Jodoh! Perkataan ini amat sensitif bagi sesengah orang tak kira wanita mahu pun lelaki. Ada yang masih belum lagi bertemu jodoh walau usia semakin meningkat. Mulalah rasa tertekan bila asyik ditanya soal jodoh. Tapi, pernahkah terfikir, berat jodoh sebab sihir?

Kecaman

Wanita terutamanya sering dilempar pelbagai tohmahan bila masih solo pada usia yang makin meningkat. Macam-macam label diberikan; anak dara tua, andalusia (anak dara lanjut usia), tak laku dan macam-macam lagi.

Cuba renung sejenak dan selami hati wanita-wanita ini. Apakah mereka yang minta diri jadi anak dara tua? Apakah mereka terlalu memilih sangat? Tentu sekali tidak.

Tapi, berbalik pada jodoh…belum tiba masa untuk mereka berjumpa lelaki yang akan menjadi pasangan hidup mereka.

Itu yang masih belum bertemu jodoh, ada juga yang telah bertemu jodoh berkali-kali, namun semuanya berakhir dengan perpisahan. Dia senang dapat jodoh, tapi asyik kahwin-cerai hingga timbul fitnah pula. Dikatakan wanita yang tak elok perangai kerana asyik ditinggal suami. Aduh, sampai macam tu sekali tohmahan dilemparkan. Mana ada orang yang berkahwin dengan tujuan untuk bercerai? Orang kurang siuman pun tak macam tu.

Gara-gara Sihir…Jodoh ‘Berat’ Dan Rumah Tangga Hancur!

Tak Sedar Jadi Mangsa…

Kadangkala tanpa sedar, ada orang yang mungkin cemburu dengan kebahagiaan pasangan suami isteri itu hingga dalam diam telah menyihir mereka hingga mereka berpisah.

Walau pun sebenarnya pasangan itu masih sayang menyayang, namun mereka tidak lagi dapat hidup bersama. Bila sebumbung, macam-macam yang dihadapi. Ada rasa benci pada pasangan, asyik bertengkar, tapi bila berjauhan mereka saling merindu. Namun akhirnya terpaksa memilih berpisah.

Memang jodoh adalah rahsia Allah yang tiada siapa yang tahu, bila dan dengan siapa kita akan bertemu jodoh. Namun, bolehkah diterima andainya jodoh itu ‘berat’ atau rumah tangga hancur disebabkan anda sebenarnya jadi mangsa Sihir Pelalau, sihir yang membuatkan seseorang itu ‘berat’ jodoh atau berkali-kali bercerai.

Bila difikirkan, apakah pada zaman moden ini sihir dan ilmu hitam masih wujud? Apa sebenarnya dikatakan Sihir Pelalau? Ikuti kupasan lanjut berkenaan topik Sihir Pelalau ini dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 esok, jam 11 pagi hingga 12 tengah hari bersama hos Siti Elizad dan Norman Hakim serta tetamu-tetamu istimewa yang akan diundang ke studio.

Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman, pendapat atau persoalan, bolehlah menghubungi talian Teman Wanita Anda di 03 89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa temu janji kita esok ye!

#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI