling khusyuk, adalah ketika tak dibenarkan masuk Masjid
Ini dinamakan jodoh di tangan Tuhan, apa yang berlaku atas kehendak Allah. Biar pun jarak usia 34 tahun namun bukanlah penghalang untuk bahagia. Malahan dikatakan Datuk Zaleha banyak membantu pemuda berusia 28 tahun ini mendalami Islam kerana dia seorang mualaf.
“Sebenarnya saya mualaf. Sepanjang lima tahun perkenalan kami, dialah yang banyak membantu saya mendalami Islam,” kata Muhammad Asyraf Daniel, 28, yang menamatkan zaman bujang dengan Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, 62.
Pasangan itu berkahwin pada 11 September lalu dan kini berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang.
Muhammad Asyraf berkata, Zaleha juga yang menemani dia mengucapkan kalimah syahadah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Melaka tahun lalu.
“Alhamdulillah, majlis perkahwinan kami berjalan lancar walaupun banyak ujian ditempuhi antaranya tentangan daripada keluarga dan perbezaan usia,” katanya lagi.
Menurutnya, hampir enam bulan mereka berusaha untuk mendirikan rumah tangga selepas dia memberanikan diri meluahkan perasaan cinta kepada Zaleha.
“Saya bersyukur kerana isteri menerima cinta saya dan bersetuju untuk berkahwin. Kami memilih tarikh 11 September yang juga adalah hari Jumaat yang penuh barakah,” jelasnya.
Menurutnya, hubungan mereka semakin rapat ketika sama-sama bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pahang pada Januari 2019 dan bertambah rapat ketika PRK Tanjung Piai, Johor pada November 2019.
Dia yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, lima tahun perkenalan bersama Zaleha sudah cukup meyakinkannya untuk mengambil keputusan menamatkan status bujang.
Muhammad Asyraf berkata, dia dan isteri akan ke Sabah minggu depan selepas berbulan madu di Cameron Highlands.
Sementara itu, Zaleha ketika dihubungi enggan mengulas lanjut namun sempat memaklumkan beliau dan suami sedang berbulan madu di Cameron Highlands dan dalam perjalanan mencari bunga.
Terdahulu, gambar pernikahan Zaleha bersama pasangannya, Muhammad Asyraf tular di media sosial dengan rata-rata warganet berpendapat perbezaan usia 34 tahun bukanlah penghalang dalam membina rumah tangga yang bahagia.
Zaleha juga pernah tular dengan tindakannya yang mendermakan gelang emas kesayangannya bagi membantu Tabung Solidariti Datuk Seri Najib Razak, dua tahun lalu.
MW: Ternyata perbezaan usia yang jauh bukanlah penghalang bahagia. Sama-sama kita doskan kebahagiaan pasangan ini sehingga ke syurga, insyallah.
Mungkin antara kita tak sangka bahawa tanah di angkasa lepas, iaitu di bulan juga boleh di beli. Atas rasa kasih dan cinta pada isteri tersayang menyebabkan seorang lelaki di Pakistan membeli satu ekar (kira-kira 0.4 hektar) tanah di bulan sebagai hadiah perkahwinan mereka. Memang istimewa, unik dan bukan calang-calang hadiahnya ini.
Portal Gulf News melaporkan Sohaib Ahmed, 23, membeli tanah itu pada harga AS$45 (kira-kira RM186) melalui program Inisiatif Pendudukan Bulan (LSI) Pembelian itu disahkan oleh LSI melalui satu sijil rasmi.
Malah, nama Sohaib Ahmed juga jelas tertera pada sijil berkenaan.
Sebelum ini, beberapa aktor Bollywood antaranya Shah Rukh Khan juga dilaporkan mempunyai tanah di sana selepas dihadiahkan oleh seorang peminatnya.
Selain itu, seorang lagi aktor Bollywood yang baru meninggal dunia pada Jun lalu iaitu mendiang Sushant Singh Rajput juga dikhabarkan memiliki sebidang tanah di bulan.
Menurut laman web LSI, tanah di bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai misi eksplorasi dan pembangunan sumber di bulan.Selepas berjaya memiliki tanah, pemilik ‘berhak’ untuk tinggal di tanah itu.
Dalam pada itu, pasangan itu dilaporkan berjaya mendapatkan semua dokumen berkaitan yang dikeluarkan Sea of Vapor Society.
Sohaib berkata, dia mendapat inspirasi untuk membeli tanah di bulan daripada mendiang Rajput.
Isterinya, Madiha berkata, ramai yang menyangkakan pembelian tanah di bulan hanya gurauan.
“Ramai beranggapan ia gurauan, tetapi sebagai saya menunjukkan dokumen mereka baru mempercayainya,” katanya.
Dalam pada itu, Gulf News melaporkan bahawa ada banyak syarikat dalam talian menawarkan penjualan tanah di bulan.
Realitinya, India dan Pakistan sudah menandatangani perjanjian antarabangsa pada 1967 yang melarang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan terhadap tanah di angkasa lepas.
Perjanjian The Outer Space Treaty itu sehingga kini sudah ditandatangani oleh 105 negara.
Antara lain turut menghalang mana-mana pihak menempatkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) di angkasa lepas.Selain itu, tanah berkenaan dianggap sebagai warisan manusia dan tidak boleh dimiliki oleh mana-mana negara atau individu.
MW: Tak sangka tanah di bulan pun boleh dibeli.Memang istimewa, unik, lain daripada yang lain. Demi kasih pada isteri tersayang macam-macam sanggup dilakukan.
Memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.
Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini.
Ironinya, perkenalan selama setahun setengah ketika bibit cinta bersulam antaranya dan suami, Asyraf Khalid mengubah drastik kehidupan dan kerjaya seninya yang sudah mekar di tanah kelahiran sendiri.
Berjauhan Dengan Keluarga
Jodoh panjang antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.
“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan,” katanya.
Bergelar Ibu Ubah Hidup Tya
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.
“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.
“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.
“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.
Bagi Tya menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah.
Jika ikutkan semangat membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi sudah bercita cita ada wisma sendiri.
Namun, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, tiada hasil yang mengkhianati usaha, Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah membahagiakan diri.
Rezeki Melimpah
Bertemunya pada majlis pelancaran wisma Mutyara pada 5 September, Tya menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh.
“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.
“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya
Pelakon sensasi, Fattah Amin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.
Fattah Amin Failkan SamanTerbaharu, tular satu perkongsian daripada Musang Berjanggut berkaitan jadual prosiding...