
Kudap untuk anak-anak, snek laksa kering ini sesuai bagi pada anak-anak yang suka makan jajan. Jadi mak-mak boleh ganti makanan ini untuk anak-anak yang suka makan jajan yang kurang berkhasiat.Jom godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Rahman ini…
Snek untuk anak. Min memang tak pernah belikan jajan dan dilarang keras ade jajan kat rumah.
Jadi mama pun kena la buat snek sendiri. Haritu min ade tengok member fb buat snek ni untuk anaknya juga.
Dan ni kali ke 2 min buatkan untuk anak. Memang sedap, krapp krupp kraap sekejap aje Rania habiskan.
Ini resepinya…
Bahan utama:
Laksa kering.
Digoreng sehingga warna keemasan.
Nota:
Minyak kena betul betul panas ye. Angkat dan toskan.
Bahan Perasa:
Serbuk kari.
Sedikit garam.
Serbuk masala.
Secubit lada hitam hancur.(Min tumbuk sendiri).
Sesudu Chia Seed yang di blend kering.
Cara buat:
Campur semua bahan perasa ni, dan boleh tabur kat laksa yang kite goreng tadi. Siapp.
Sedap tau, mama pun tumpang sekaki lah. Tak tahan tengok kak rania krapp kruppp sengsorang.
Haaa, senang je nak buat kan. Sila lah cuba dan sila SHARE ok. Esok esok nak buat tak adalah tercari cari resepinya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Puding Oreo Milo, Basahkan Acuan Dengan Air Supaya Mudah Dikeluarkan

Sedapnya buat Puding Oreo Milo sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Gabungan Biskut Oreo dan Milo, anak-anak mesti suka. Apatah lagi jika dimakan ketika sejuk.
Baca Lagi Di Sini:
Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini
Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie Sedap, Wanita Ini Kongsikan Resipinya!
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri Puding Oreo Milo ni boleh buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fauziah Yahya sebagai panduan.
“Permintaan anak-anak petang ni… Yummy”
RESEPI PUDING OREO MILO FY
Bahan-Bahan:
1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram

Cara Membuat:
1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.
2. Kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
3. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.

4. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.

5. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan. Siap!

Selamat mencuba!

Info Ekstra!
- Kena suam-suam je lapisan adunan putih tu jangan keras sangat nanti tak lekat. Keraskan suhu bilik je.

MW: Sedapnya Puding Oreo Milo ni, makan sejuk-sejuk. Buat mak-mak yang nak rasa kesedapan puding ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan.
Sumber: Fauziah Yahya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beli Barang Basah, Kena Jimatkan Duit Dapur Sebelum Terbabas Tarik Barang Tak Perlu!

Kalau keluar beli barang basah dan kering zaman sekarang, takut nak tarik laju-laju. Wajib tilik harga betul-betul sebelum jadi kes terlebih bajet. Dengan harga makin melambung, nak tak nak mak-mak tetap kena teruskan hidup tetapi dengan cara jimat tersendiri.
Ya, membesarkan keluarga secara bajet perkara yang sukar. Mungkin ada yang tahap nak beranak ramai pun takut! Sebenarnya ini memerlukan daya kreatif dan strategi bagi memastikan kewangan teratur. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh suri rumah bagi menjimatkan wang.
1. Satu lauk dan bawa bekal
Masak satu lauk dan satu sayur. Tak perlu bazirkan lauk dengan sediakan menu banyak. Pastikan sediakan bekal untuk anak-anak dan suami juga.
2. Jangan terpedaya jualan murah
Memang lebih jimat kalau beli barang ketika jualan murah tapi anda kena fikir balik adakah barang yang dikatakan murah itu akan digunakan dalam masa terdekat atau sebaliknya. Kemudian kena semak tarikh luputnya. Risau juga, beli beria dan akhirnya masuk tong sampah.
3. Senarai barang yang penting sebelum keluar beli barang
Tulis dan senaraikan barang yang mana perlu sebelum keluar membeli. Pastikan betul-betul keperluan dan bukan kehendak. Jangan sampai kedai, anda main tarik barang lain pula!
4. Bajet stok untuk sebulan
Kalau beli barang kedai runcit, harganya lain. Ada peluang, sila pergi beli barang dapur ketika jualan murah. Semak barang dapur yang habis dan beli untuk tempoh sebulan. Contoh beli 3 PERCUMA 1. Itu kan dah jimat!
5. Elak beli barang ikut jenama
Ini memang ramai yang gagal sebab kebanyakan ramai yang suka beli barang ikut brand. Konon nak kualiti tapi sebenarnya anda kena bijak memilih barang. Kadang ada barang kualitinya OK cuma mahal sebab jenama. Cuba ubah gaya hidup anda…
6. Limitkan beli barang basah
Nak beli barang basah kena pastikan anda betul-betul memasak. Sebab kalau beli dan sekadar simpan dalam peti, akhirnya rosak dan masuk kategori membazir. Jadi, pastikan anda betul-betul ada mood nak memasak, baru beli.
7. Periksa semula troli barang yang dibeli
Sebelum anda membayar barang yang dibeli, periksa semua barang yang ada. Letak semula barang itu jika tidak perlu.
8. Cipta tabung kecemasan bulanan
Setiap bulan anda kena paksa diri bayar ‘tol’ sebagai simpanan untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Keluarkan sejumlah wang untuk dimasukkan dalam tabung, dan lebih elok tempat yang tak boleh dibuka langsung.
9. Pergi beli barang tanpa bawa anak
Jangan bawa anak tiap kali keluar beli barang dapur. Ini boleh elak dari beli barang yang tak penting. Ajar anak jimat dari awal, dan elakkan bawa anak ke kedai mainan. Lebih bagus positifkan anak dengan didik anak-anak menabung untuk dia ada simpanan sendiri.
10. Asingkan duit dapur dari awal
Cara ini cukup membantu kalau anda bawa duit secukupnya dari awal. Contoh anda tarik RM200 untuk beli barang dapur, kalau tak bawa duit lebih, confirm anda hanya ikut senarai yang ditulis.
Jangan mengeluh sebab anda mampu bertindak lebih bijak untuk teruskan kehidupan. Apa yang penting anda ‘bulatkan hati’ dalam perbelanjaan harian demi masa depan yang lebih baik bersama keluarga. Selamat mencuba!
Tip Bajet Lauk Basah
Daging
1. Kalau beli daging sekilo kat pasar, balik rumah sila terus potong ikut bajet nak masak. Lepas itu nak letak dalam plastik kecil-kecil atau bekas, terpulang. Nak hiris terus pun OK. Tiap kali nak masak, tarik je satu bekas. Biar dia cair dan lembik sendiri dagingnya. Pastikan mak-mak jangan basuh daging tu pula, nanti hilang manisnya. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan. Masa nak masak itu baru basuh.
Ikan
1. Lepas potong boleh basuh tapi kena simpan terus dalam peti, tak payah gigih nak nak rendam air. Kecut ikan itu nanti. Tak manis dah. Masuk bekas asing-asing takat mana yang nak masak setiap hari.
Udang Dan Sotong
1. Masih sama, potong dan bersihkan siap-siap. Letak dalam bekas, tutup kemas-kemas dan simpan. Keluarkan plastik dan bekas mana yang nak masak saja.
Ayam
Basuh bersih-bersih dulu dan letak dalam bekas. Simpan, siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saja ya, nanti dagingnya dah rasa kurang sedap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kek Coklat Kukus Simple & Sedap, Letak ‘Chocolate Coins’ Dalam Adunan

Senangnya buat Kek Coklat yang simple, lembap dan sedap guna resipi ni.Hanya perlu adun semua bahan-bahan dalam blender, kacau sebati dengan tepung guna whisk dan kukus selama 25 minit, Siap! Tak perlu pakai mixer dan kalau tiada oven pun tak jadi masalah. Malah menariknya tak perlu salut dengan ‘Chocolate Ganache’ pun pun dah sedap. Letak je chocolate coins dalam adunan nanti.
Bukan apa, bila buat sendiri memang puas hati, jimat banyak dan boleh makan banyak kali. Anak-anak pun mesti suka, mak-mak bolehlah buat kek coklat ni nanti.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wan Nor Ezzati Fatini ini.
Kek Coklat Kukus simple dan sedap. Suami dan anak saya suka sangat.
Bahan-Bahan:
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar selama 4-5 minit
Lepas siap, tapis guna penapis
Bahan-Bahan (Ayak) :
1 1/4 cawan tepung gandum (saya guna superfine flour)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1. Lepas diayak, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang dikisar tadi. Kacau guna whisk.
2.Masukkan adunan ke dalam silicone cups dan letakkan beberapa biji chocolate coins.

3.Kukus selama 20-25 minit. Pastikan steamer dah dipanaskan terlebih dahulu.

Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Ini Caranya Buat ‘Chocolate Ganache’ Merelip-Relip Berkilat, Cair Di Mulut!
Senangnya Buat Kek Coklat Viral 4 Sudu, Kukus 20 Minit Siap! Hasilnya Memang Gebu Gebas
Mingguan Wanita: Senangnya ikut resipi ni. Tak perlu pakai mixer, tak payah bakar dalam oven. Guna blender, kacau dengan whisk dan kukus je. Malah menariknya tak perlu salut dengan ‘Chocolate Ganache’ pun pun dah sedap. Letak je chocolate coins dalam adunan nanti.
Sumber: Wan Nor Ezzati Fatini
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




