SNOW ALMOND Cookies, Awal Buat Untuk Anak-Anak Sekarang Ada Peminat Tersendiri Di Shopee!

Share

Siapa sangka resipi biskut rangup ‘Snow Almond’ Cookies awalnya hanya buat untuk anak-anak di rumah, namun kini berjaya dijual dan mempunyai peminat tersendiri di Shopee. Itulah yang dikongsikan oleh Puan El-Ain Arzmi mengenai resipi biskut jualannya.

Biskut Snow Almond Cookies ini sangat sedap dengan secukup rasa lemak manis, pahit coklat biskut yang rangup.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini sebagai rujukan;

Resepi asal dari kakak Faizah Arzmi.Awal-awal buat untuk anak-anak je.Sekarang alhamdulillah ada peminatnye tersendiri di shopee dan area taman rumah.

Snow Almond Cookies

Bahan-Bahan:

250g butter (Brand buttercup)
1 1/2 cwn gula caster
*Kacau sehingga sebati. Tambah

1 cawan susu tepung
1 cawan serbuk badam
1 cawan nestum original
1 cawan tepung jagung
* Kacau sehingga sebati. Tambah

3 cawan tepung gandum
*Kacau sehingga menjadi doh lembut.Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit-sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.

Bentukkan bulat-bulat dan bakar suhu 150’c masa 20minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Adunan ni boleh dapat dalam 90 biji biskut.

2 cawan Dark Beryls coin
2 sudu cocobutter
*Double boil sehingga coklat larut dan sebati.

Celup biskut dalam larutan coklat yang suam-suam dan salut dalam serbuk roti.Ramai pelanggan confius putih-putih tu adalah serbuk kelapa tapi bukan ya tu ada serbuk roti atau breadcrumb.

 

Sedia dihidang.

InsyaAllah saya yakin resepi ini boleh buat jualan.Rasanya sangat sedap lemak manis pahit coklat biskut yang rangup.

Semoga dari berkongsi resepi ini mengalir pahala untuk kakak saya yang sedang berjuang melawan kanser paru-parunya dan diberi keajaiban kesembuhan.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Resipi Cookies Ala FAMOUS AMOS, 1 Bancuhan Boleh Dapat 3 Jenis, Mudah!
Baca Lagi Di Sini:Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘Chocolate Chip Almond Cookies’
Artikel Menarik:‘BISKUT DATIN’ Rasa Macam Kuih Tart, Buat Lebih Senang Cepat Siap!

Mingguan Wanita: Mak-mak boleh cuba buat sendiri Snow Almond Cookies ini di rumah nanti. Nak buat untuk keluarga atau nak cari idea biskut untuk dibuat jual pun boleh sangat.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Sumber:El-Ain Arzmi

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

IKLAN