Simpan segala dokumen penting di dalam satu beg supaya mudah dicapai waktu kecemasan. Ini antara persediaan penting yang kita perlukan bagi menghadapi segala kemungkinan di kemudian hari.
Bukan apa, dokumen-dokumen ini bila hilang atau rosak proses yang perlu dilakukan untuk menggantikan semula nanti akan menjadi cukup rumit. Jadi bila dikumpulkan dalam satu beg iya jadi lebih mudah, tak perlu tercari-cari lagi malah mudah dicapai sewaktu kecemasan seperti banjir yang berlaku ketika ini.
Boleh ikut cara dan pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Wanda Safwanini sebagai rujukan.
Antara benda yang saya bersyukur sangat sewaktu cemas dilanda banjir ialah semua dokumen penting saya dah disimpan di satu tempat.
3-4 bulan lepas, memang selalu terfikir pasal nak kemaskan susun atur dan juga pengumpulan dokumen-dokumen penting setempat.
Disamping prepping, pengurusan dokumen ni juga penting supaya senang kita nak capai dan lari di waktu kecemasan.
Saya simpan semuanya di dalam 1 beg ni. Ruangan simpanan dia banyak, boleh simpan segala dokumen penting macam surat beranak anak, passport, geran kenderaan, S&P pembelian rumah, surat ar-Rahnu, polisi insurans dan apa saja dokumen penting yang perlu ada.
Sijil Degree saya & suami pun saya simpan dalam beg ni. Yelah just in case diperlukan nanti.
Masa air naik pukul 3am tu, saya terus capai beg ni & semak balik apa yang ada di dalam. Kemudian saya terus masukkan ke dalam luggage untuk di bawa keluar nanti.
Beg ni pun ada lock sekali untuk kita protect dokumen di dalam. Bagi saya, setiap orang perlu ada 1 beg ni di rumah & letakkan di tempat yang senang capai.
Beg ni saya beli dulu direct dari China, tapi saya tengok kat shopee pun ada jual. Murah je RM15 harganya.
Trust me, waktu dah panik nak selamatkan diri nanti kita tak sempat dah nak ingat kat mana passport, kat mana buku tabung haji, kat mana surat beranak anak etc.
Dengan 1 bag ni, mudah kita nak grab & go. Jangan lupa selitkan juga sedikit cash di dalam beg ni untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti.
Mohon sharekan, semoga bermanfaat kepada orang lain. Dulu saya tak terfikir benda ni betul-betul berguna di waktu kecemasan.
Ads
Dah rasa situasi cemas tu sendiri baru tahu
Segala surat, sijil, dokumen, agreement, saya masukkan dalam folder ada plastik supaya dokumen tak berterabur di dalam bag & mudah nak selak & cari.
Ada lock untuk keselamatan. Ada 2 zipper untuk 2 compartment.
Ads
Besar juga ya beg ni siap ada pemegang tepi, boleh masuk plastic folder dalam ni.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, sebaiknya kumpulkan semua dokumen penting dalam satu beg, jadi bila berlakunya waktu kecemasan tinggal capai dan bawa sekali.
Pisang, salah satu makanan yang bukan setakat kanak-kanak saja suka tapi orang dewasa pun. Ia banyak nutrisi dan boleh mengenyangkan. Sebab itulah, kalau petang-petang mesti pekena pisang goreng.
Bukan setakat makan pisang dengan cara bergoreng tapi boleh makan begitu saja. Tak mustahillah, ada yang buat stok pisang kat rumah.
Rupa-rupnya makan pisang ini memanglah banyak nutrisi, tapi kalau salah makan pun atau digandingkan dengan makanan lain boleh menimbulkan masalah penghadaman. Sakit perut, cirit birit dan sebagainya.
Tanpa kita sedar, inilah penyebabnya bila makan pisang dan disusuli dengan makan lain. Paling risau, bila tumbuh jeragat kalau di makan dengan makanan ini.
Inilah penjelasan oleh boss_ding dalam video tiktoknya yang perlu kita ambil tahu dan elakkan selepas makan pisang.
Sememangnya pisang sedap dan banyak nutrisi, Ia bantu untuk mengenyangkan kita. Namun, kena jaga-jaga selepas makan pisang, ada 3 makanan yang patut kita elakkan.
1. Pisang tak boleh makan dengan tembikai kerana kedua-dua buah ini bersifat sejuk. Ia boleh menyebabkan cirit birit.
2. Elakkan makan pisang dengan susu. Ini kerana susu ada kandungan protein yang tinggi dan pisang ada asam buah. Ia boleh melambatkan sistem penghadaman dan masalah pencernaan.
3. Pisang tak boleh makan bersama kentang. Ini kerana ia boleh menyebabkan ada toksin berkumpul dan mudah untuk tumbuh jeragat.
Mingguan Wanita : Lepas ni kena ‘beware’ ye, lepas makan pisang jangan nak ambil makanan ini.
Salah satu masalah mak-mak di rumah adalah menyimpan penyangkut baju yang banyak. Bukan apa, jika tidak disimpan dengan cara yang betul, penyangkut baju ini mudah hilang dan bersepah. Memang sakit mata memandang. Malah bila nak menggunakannya pula, ia jadi leceh dan lambat kerana sering terkait-kait diantara satu sama lain.
Sebenarnya dengan DIY Rak Simpan Penyangkut Baju dapat menyelesaikan masalah ini. Ia cukup mudah dan murah dengan kos sekitar RM 20 sahaja.
Boleh rujuk perkongsian daripada Mohd Azrin Roselan ini sebagai panduan;
“Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.”
“Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.”
“Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20.”
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
Ukuran:
(Paip 33″ x 2pcs)
(Paip 5″ x 6pcs)
(Paip 8″ x 2pcs)
3 joints x 4 pcs
Elbow x 6pcs
Gam paip PVC
Cara Membuat:
1. Pasang paip 5″ pada elbow dan T joint untuk bahagian A.
2. Pasang paip 5″ pada T joint untuk bahagian B.
3. Pasang bahagian A dan B.4. Sambung paip 8″.
5. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C.
6. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.
Siap!
Kos upah: Air Sirap
Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang.
Simpanan penyangkut baju.
AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah suruh encik suami tolong buatkan rak penyangkut baju ni, agar ‘hanger-hanger’ yang ada dekat rumah tu kemas tersusun, tak lah lagi sakit mata memandang.
Siapa sangka, rumah yang berbelas tahun tidak pernah ditenggelami banjir, kini berlaku di depan mata. Segala barang rumah seperti peti ais, mesin basuh seolah tidak boleh diselamatkan lagi.
Sebabnya, semuanya telah tenggelam dan tak mungkin boleh digunakan lagi. Memang kita tak jangka air banjir akan naik dengan cepat. Sampaikan kita hanya memberi langkah berjaga-jaga dengan mengangkat sedikit dengan lapikkan dengan batu batan untuk tiggikan sedikit.
Siapa sangka, semua ini meleset dan peti ais, mesin basuh yang hanya paras pinggang kita pun habis tenggelam. Sudah tentu fikirkan untuk beli yang baru dan duit pasti banyak untuk membeli dan menggantikan yang baru.
Jangan terus buat keputusan yang terburu-buru. Tak perlu bazirkan duit sebab banyak lagi duit perlu digunakan pada keperluan lain, sementelah pasca banjir, macam-macam perkara diselesaikan.
Jadi, untuk jimatkan atau tidak bazirkan peralatan ini di buang begitu saja, ada cara untuk selamatnya. Ikut apa yang dikatakan oleh lelaki ini.
Musim sekarang banjir, peti ais dan mesin basuh kena jaga-jaga sebab ini boleh buat tenggelam.
Perkongsian daripada Halim ini adalah supaya mangsa yang terlibat dengan banjir besar, apabila pulang ke rumah, jangan terus hidupkan peti ais dan mesin basuh.
Sebaliknya, biarkan ia selama 5 hari hingga seminggu untuk pastikan ia betul-betul kering. Sebelum itu, cuba tengok peti ais di bahagian belakang. Di situ terdapat PCB Box yang sudah dimasuki air banjir.
Jadi, jangan sesekali usik atau hisupkan suis. Ini untuk mengelakkan ia terbakar dan terus rosak. Apa yang penting, kena pastikan ia betul-betul kering selama 5-7 hari. Barulah on kan suisnya.
Semoga ia membantu untuk pastikan peti ais kembali boleh digunakan seperti biasa.
Mingguan Wanita : Dalam keadaan sekarang, duit memang banyak diperlukan. Kalau dapat berjimat dan boleh digunakan, ikutlah cara yang sarankan ini. Moga ia memberi manfaat untuk mangsa-masang banjir.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.