“Seram Naik Flight Musim Hujan Ribut, Tiga Kali Cuba Baru Boleh Landing” – Khairul Aming Kongsi Pengalaman Cemas

Share

“Seram naik flight musim hujan ribut, tiga kali cuba baru boleh landing” – Khairul Aming kongsi pengalaman cemas. Perjalanan menaiki pesawat sememangnya menjadi pilihan ramai kerana lebih cepat dan selesa, namun cabaran ketika cuaca buruk boleh mengundang detik mencemaskan.

“Seram Naik Flight Musim Hujan Ribut, Tiga Kali Cuba Baru Boleh Landing” – Khairul Aming Kongsi Pengalaman Cemas

Itulah yang dialami personaliti media sosial popular, Khairulaming, apabila penerbangan yang dinaikinya terpaksa berdepan dengan ribut ketika menuju ke Kota Bharu.

Beliau berkongsi pengalaman itu di media sosial, menceritakan bagaimana penerbangan dari Subang ke Kota Bharu berdepan cuaca tidak menentu sehingga gagal melakukan pendaratan pertama. Pesawat terpaksa berlegar di udara hampir setengah jam sebelum mencuba kali kedua, namun percubaan itu juga tidak berjaya.

 

 

Disebabkan bahan api semakin berkurang, pesawat akhirnya terpaksa membuat lencongan ke Pulau Pinang untuk mengisi minyak sebelum mencuba kembali ke Kota Bharu. Hanya pada percubaan kali ketiga, pesawat tersebut akhirnya berjaya mendarat dengan selamat. Keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam di dalam pesawat, jauh lebih lama daripada tempoh asal.

Khairulaming menzahirkan rasa syukur kerana semua penumpang selamat, malah beliau mengingatkan pentingnya aspek keselamatan didahulukan berbanding perkara lain. Walaupun pengalaman itu mendebarkan, hakikatnya ia membuktikan kecekapan juruterbang dalam mengutamakan nyawa penumpang ketika berdepan situasi mencabar di udara.

Sumber: Threads Khairul Aming dan Instagram Khairul Aming 

Baca artikel lain juga: Khairul Aming Bawa 100 Pekerja Bercuti Di Hotel 5 Star Hadap Seaview, Dapat Duit Poket Untuk Shopping

Gara-Gara Khairul Aming Bantu Promosi, Gerai Tepi Jalan Jual Cendol RM1 Laris Kena Serbu

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has