Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengajak seluruh umat Islam untuk menyertai Arafah #QuranHour bertemakan Ummah Berbudi & Penyayang sempena Hari Arafah, 9 Zulhijah 1446H bersamaan 6 Jun ini.
Hari Wukuf
Arafah #QuranHour, yang dilaksanakan pada hari Wukuf, memberi ruang refleksi diri yang mendalam buat para jemaah dalam suasana puncak ibadah haji. Ia memperkukuh nilai spiritual yang dibina melalui manasik, disulami dengan tadabbur al-Quran secara tematik, menjadikan haji bukan sekadar pengalaman fizikal, tetapi pengukuhan jiwa yang sebenar.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Arafah #QuranHour yang dilaksanakan pada hari Wukuf memberi ruang refleksi diri yang mendalam bagi para jemaah dalam suasana puncak ibadah haji.
“Sasaran WUIF menuju 1500H, 51 tahun dari sekarang adalah untuk MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah. Pihak kami berharap kerangka fikir Duyufurrahman dibina dengan al-Quran yang dibaca, difahami dan diamalkan apalagi setelah mereka melalui perjalanan haji yang luar biasa di Tanah Suci.
“Para tetamu ALLAH diharap pulang nanti bukan hanya mendapat haji mabrur, malah mampu melakukan transformasi di peringkat keluarga, organsisasi, komuniti dan negara.
Hebatnya Al Quran
“Hebatnya al-Quran yang sentiasa ada mutiara luar biasa untuk kita jadikan panduan kehidupan di rumah, tempat kerja mahupun di mana-mana. Kami berharap bukan setakat jemaah haji yang dapat manfaat, malah alumni haji yang juga pernah menerima tarbiah semasa haji.”
Tambah beliau, setiap tahun, Surah al-Hajj dijadikan surah utama Arafah #QuranHour yang memfokuskan takwa, sabar dan disiplin. Tahun ini, Surah al-Saff pula menjadi pilihan tadabbur tematik yang membawa mesej kesatuan untuk #SavingTheUmmah.
Surah al-Saff membawa tema “5 Formula Membina Karakter Duyufurrahman” menekankan jihad melalui kesatuan dan perjuangan spiritual, seterusnya menjadikan setiap tindakan harian sebagai sebahagian jihad untuk memperbaiki diri.
5 karektor Duyufurrahman
Berpandukan tadabbur Surah al-Hajj dan Surah al-Saff, terdapat lima karakter Duyufurrahman dibina, iaitu kesedaran bertuhan, proaktif, disiplin, jujur dan sabar.
Marhaini berkata, tidak cukup sekadar rindu pada Tanah Suci. Ia perlu diterjemahkan kepada tindakan seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Siti Hajar. Pengorbanan mereka menjadi warisan dan inspirasi sepanjang zaman.
“Setiap manasik yang dilalui penuh dengan pelajaran rohani dan amali. Justeru, misi Arafah #QuranHour ialah menghidupkan semula semangat itu melalui tadabbur, penghayatan, dan pelaksanaan nilai-nilai Al-Quran dalam kehidupan pasca haji.”
Sejak 2016, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menjadi pendukung utama dalam merealisasikan Arafah #QuranHour di Tanah Suci, meskipun berdepan dengan pelbagai komitmen besar dalam menguruskan operasi haji setiap tahun. Komitmen berterusan ini mencerminkan kesungguhan TH dalam memperkukuh nilai rohani jemaah melalui penghayatan al-Quran. Ia turut dibantu oleh wakil Sinar Harian yang bertugas di lapangan Tanah Suci saban tahun.
Tahun ini, sokongan turut diperluaskan oleh beberapa agensi pelancongan haji dan umrah terkemuka seperti Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, KAWAN International Travel Sdn Bhd, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Juara Travel & Tours Sdn Bhd, yang turut menjayakan misi memperluas gelombang tadabbur al-Quran di Arafah.
Arafah Program tersebut dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama TH serta pelbagai rakan strategik. Orang ramai boleh mengikuti program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini di Astro Oasis pada pukul 12 tengah hari, diikuti TV9 (4 petang), Facebook QuranHour (6 petang) dan TV AlHijrah (9.30 malam).
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook QuranHour. – (https://www.facebook.com/WorldQuranHour/)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Baharu sahaja didenda atas kesalahan cuba melakukan perbuatan tidak bermoral dengan “ábang wiring”, Cikgu Fadilah pula membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati apabila mendapati video seksnya tersebar.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah ketika mengesahkan menerima laporan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.
Wanita itu membuat laporan polis pada 24 Mei lalu.
“Wanita itu tidak berpuas hati apabila mendapati video seks dirinya tersebar dan polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Superintendan Ashari Abu Samah lagi, pihak Polis sudah membuak pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik guru berkenaan dan ábang wiring namun tidak menjumpai video seks berkenaan yang dipercayai sudah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Tambahnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
Terdahulu, juruelektrik yang dikenali ‘Abang Wiring’ atau nama sebenarnya Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan guru sebuah sekolah menengah, Nur Fadilah Zainal mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram di Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar ke atas kedua-dua mereka yang berusia 31 tahun.
Dalam perkembangan lain, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman turut mengulas status Nur Fadilah dalam kerjaya perguruannya. Menurut beliau, guru terbabit kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan tidak dipindahkan ke sekolah lain.
Baru-baru ini, kecoh diperkatakan tentang video tular memaparkan pasangan suami isteri yang bertengkar di sebuah pasar raya ketika membeli barangan keperluan menyambut Hari Raya Aidiladha.
Rupanya, ada kisah disebalik ‘pergaduhan’ tersebut apabila ia hanyalah sebuah gimik hasil kolaborasi luar biasa antara tiga entiti tempatan iaitu ST Rosyaman, Sri Ternak dan ikhlas.com.
Pemilik pasar raya berkenaan, Rosyam Nor berkata, antara inti pati utama video tersebut ialah inisiatif penajaan lebih 100 pakej umrah percuma kepada pelanggan-pelanggan setia ST Rosyaman dan Sri Tenak.
“Selain itu, sumbangan ibadah korban sempena Aidiladha turut menjadi sebahagian daripada usaha kolaboratif tersebut, menjadikan program ini bukan sekadar promosi perniagaan, tetapi satu bentuk tanggungjawab sosial.
“Kami mengambil pendekatan menggunakan ‘term-term’ (istilah) atau gaya penyampaian yang mampu menarik perhatian umum untuk mendekati dan memahami mesej yang ingin disampaikan,” katanya ketika ditemui di Majlis Korban Perdana dan Rewang Kenduri ikhlas.com x ST Rosyam Mart di sini, hari ini.
Jelasnya, penularan video ini telah membuka mata masyarakat mengenai peranan yang dimainkan oleh entiti perniagaan dalam menyumbang kepada kebajikan umat secara keseluruhan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, ikhlas.com amat bersyukur kerana tahun ini dapat menaja dua ekor lembu sado juara bagi memenuhi syariat Islam untuk memilih ternakan terbaik dan berkualiti tinggi, terutama untuk dikongsikan bersama.
“Buat pertama kalinya selepas menggalas amanah sebagai pelaksana ibadah korban secara atas talian sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 pada 2021, kami amat bersyukur kerana dapat menaja dua ekor lembu sado juara ini.
“Kami juga ingin berkongsi pencapaian di mana kami berjaya merekodkan jualan tertinggi dengan 10 ekor lembu sado pada tahun ini. Dengan jumlah yang memberangsangkan, kami meningkatkan sasaran tempahan lembu sado kepada 100 ekor setahun,” katanya.
Dengan pencapaian ini, Ikhlas berkata ikhlas.com menyasarkan tempahan 100 ekor lembu sado sebagai sasaran baharu.
Turut serta memeriahkan majlis ini dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Dato’ Fizz Fairuz, Johan As’ari, Riezman Khuzaimi, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed dan Zhiddin Aziz.
Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman 3-dalam-1 pula.
Menampilkan variasi teh susu, kopi dan coklat, minuman pek kecil ini menawarkan rasa istimewa setanding kualiti kafe yang mudah dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Majlis pelancaran berlangsung semalam di IOI City Mall bersempena dengan pelancaran menu baharu Tealive.
Majlis pelancaran dirasmikan oleh mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan pejuang inovasi dan keusahawanan tempatan.
“Perjalanan Tealive dari kios ke kediaman bukan sekadar evolusi perniagaan, sebaliknya melambangkan evolusi budaya.
“Ini merupakan detik membanggakan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sekadar mengeksport produk, tetapi turut mengetengahkan gaya hidup dan identiti kita,” ulas Khairy.
Tambah Khairy, Malaysia memerlukan lebih banyak jenama produk tempatan yang berani memimpin demi masa depan ekonomi negara.
“Kita perlukan lebih banyak jenama tempatan seperti Tealive yang berani memimpin dengan rasa bangga dan autentik. Menyokong produk tempatan bukan sekadar soal patriotism,ia bermakna kita menyokong ketersediaan peluang pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi negara.
“Sudah tiba masa kita membuat pilihan dengan lebih bijak dan menyokong jenama yang sedang membentuk Malaysia masa hadapan,” katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo menyifatkan pelancaran ini sebagai satu lagi langkah strategik untuk memastikan kelestarian jenama seiring perubahan gaya hidup yang mementingkan keselesaan dan kemudahan menikmati produk ini di rumah.
“Kami mahu peminat Tealive dapat menikmati minuman kegemaran mereka di mana jua mereka berada. Rangkaian 3-dalam-1 ini merupakan cara kami membawa saat istimewa Tealive ke dalam rutin harian, sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja, atau ketika berehat di rumah.
“Pek kecil ini perlu menjadi lebih daripada sekadar rasa yang sedap. Ia mesti menghidupkan pengalaman ‘brewing positivity’ yang sinonim dengan Tealive.
“Sebab itu, kami beri tumpuan kepada pemilihan bahan berkualiti dan profil rasa yang setanding dengan apa yang pelanggan nikmati di cawangan kami,” ujar Loo.
Pek minuman ‘3-in-1’ ini boleh didapati secara eksklusif di pasar raya AEON dan cawangan Tealive di seluruh negara, serta di dalam talian menerusi platform e-dagang bermula 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran runcit mulai Julai.
Setiap kotak mengandungi lima hingga enam pek dijual pada harga RM12.90 setiap satu, dengan tiga jenis teh iaitu signature milk tea, matcha tea, dan teh tarik, tiga jenis kopi iaitu signature coffee, caramel macchiato, dan hazelnut coffee dan tiga jenis coklat iaitu signature coco, dark chocolate, dan chocolate hazelnut.