Bila bergelar seorang mak-mak, bau setiap anak pun ibu boleh kenal. Punyalah hebat! Dan kalau sesekali kaum mak-amak bertukar menjadi tarzan itu normal. Mana tidaknya, tengah siapkan sesuatu di dapur tetiba seorang anak yang lain minta sesuatu. Menjeritlah si ibu untuk menjawab soalan si anak. Itu belum lagi tengok cara mak-mak selesaikan emosi anak yang bergaduh, Allah… semua benda ibu mampu buat. Sungguh agak penat, namun suatu masa semua ini akan jadi kenangan dan untuk menjentik sedikit emosi kaum mak-mak hari ini, jemput baca perkongsian daripada pemandu Grab, Fini Zaini ini…
Terasa sebak dan insaf membaca kisah yang dikongsikan oleh pemandu Grab ini. Kisah penumpangnya yang telah kehilangan suami sebelum sempat mencapai impian bersama untuk mengelilingi dunia. Si ibu yang sudah berpencen ini pergi ke luar negara bersama beberapa rakannya berkongsi kisah betapa dia merindukan saat-saat membesarkan anak-anaknya, yang kini hanya tinggal kenangan.
SUDAH beberapa bulan saya tidak menjadi pemandu Grab. Tuntutan tanggungjawap yang lain membuatkan saya terpaksa ‘hold’ dulu kerja ‘part time’ ini. Namun baru-baru ini ketika saya memulakan tugas, saya menerima permintaan dari seorang penumpang yang ingin pergi ke KLIA.
Saya terus menuju ke lokasi penumpang berkenaan. Bila saya tiba di lokasi, saya ternampak seorang wanita yang saya kira dalam lewat 50 tahun berdiri dengan sebuah luggage di tepinya. Apabila saya memberhentikan kereta, terus saya membantu beliau menyimpan luggage tersebut ke dalam kereta. Saya meneruskan perjalanan. Suasana agak sepi seketika. Sehinggalah saya memberanikan diri bertanya beliau.
“Puan seorang saja? Nak bercuti ke mana?”
“Oh. Saya pergi dengan kawan-kawan. Masing-masing jumpa di KLIA. Kami buat trip tour Europe. Geng orang-orang pencen”, balas beliau.
Ads
Saya hanya menganggukkan sahaja jawapan beliau. Sepanjang perjalanan beliau rancak bersembang. Dalam hati, puan ini mesti mempunyai kerjaya yang hebat kerana terlalu banyak isu yang beliau ketengahkan sehinggalah ada satu perkara yang membuat saya terasa sebak.
KISAHNYA BEGINI:
“Suami pergi meninggalkan saya kira-kira 8 tahun yang lalu. Masa itu kami masih belum bersara, ada lebih kurang beberapa tahun lagi untuk bersara. Impian kami berdua, seandainya sudah bersara kami bercadang untuk mengelilingi dunia menghabiskan sisa hari tua ketika Allah masih kurniakan badan yang sihat. Tapi kita hanya merancang, namun perancangan Allah lebih baik lagi. Suami pergi terlebih dahulu meninggalkan saya dan anak-anak.
“Di penghujung usia ini, apa yang saya akui bahawa saat membesarkan anak-anak itu sangat singkat. Jika dahulu saya dan arwah suami bertungkus lumus mencari rezeki, bersusah payah membesarkan anak-anak. Rumah walaupun ketika itu hanya mampu membeli rumah yang bersaiz kecil namun dipenuhi dengan gelak tawa, tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan macam-macam lagi. Buku, pensel, baju berterabur di lantai bilik. Bedak, sikat entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan di bawah katil atau meja.
“Boleh dikatakan hari-hari saya akan menjerit menyuruh mereka diam, kemas buku-buku dan masukkan pakaian kotor ke dalam bakul kain kotor. Penat? Ya, memang memenatkan. Apabila waktu pagi, terkocoh-kocoh menyiapkan sarapan, kelengkapan anak kecil ke taska. Yang besar pula bertanya, “Mak, pensel tak ada.”. Seorang lagi menjerit, “Mak, sikat, bedak mana?” dan seorang lagi menjerit anak tudung dan stokinnya hilang. Dalam pada saya membebel itu dan ini, tetap juga mencari dan menyediakan apa yang anak-anak pintakan.
Ads
“Masa berlalu sangat pantas. Anak-anak yang kecil kini semuanya sudah meningkat dewasa. Malah ada yang sudah merantau meninggalkan kami. Apabila saya buka pintu bilik anak-anak, yang ada hanyalah katil yang kosong. Buka almari baju, yang tinggal beberapa helai baju.
“Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau anak-anak pada bantal, tilam dan persekitaran. Ya, setiap anak itu mempunyai bau ‘istimewa’ hanya seorang ibu sahaja yang tau. Saya akan hidu udara bilik itu sedalam-dalamnya untuk menghilangkan rasa rindu pada anak-anak. Memori gelak tawa tangis anak-anak dan kehangatan badan anak-anak bila dipeluk.
“Kini rumah saya bersih, kemas dan teratur. Tetapi saya rasakan ia bukan sesuatu yang indah kerana buka dan tutup pintu pun sendirian. Kalau dulu sayalah yang sentiasa menjerit menyuruh anak-anak menutup pintu dan tingkap. Anak-anak saya sudah mempunyai kehidupan sendiri. Saya juga kini sendiri kerana teman yang saya harapkan menjadi teman telah pergi dahulu meninggalkan saya. Walau apa pun saya sentiasa mendoakan agar anak-anak sentiasa dalam peliharaan Allah.”
Sepanjang beliau bercerita, saya melihatnya dari cermin pandang belakang. Beliau bercerita dengan tenang dan penuh senyuman. Tidak mampu saya berkata apa-apa selain hanya menganggukkan kepala sahaja. Kerana setiap bait-bait ayatnya sangat meruntum jiwa, membuatkan saya sedar bahawa betapa banyaknya diri ini merungut-rungut dengan situasi ketika bersusah payah membesarkan anak-anak.
Ads
Apa yang boleh saya simpulkan dari cerita beliau bahawa, nikmatilah waktu yang sedang kita lalui kini dengan berlapang dada tanpa rungutan dan keluhan terutama ketika berpenat lelah membesarkan anak-anak. Kerana suatu hari nanti, ianya akan menjadi sejarah dan membuatkan kita rindu tatkala bersendirian meniti usia tua.
Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibu dan bapa, jangan lupa untuk sentiasa menghubungi mereka. Dan paling utama sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Mungkin kita tidak ditakdirkan menjadi anak yang berpeluang menjaga mereka di penghujung usia, tetapi jadilah anak-anak yang menyejuk di mata, penawar di jiwa buat mereka.
Saya doakan yang terbaik buat semua. Hidup dalam positif penuh keceriaan. Bergembiralah.
Nota:
Petang ini, saya belanja anak-anak makan aiskrim walaupun dalam kereta mereka menjerit, bergaduh dan bertumbuk. Mama is ok. Mama tak jerit-jerit lagi ok!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak semua suami faham apa kehendak sebenar seorang isteri, yang setiap hari hadap karenah anak-anak, kemas rumah, fikir menu macam-macam dan kadang pulun alih perabot demi cipta bahagia. Wahai suami, cubalah selamai hati mak-mak dan untuk renungan bersama bacalah perkongsian daripada saudara Ehsan Halim ini…
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya
Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.
Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.
Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.
Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.
******
Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.
Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.
Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!
Maka begitulah isteri kita hadapi.
Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia.
Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.Hihi
So para suami anda kena letak mindset ni:
1. Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita.Mereka kerja every hour.
2. Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.
3. Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.
4.Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.
Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anzalna Nasir, pelakon dan pempengaruh terkenal, meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak di sekolah. Sebagai ibu, dirinya tidak dapat menafikan perasaan cemas apabila mendengar pelbagai kes yang melibatkan pelajar, termasuk kejadian rogol yang baru-baru ini tular di media sosial.
Kebimbangan Seorang Ibu Terhadap Isu Semasa
Menurut Anzalna, sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak adalah keutamaan utama. Namun apabila kejadian berlaku di sekolah ianya tempat yang sepatutnya selamat namun menimbulkan persoalan tentang sejauh mana keselamatan anak-anak benar-benar terjamin.
“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?” ujar Anzalna.
Peningkatan Kes Rogol Melibatkan Pelajar
Kebimbangan ini timbul susulan kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol oleh dua pelajar senior di dalam kelasnya sendiri. Lebih mengejutkan, kejadian itu dirakam dan disaksikan oleh dua pelajar lain. Mangsa yang mengalami trauma hanya menceritakan kejadian itu selepas ibunya dimaklumkan oleh pihak sekolah.
Kes seumpama ini menunjukkan bahawa isu keselamatan anak-anak di sekolah bukan lagi perkara remeh. Ia memerlukan perhatian serius daripada semua pihak terutamanya ibu bapa, guru dan pihak berkuasa pendidikan.
Nasihat Dan Doa Seorang Ibu
Dalam perkongsian di media sosial Anzalna menulis setiap hari dirinya mengamalkan pelbagai doa dan nasihat kepada anak-anak.
Namun selebihnya hanya mampu diserahkan kepada Allah kerana sebagai ibu bapa tidak dapat mengawal segalanya.
“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini,” tulisnya lagi.
Reaksi Warganet Dan Ibu Bapa
Luahan Anzalna tentang keselamatan anak-anak di sekolah turut mendapat perhatian para ibu bapa lain. Ramai yang bersetuju bahawa zaman kini lebih mencabar dan memerlukan pengawasan lebih rapi terhadap anak-anak, bukan sahaja di rumah tetapi juga di sekolah.
“Dulu waktu kita sekolah, ada juga kes, tapi rasanya tak seteruk zaman sekarang,” kata Anzalna, menggambarkan perubahan ketara dari segi keselamatan dan moral pelajar masa kini.
Kesimpulan
Kebimbangan yang diluahkan oleh Anzalna adalah refleksi kepada realiti semasa yang semakin membimbangkan. Ibu bapa kini bukan sahaja perlu memberi perhatian kepada akademik anak-anak, tetapi juga kepada keselamatan fizikal dan emosi mereka di sekolah. Semoga pihak sekolah, guru, dan ibu bapa dapat bekerjasama memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat buat generasi muda.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Zalif Sidek dapat anak lelaki, isteri bersalin anak kedua, “Ya Allah sepasang dah…” Pelakon Zalif Sidek berita gembira, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki. Genap sepasang sudah anak pelakon Daddyku Gangster ini.
Zalif Sidek Dapat Anak Lelaki, Isteri Bersalin Anak Kedua, “Ya Allah Sepasang Dah…”
Terdahulu, Zalif sudah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Sebelum ini Zalif ada berkongsi berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Ogos.
Berikut berita gembira yang dikongsikan oleh Zalif di laman Instagramnya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.