Tidak dinafikan ayat-ayat Alquran mempunyai banyak kelebihannya. Amalan potongan ayat-ayat tertentu mampu menjadi asbab penawar kesakitan, penyembuh hati mahupun menunaikan hajat. Apa-apa pun kesemuanya adalah atas ketentuan dan kehendak daripadaNya.Namun tidak salah kita berusaha dan mengharapkan pertolongan sebenar-benarnya hanya pada yang Esa. Salah satunya dengan mengamalkan dan membaca Yasin 7 Mubin ini.
Fadhilat Yasin 7 mubin ini dikongsikan oleh AtieQa Hod, ketika berhadapan saat sukar ditimpa ujian dan dugaan hampir kehilangan adik tersayang.
Berikut perkongsian beliau sebagai panduan;
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin #7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ads
Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Ads
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Ads
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama-sama menjadi amalan.
Allahurabbi, malangnya nasib seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang kena cucuh api di kemaluan dan dirotan di bahagian kepala di pusat jagaan Lorong Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad, Kuantan.
Kanak-kanak itu dikenakan hukuman tidak masuk akal oleh dua petugas pusat jagaan kanak-kanak, ini termasuk seorang lelaki dikatakan mencucuh api pada kemaluan dan mengugut untuk menggunting kemaluan mangsa, selain memukul badan serta kepala mangsa menggunakan rotan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 7 malam dan disedari bapa mangsa berusia 25 tahun selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial.
Apa yang difahamkan, kanak-kanak terbabit dipukul tanpa belas kasihan kerana melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas buang air besar.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata dua petugas pusat jagaan itu sudah menghubungi bapa mangsa selepas menyedari video berkenaan viral dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Mereka sudah hubungi bapa kanak-kanak itu dan memaklumkan tindakan merotan mangsa dibuat sebagai proses pembelajaran, bukan untuk mendera.
Kalau ikutkan cerita, mangsa adalah anak tunggal dan sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin, tetapi dihantar ke tempat itu oleh bapanya selepas didapati tidak begitu berminat untuk belajar.
Pihak polis merampas rotan berukuran 58 sentimeter dan satu gunting rambut yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Mohamad Noor juga sudah meninjau pusat jagaan itu dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur penderaan cuba dilakukan terhadap mangsa.
Dua petugas pusat berkenaan yang berusia 42 dan 43 tahun ditahan jam 10 malam tadi bagi membantu siasatan.
Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan pada bahagian punggung.
Manakala dua petugas pusat jagaan itu direman dua minggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
INFO: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hijrah mempunyai pengertian yang pelbagai dan seharusnya ia membawa kearah perubahan yang lebih baik.Usahawan kosmetik Joy Revfa berkongsi khabar gembira bahawa dia kini dalam proses berhijrah atau berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa.
Menurut Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, biarpun tidak besar, namun dia boleh bercucuk tanam dan menghirup udara yang lebih bersih.
“Alhamdulillah, akhirnya saya dan Arryan berpindah ke sini. Sekarang sibuk pemindahan masuk ke rumah baru. Rumah kami tak la besar macam istana orang lain tapi cukup untuk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.
“Lama kami berdua duduk di kondo yang berlif sebelum ni, letih dah berebut-rebut lif dengan orang lain. Sekarang baru ada kesempatan untuk beli rumah bertanah sendiri. Senang nak bercucuk tanam kat halaman rumah,” ujarnya.
Sementara itu Joy yang turut memuat naik foto kediaman itu memberitahu rumah berkenaan mempunyai tujuh bilik.Dia juga meminta khidmat ibunya untuk menghias rumah berkenaan dengan tema Fairytale.
“Rumah ini ada tujuh bilik, senang nak letak ‘adik-beradik’ Arryan yang lain nanti (haha jangan kena beranak ramai dah la lepas ni.)
“Al maklum pesakit asma macam saya kena dekat dengan pohon-pohon yang menyegarkan dan udara bersih. Rumah ini juga dekat dengan rumah kak long,” ujarnya.
Joy juga berharap penghijrahan itu bakal memberi kehidupan yang lebih baik buat dirinya.
Nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Joy Revfa, diatas perpindahan ke rumah baru ini yang ternyata lebih besar dan selesa. Alhamduillah, murah rezeki!
Zaman moden ini ramai tak percaya dengan gangguan makhluk halus ini. Lagi-lagi yang dihantar dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang. Dan inilah yang jadi dengan perniagaan car wash atau kedai cuci kereta.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari (Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin) tentang salah seorang pesakitnya yang berniaga kedai cuci kereta ini. Kedainya hilang pelanggan, bukan kerana apa.. tapi pelanggan tak nampak kedainya dibuka. Walhal, dia jarang sekali bercuti apatah lagi tutup kedai.
“Kata pesakit saya, sejak kebelakangan ini perniagaan car wash yang telah diusahakannya selama 3 tahun jatuh merosot secara tiba-tiba.”
“Pada peringkat permulaannya, perniagaan mereka amat baik. Sejak akhir-akhir ini saja bermasalah. Pelanggan tetap pun tak dapat basuh kereta dah.”
Ramai yang kata kedainya tutup, sedangkan kedainya buka hari-hari. Jarang sungguh dia bercuti. Minggu lepas, beliau kemaskan belakang kedainya terjumpa paku yang dibalut dengan kain putih.
Dalam kain putih itu ada paku karat dengan kayu kering. Luar kain itu pu;a dicucuk dengan paku besar. Kelihatan paku di luar dan kainnya seperti baru saja diletakkan di belakang kedai tempatnya berniaga.
Sejak kejadian itu, hubungannya suami isteri jadi panas. Kerap bertengkar walaupun perkara kecil, nanti boleh diperbesar-besarkan.
Badannya pula jadi bisa seluruh sendi. Saya nasihatkan beliau dapatkan rawatan Islam berhampiran.
“Begitulah yang terjadi pada peniaga tersebut. Bila buka kedai orang kata tutup. Kedai semakin lama semakin sunyi.”
“Bila masuk kedai, mata jadi mengantuk, belakang sakit, kepala sakit, tak bersemangat nak berniaga.”
“Kalau tak diubati makin lama akan makin teruk.”
Hutang makin bertambah.
Hanya yang pernah terkena dan melalui saja yang akan memahami apa yang mereka rasa.
“Saya doakan agar puan, suami isteri cepat sembuh dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan puan. InsyaAllah.”
Bagi seseorang yang terkena gangguan, beliau mestilah mempunyai tanda-tanda di bawah. Antaranya:
√ Kerap sakit belakang,dari tengkuk belakang,belikat bahu Kerap Rasa Tak selesa.Manakala tangan Juga Kerap lenguh kebas.
√ Kerap sakit kepala, umbun-umbun, menyucuk-nyucuk, dahi kerap berat. Walaupun makan ubat sakit tetap tak hilang.
√ Kerap sedawa, kembung perut, dada kerap sesak nafas, tarik nafas seolah sangkut cungap. Kerap rasa seperti tercekik.
√ Kerap berdebar-debar, takut tanpa sebab. Tiba-tiba badan berpeluh, resah gelisah tanpa sebab. Takut berhadapan dengan orang. Kerap berkurung dalam bilik. Tidak suka berdepan orang ramai.
√ Kerap bisa kaki, bangun pagi tapak kaki menyucuk-nyucuk, bisa tangan.
√ Rambut banyak gugur. Walaupun dah macam produk pakai tetap gugur rambut.
√ Kerap terbau busuk,hanyir, bau colok, kemenyan, setanggi, kapur barus di dalam rumah.
√ Kerap ternampak kelibat bayangan hitam dan putih.
√ Kerap terdengar rumah di ketuk, dengar guli atas rumah, dengar ketuk sambal, dengar tarik kerusi meja rumah dan dengar berlaga sudu.
√ Bila tidur seolah-olah di perhatikan seseorang seperti kelibat hitam.
√ Kerap beremosi ,cepat marah pada pasangan suami atau isteri. Cepat marah pada anak benda kecil mudah jadi besar.
√ Kerap rindu, sayang pada seseorang yang kita pernah sayang. Tapi hati tiada pada beliau (Sihir pengasih & pemisah)
√ Mata Kerap mengantuk bila masuk tengahari di tempat kerja lesu.
√ Gelisah tanpa sebab di waktu malam. Jadi sukar tidur malam.
√ Kitaran haid tak normal. Kerap menyucuk-nyucuk kiri daan kanan perut. Kerap berdenyut-denyut di atas ari-ari.
√ Kerap bermimpi menyusukan budak kecil, bermain budak kecil, dukung budak kecil, diberi orang budak kecil.
√ Kerap mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi tempat kotor najis dan sebagainya.
√ Kerap bermimpi banjir yang menakutkan.
√ Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali.
√ Kerap mimpi orang tua, nenek tua.
√ Kerap mimpi suami atau isteri curang dengan orang lain.
√ Kerap mimpi orang mati.
√ Kerap mimpi dikejar seseorang tak dikenali.
√ Mimpi sesat dalam hutan.
√ Mimpi pergi rumah kampung lama.
√ Mimpi binatang berbisa seperti ular, jengking, harimau, buaya.
√ Mimpi makan benda kotor, makan najis.
√ Mimpi orang yang kita kenal tanpa sebab tapi kerap mimpi beliau.
Itulah tanda-tanda yang kerap berlaku pada seseorang yang terkena gangguan makhluk halus. Sama ada gangguan sihir pemisah, sihir pengasih, santau, saka keturunan. Tanda-tanda gangguan lebih kurang sama sahaja seperti di atas.
“Nasihat saya jika lebih daripada 5 tanda-tanda di atas pergilah rawatan Islam berhampiran anda. Jangan lambat diubati.”
Moga dijauhkan semuanya di atas berlaku pada diri kita, pasangan kita dan famili kita. Aamiin..
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.