‘Sleep Divorce’ trend baru pasangan moden, tak nak tidur terganggu. ‘Sleep divorce’ atau perceraian tidur, adalah istilah yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pasangan moden.
‘Sleep Divorce’ Trend Baru Pasangan Moden
Walaupun istilah ini kedengaran dramatik, ia bukanlah bermaksud perpisahan dalam hubungan tetapi merujuk kepada keputusan pasangan untuk tidur di tempat berasingan bagi meningkatkan kualiti tidur masing-masing.
Tak Nak Tidur Terganggu
Apa Itu ‘Sleep Divorce’
‘Sleep divorce’ berlaku apabila pasangan memilih untuk tidur di bilik berasingan atau menggunakan katil yang berasingan dalam bilik yang sama. Keputusan ini biasanya dibuat untuk mengatasi masalah tidur seperti:
Gangguan tidur akibat dengkuran: Salah seorang pasangan mungkin mendengkur dengan kuat, mengganggu tidur pasangannya.
Perbezaan jadual tidur: Ada pasangan yang tidur awal sementara pasangannya lebih cenderung berjaga hingga lewat malam.
Tabiat tidur yang berbeza: Contohnya, pergerakan berlebihan semasa tidur, suka tidur dengan lampu menyala, atau ketidaksepadanan suhu bilik.
Masalah kesihatan: Keadaan seperti apnea tidur atau insomnia mungkin memerlukan persekitaran tidur khas.
Mengapa Pasangan Memilih ‘Sleep Divorce’?
Keputusan ini biasanya dibuat dengan niat untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal masing-masing. Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan:
Stres dan ketegangan dalam hubungan.
Penurunan prestasi kerja dan produktiviti.
Masalah kesihatan seperti keletihan kronik, sakit kepala, dan kemurungan.
Dengan tidur berasingan, pasangan dapat menikmati tidur yang berkualiti tanpa gangguan, yang akhirnya membawa kepada suasana hubungan yang lebih harmoni.
Ads
Faedah “Sleep Divorce”
Kualiti tidur yang lebih baik: Tiada lagi gangguan daripada tabiat tidur pasangan.
Kesihatan mental yang meningkat: Tidur yang mencukupi membantu mengurangkan stres dan memperbaiki mood.
Hubungan lebih erat: Walaupun nampak bertentangan, pasangan yang cukup rehat cenderung lebih ceria dan kurang bergaduh.
Fleksibiliti jadual: Pasangan boleh mengikut jadual tidur masing-masing tanpa perlu merasa bersalah.
Bagaimana Melakukan “Sleep Divorce” Dengan Berkesan?
Jika anda dan pasangan mempertimbangkan “sleep divorce”, berikut adalah beberapa langkah untuk melakukannya tanpa menjejaskan hubungan:
Komunikasi terbuka: Jelaskan kepada pasangan bahawa langkah ini diambil demi kebaikan bersama, bukan kerana masalah perhubungan.
Rancang waktu bersama: Tetapkan masa untuk berbual, bergurau, atau menghabiskan waktu berkualiti sebelum tidur.
Kekalkan keintiman: Pastikan hubungan emosi dan fizikal tetap terjalin walaupun tidur berasingan.
Ads
Kaji keberkesanan: Sentiasa menilai sama ada langkah ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
‘Sleep divorce’ bukanlah tanda hubungan yang bermasalah, sebaliknya ia adalah langkah bijak untuk menjaga kualiti tidur dan kesihatan. Dengan komunikasi yang baik dan usaha mengekalkan keintiman, keputusan ini boleh memperbaiki hubungan dan meningkatkan kebahagiaan pasangan secara keseluruhan.
Jangan takut untuk mencuba jika ia membantu anda dan pasangan menjadi lebih sihat dan gembira.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Isteri Bukan Robot, Tapi Insan Suci Di Sisi Kita Yang Melahirkan Anak-Anak” itulah antara luahan dan pesanan Datuk Yusof Haslam sewaktu ditemubual menerusi rancangan Melodi, TV3.
Seperti yang umum ketahui, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan dia sudah bernikah kali kedua dengan gadis pilihannya Ira Kazar. Perkahwinan tersebut berlaku di Thailand. Malah bapa pengantin perempuan, Kazar Saisi sendiri yang menjadi wali perkahwinan tersebut.
“Isteri Bukan Robot”
Jelas kekecewaan terpancar di wajah Datuk Yusof sepanjnang sesi temubual berlangsung. Malah dirinya turut menitipkan nasihat bagaimana rumahtangganya bersama isteri bertahan.
Ini dek kerana dirinya bersikap pemujuk.
Katanya lagi jika isteri merajuk tidak boleh dibiarkan saja, berasingan dan isteri memendam rasa kerana kita manusia tidak sempurna.
“Kalau ada masalah selesaikan dan lebih-lebih lagi sebagai suami dan imam dalam keluarga memang akan ada masalah, terutama membabitkan emosi dan perasaan, apabila isteri merajuk.
“Apabila sudah membuat kesilapan, kita mengaku silap itu. Jangan menyimpan rahsia dan insya Allah rumah tangga akan kekal.
“Kita tidak boleh pentingkan diri dan menganggap isteri kena dengar cakap kita 100 peratus. Isteri bukan robot, tapi insan suci di sisi kita yang melahirkan anak-anak,” katanya.
“Bohonglah, Saya Kata Tak Kecewa”
Air mata yang menitis menggambarkan perasaan Datuk Yusof.
“Bohonglah, saya kata tak kecewa. Tapi perasaan dan luahan hati saya tentulah tidak sama dengan isteri. Ibunya berasa sedih dan mungkin rasa marah sedikit. Saya pun berpesan dengan isteri, kita doakan yang terbaiklah.
“Kalau timbul apa-apa permasalahan selepas ini, saya harap Syamsul akan berikan penjelasan sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
“Jika ditakdirkan, saya harap tak berlaku sekiranya mereka tiada jodoh, saya harap Syamsul sebagai suami harus menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dia. Tanggungjawab suami bukan semata-mata untuk kita bagi duit saja, banyak aspek lagi.
“Saya sebagai seorang ayah sentiasa doakan yang terbaik, itu saja. Saya tak mahu lagi cakap soal kecewalah. Syamsul, saya harap lebih bertanggungjawab kerana kehidupan ini bukan satu perkara yang mudah. Hidup ini satu perjuangan untuk pertahankan rumah tangga, pertahankan isteri.
“Jalankan tanggungjawab suami, bukan sekadar bagi duit semata-mata, tapi tanggungjawab menjaga perasaan masing-masing. Dalam rumah tangga, saya dah berkahwin dengan isteri hampir 40 tahun,” luahnya.
Tau Fu Fah ini biasa beli dekat pasar sajakan. Lepas tu terfikir, macam susah je nak buat. Lebih baik beli. Rupanya senang sangat nak membuatnya. Bahan yang digunakan cuma air soya, gula Melaka dengan agar-agar.
Ringkaskan.. yang pasti rasanya seenak macam beli dekat pasar. Resepi Tau Fu Fah perkongsian daripada Hana Ramliini tak ambil masa lama pun nak buat. Katanya boleh buat dekat rumah saja.
Bahan-bahan Tau Fu Fah
2 kotak Soya Besar (1 litter)
Agar agar tali (18 gram)
Gula Melaka (1 ketul)
Cara Membuat Tau Fu Fah
First sekali masukkan secawan air, didihkan dalam periuk.
Dah mendidih elok, saya masukkan agar agar terus ke dalam periuk. Tunggu sampai semua agar agar larut, pastikan tak ada tertinggal agar agar yang bertali ya. Proses ni kene tunggu dalam 10 minit macam tu.
Dah larut semua, masukkan 2 kotak soya ke dalam periuk.
Masak beberapa minit dan tutup api.
Selepas itu, masukkan dalam bekas. Ikutlah nak masuk dalam tupperware ke atau mana mana bekas.
Ini Cara Nak Buat Air Gula Merah
Okay ni part air gula pula. Didih air semangkuk, masukkan seketul gula Melaka.
Tunggu sampai larut.
Biar je dia mendidih.
Ini optional ye, kalau nak manis lagi masukkan dua sudu besar gula pasir. Kalau tak nak pun tak apa.
Dah siap air gula, tutup api. Tuang air gula dalam mangkuk tau fu fah kita tadi. Boleh makan. Selamat mencuba!
Bilik tidur merupakan ruang yang paling privasi buat suami isteri. Maka sebab itulah ruang ini sepatutnya tidak boleh ‘dikongsi’ dengan orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri. Pendek kata jangan benarkan sesiapa pun untuk masuk ke ruang yang amat peribadi ini.
Memang ada benarnya, pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih bilik di ruangan bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami isteri.
Sesiapa pun tak dibenarkan masuk sesuka hati walaupun anak sendiri tanpa kebenaran mak ayahnya. Tempat privasi yang mak ayah kena ketatkan peraturan supaya anak-anak tak boleh sesuka hati masuk ke bilik.
Tempat Privasi, Tak Boleh Masuk
Hadam perkongsian ini;
Tau dak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang sesiapapun tak boleh masuk. Dalam Islam, ada masa-masa yang kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri iaitu;
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak
Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.
Kalau Ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.
Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan dibalas dengan hormat juga.
Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting.’
Bilik tidur adalah ruangan privasi suami isteri yang sesiapa pun tak boleh masuk walaupun anak sendiri. Kena minta izin jika nak masuk, bukan main ‘terjah’ je sesuka hati.
Kematian Nurul Asyura mengejutkan keluarga dan mengundang kesedihan mendalam. Ikuti kisah penuh detik cemas, luahan pilu si ibu dan perkembangan terkini mengenai punca kejadian.