Sharon beri bayangan bakal berpisah. Tiada angin tiada ribut terbaru pasangan selebriti Sharon Paul dan suaminya Rusdi Ramli memberi bayangan seakan rumah tangga mereka sedang bermasalah.
Ibu kepada dua cahaya mata, Sharon menyatakan dirinya bertahan dalam keluarga dek kerana anak-anaknya, Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11.
Sharon Beri Bayangan Bakal Berpisah
Untuk rekod pasangan selebriti ini berkahwin pada 2008. Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza.
Sharon menyatakan dia masih bergelar isteri kepada Rusdi dan masih tinggal bersama.
“Anak-anak sentiasa menjadi keutamaan saya. Anak bongsu, Ryan mahu kami terus menjadi keluarga.
“Jadi, saya bertahan sahajalah. Bagi saya, setiap rumah tangga ada pasang surut, tapi bukanlah bermakna kami bergaduh.
“Tapi, kami beri ruang antara satu sama lain dan menantikan lampu hijau daripadanya,” ungkapnya seperti mana ditemubual menerusi rancangan hiburan Melodi.
Rusdi Nampak Tak Bersemangat
Tambahnya lagi, Sharon melihat Rusdi seakan tidak bersemangat kerana tawaran kerja yang berkurangan.
Ads
“Suami masih berlakon dan mengarah, tetapi saya tak tahu apa yang berlaku.
“Ini kerana dia nampak seperti tak bersemangat, mungkin kerana tawaran kerja berkurangan menyebabkannya jadi begitu.
“Kalau saya, akan cuba teroka sesuatu baru. Kalau tak boleh ini, cuba pula yang lain.
“Saya tengok suami macam sendu dan tak bersemangat. Tapi, saya tak masuk campur sebab tahu sahajalah perangai orang lelaki, tak boleh didesak.
Ads
“Jadi, saya berikan masa dan ruang. Kita tengok macam mana nanti.
“Mungkin, saya hanya tunggu anak-anak. Seperti saya katakan tadi, anak-anak adalah keutamaan saya.
“Suatu ketika bila sudah habis sekolah dan dewasa, mereka tak perlukan saya. Atau mereka tak kisah jika kami tak bersama lagi.
“Cuma kebaikan yang saya nampak sekarang, Rusdi selalu ada di rumah. Secara kebetulan, saya selalu habis kerja lambat jadi tak perlu risau kerana suami boleh hantar dan ambil anak,” sambungnya.
Sebagai ketua keluarga, Fazley tak sangka Raf & Mawar akhirnya ambil keputusan berpisah. Benarlah jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Menerusi perkongsian di portal berita abang kepada Raf Yaakob, Datuk Fazley menerangkan dirinya tidak tahu adiknya mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan Mawar Rashid.
Terbaru pasangan bahagia, Mawar dan Raf mengeluarkan kenyataan di laman sosial masing-masing memaklumkan mereka sudah berpisah.
Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Fazley turut menyatakan dirinya mengetahui konflik rumah tangga adiknya namun tidak menyangka akhirnya mereka memutuskan untuk berpisah dan berkongsi perkara itu di media sosial.
“Sebelum ini saya hanya beri mereka ruang untuk selesaikan masalah rumah tangga. Saya pun tahu tentang perpisahan mereka ini di media sosial.
“Sebagai ketua keluarga saya harap mereka diberi ruang untuk melalui perjalanan ini”.
“Saya tetap mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya yakin keputusan yang dibuat adalah atas perbincangan dua orang dewasa.
“Rasanya bukan posisi saya untuk terus bercakap tentang isu rumah tangga mereka.
“Saya tidak mengikuti perkembangan mahkamah mereka. Kita tunggu sahaja kenyataan dari mereka nanti,” kongsinya seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Ina Naim kongsi SS hanya tinggalkan “harta” 7 helai baju & selipar, mesin basuh ada tapi arwah sedekah pada jiran. Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam 15 November lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Selepas dirinya pergi, ada 1001 satu cerita kebaikan dirinya tersebar. Seperti kata pepatah, harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Dan selepas pemergiaan allahyarham, ada 1001 kebaikan dirinya diceritakan di media sosial.
Namun satu perkongsian di fb atas nama Ryhan Musa membuka lebih banyak kebaikan arwah lakukan bila mana mereka melakukan ziarah ke rumah Ina Naim yang terletak di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi yang mana Ina Naim adalah antara pelanggan @aisymom.
Dan dalam kunjungan itu, Ina sempat berkongsi kebaikan arwah suaminya yang memilih kehidupan agak zuhud di dunia berbanding sesetengah dari kita yang gemar menyimpan harta dunia.
Kata Ryhan, seminggu sebelum berpindah ke Kota Tinggi, Suhaimi Saat menjual satu-satunya harta yang tinggal iaitu kereta, rumah pun tiada sebaliknya di Kelantan mereka hanya menyewa.
“Satu-satunya harta yang suami tinggalkan ialah tujuh helai baju dan selipar miliknya,” katanya yang dilihat tenang dan tidak menangis kerana telah dididik oleh arwah suaminya agar tidak menangisi hal-hal keduniaan.
“Seminggu sebelum balik ke Kota Tinggi, arwah jual kereta dia di Kelantan. Arwah pergi tanpa meninggalkan sebarang harta. Rumah di Kelantan hanya rumah sewa. Yang tinggal 7 pasang baju dan selipar. MasyaAllah.
Kata Ryhan, Ina turut berkongsi kisah mesin basuh yang mana ramai pernah menyelar Suhaimi Saat kerana “gagal”menyediakan kemudahan untuk rumahtangganya namun jelas Ina, ia hanya salah faham masyarakat dan media memutar cerita.
Kata Ina, rumahnya ada mesin basuh namun suatu hari mereka ternampak anak jiran kepenatan mengangkat basuhan baju. Lalu arwah bertanya mengenai hal ini sebelum anak jirannya maklumkan mesin basuh di rumah mereka rosak.
“Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat (ye lah budak-budak kena buat kerja). Ina tegur jiran tanya “kenapa akak”?
“Spin mesin basuh ni rosak Na” jawab jiran tadi.
Ina masuk dah bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati.
“Situlah rumah rumah kami tiada mesin basuh. Itulah kisah mengapa rumah kami tiada mesin basuh,” kata Ina.
Begitu juga cerita mereka sekeluarga pernah dituduh meminta sedekah tetapi kata Ina, sedekah yang dipungut itu bukan untuk keluarganya sebaliknya untuk mualaf di Sabah.
“Ya mereka minta sedekah tapi bukan untuk dia dan keluarganya. Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah di sana. Hanya bawa ribu-ribu ringgit sedangakan orang kristian datang bawa jutaan ringgit. Sebab itu ramai yanh kembali murtad. Mereka terkapai-kapai tidak tahu ajaran islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan babi & anjing. Tapi ular, kera dan lain-lain diorang makan. Mandi wajib pun tak tahu. SS cakap ini semua Allah akan tanya kita nanti. Apa yang kita nak jawab.
Ina turut berkongsi kisah penyakit dideritai oleh suaminya yang sudah banyak memberikan tanda-tanda akan pergi awal di usia mudanya.
“Arwah pernah cakap dengan Ina, dia dah alami 30 tanda-tanda kematian. Tapi Ina buat tak layan je. Tapi diam-diam Ina google juga nak tahu awal tanda-tanda kematian tu macam mana. Masa yang sama, semasa sakit, Suhaimi Saat selalu berpesan pada anak-anak jangan menangis jadi anak yatim. Rasulullah sayang anak-anak yatim kerana Nabi juga anak yatim.
Emak Ina, antara orang yang terkesan dengan pemergian menantunya itu.
“Mak cik terasa sangat bila dia dah tak ada. Selalu letak kepala atas riba makcik & bergurau. Anak sendiri pun tak manja macam tu,” kata ibunya.
Dan kenapa anak kecil mereka berusia 11 tahun menjadi imam solat jenazahnya ayahnya, semasa hidup arwah sudah nampak kelebihan anaknya itu di mana bacaan Al-Qurannya lebih baik dan berpesan andai terjadi sesuatu kepadanya, anak itulah yang akan menjadi imam solatnya kelak.
Dalam pada itu, Ina turut berkongsi yang arwah suaminya memang sengaja tidak membuat siaran langsung lagi kerana tak nak orang tahu dirinya sakit.
“SS stop live sebab dia tak nak orang perasan dia sakit sebab makin kurus. Dia tak nak orang kesiankan dia. Dia minta Ina buat live sendiri smbil share ilmu dia tolong dari tepi baring di tilam. Bila orang tanya SS mana? Dia lambai-lambai je tanpa tunjuk muka & buat suara besar macam orang sihat.
Apa yang pasti, kehidupan zuhud yang dipilih oleh Suhaimi Saat nyata “berbeza” dengan orang lain.
Tokti akui bahawa penyokong dan pendorong terbesar buat beliau ialah suami tercinta. Sentiasa memberi kata semangat kepada diri Tokti tidak kira apa yang berlaku. Sweet juga ya Dato’ K nie.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri pertama serbu majlis nikah suami, viral videonya kekal tenang & siap beri ucapan buat pengantin. Tidak semua hati isteri itu kuat untuk menerima berita suami berkahwin lain. Lebih lagi jika ia diadakan secara diam-diam dan cuba menyorokkan perkahwinan tersebut.
Tapi ketabahan dan kekuatan seorang isteri yang videonya viral di media sosial cukup mengagumkan. Jika sebahagian isteri mengamuk bila dapat tahu suami nikah lain tetapi isteri ini kekal tenang dan terus merakam wajah suaminya yang cuba menepis rakaman videonya. Mungkin tidak menyangka isterinya dapat menjejaki majlis nikahnya.
Dalam kejadian di Jalan Titi Papan, Kularahan Sei Sikambing Kecamatan Petisah, Medan Indonesia ini memperlihatkan isteri ini datang ke majlis akad nikah suaminya yang berlangsung Jumaat lepas, 27 Oktober 2023.
Selepas memberi salam, dirinya bertanyakan adakah ini rumah pengantin baru itu sebelum diiyakan oleh tuan rumah. Malah dirinya sempat merakam suasana termasuk pelamin yang tertera nama pengantin n lelaki iaitu Arif & Oviee.
Dirinya sempat berborak seketika dengan tuan rumah yang bertanyakan datang dari mana sebelum dijawabnya, Tangerang, Banten Jawa.
Dilihat dia kemudian menaiki tingkat atas rumah dan terus membuat rakaman demi sebuah bukti.
Saat terpandang suaminya yang memakai kot dan pengantin perempuan yang sedang duduk di sofa, kedengaran dirinya mengucapkan kata-kata berbaur sinis. Dapat dilihat suaminya seakan tidak menyangka kehadiran isteri pertama dan cuba menepis telefon di tangannya.
“Hebat sekali hebat sekali…,” ujar wanita tersebut dengan gaya tenang.
Dapat dilihat suaminya cuba menarik telefon dan menghentikan rakamannya tetapi isteri ini terus melarang.
“Stop stop stop,” ujarnya. Dengan nada lebih lembut, wanita itu berkata dirinya akan membuat laporan ke polis dan sebelum berlalu pergi, dirinya mengucapkan “selamat ya semoga bahagia,” katanya sebelum berlalu pergi.
Dan aduan telah pun di buat olehnya pada jam 4.55 petang di balai polis Medan hari yang sama.
Ramai warga net yang kagum dengan ketabahan dirinya kerana bagi mereka hal suami menikah lain adalah hal yang menyakitkan hati dan jiwa.
“Luar biasa gak teriak teriak bininya, yuk kita doain bininya dpt suami yg tajir melintir dan gak suka main cewek,” tulis @alanuari23bdn.
“1001 wanita seperti ini..salut,hebat kamu mbakk. Insha Allah dapatkan kebahagiaan yg beribu kali lipat dari kejadian ini,” tullis @vanhoutenbeatrick.
“Gemeter nontonnya..ya Allah sakit bgt itu.. emeng yg kaya gini; harus dipidanakan agar pernikahan tdk disepelekan. Pernikahan krn menyakiti pasangan sah itu suatu saat akan jdi Boomerang pdhl yg disakiti udah moveon dan jauh lebih bahagia,” tulis @lovianakhristianto17.
"Jangan sebarkan benda yang tak betul. Kalau tak tahu cerita baik diam. Jangan sebar fitnah kalau tahu tahu apa-apa," katanya yang mengakui kakaknya tersilap memberi ketiga-tiga anaknya ubat methadone.