Sebetulnya pada hari isterinya pergi, “Sepatutnya kami potong gelang bersama.” Namun suami ini ini terima takdir isteri pergi dulu.
Pemergian isteri tercinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi sang isteri pergi bersama anak yang dikandung. Bukan satu nyawa, tetapi dua nyawa pergi sekaligus.
Suami Terima Takdir Isteri Pergi Dulu
“Permintaan terakhirnya, isteri minta untuk temankanya di hospital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat dari luar.
“Tiga hari ini terakhir ini memang memberi kesan kerana arwah isteri minta benda yang saya tidak boleh tunaikan, walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya,” luah Mohd Firdaus Haron, 36, yang kehilangan isteri Herni Yusnilah Yusof, 29, akibat Covid-19.
Herni yang mengandung enam bulan meninggal dunia selepas 13 hari dirawat di Hospital Melaka.
Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menjangka isterinya yang mengandungkan anak kedua mereka akan pergi meninggalkannya selepas sedar daripada ditidurkan.
Dua Kali DiTidurkan
“Kali pertama isteri ditidurkan kira- kira tujuh hari lalu selepas kesihatan dia semakin merosot namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih bergantung kepada bantuan oksigen.
“Bagaimanapun kesihatan dia kembali merosot dan perlu ditidurkan kembali pada Isnin sebelum disahkan meninggal kira-kira 11.40 malam,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, dia dan isteri amat menantikan kehadiran anak kedua mereka namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.
Ads
Menurut Mohd Firdaus yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road, sebelum ini arwah isterinya kerap bertanya kepada dirinya sama ada dia boleh menjaga anak perempuan mereka berusia lima tahun dan ibunya sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu.
“Sepatutnya Kami Potong Gelang Bersama.”
“Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan emaknya seperti dia lakukan. Dia amat rapat dengan ibunya memandangkan dia satu- satunya anak perempuan.
“Sebelum ini kebanyakan keputusan dalam keluarga dia akan putuskan malah merupakan ‘ahli fikir’ untuk kami semua walaupun dia anak bongsu,” katanya.
Ujarnya, dia kini bukan sahaja kehilangan ‘ahli fikir’ malah ‘patah kaki’ untuk menguruskan perniagaannya itu.
“Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya dia lakukan (usaha) untuk tinggalkan buat anak kami dan emaknya.
“Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin (ketika artikel ini ditulis), namun takdir dia pergi dahulu. Alhamdulillah ibu mertua yang sebelum ini turut disahkan positif Covid-19 juga sudah sembuh,” katanya.
Masa depan anak-anak dipertaruh, jumlah guru bersara awal meningkat luar biasa. Kini timbul isu terbaharu yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan mengenai trend persaraan awal dalam kalangan guru yang dilihat hampir menyamai kadar guru bersara wajib.
Antara faktor ramai guru memilih untuk bersara awal kerana bebanan kerja sampingan terlalu banyak sehingga menyebabkan mereka hilang fokus untuk melaksanakan tugas hakiki iaitu mendidik anak bangsa.
Masa Depan Anak-Anak dipertaruh
Sedar atau tidak, lambakan tugas telah menyebabkan ramai guru terasa terbeban dengan tanggungjawab yang perlu digalas dan tidak kurang juga yang terpaksa mendapatkan rawatan daripada doktor pakar kerana mengalami masalah psikologi berhubungan perkara itu.
Bukan itu saja kemungkinan juga lambakan tugas menyebabkan ada segelintir guru terutama wanita juga begitu terkesan. Mana tidaknya, bukan sekadar bekerja pada waktu pejabat malah mereka dibebani kerja-kerja tambahan yang tidak pernah surut.
Sebagai isteri dan ibu mereka juga perlu memberi perhatian kepada keluarga dan anak-anak tercinta. Satu perkara yang tidak sihat jika seorang ibu terpaksa pinggirkan keluarga sendiri kerana masalah kerja yang tidak ada penghujung.
Bukan itu saja, malah trend bersara awal di kalangan guru juga akan mempertaruhkan masa depan anak-anak kita.
Bayangkan Bila Bilangan Guru Merosot
Merungkai isu ini Dr Anuar Ahmad melalui satu hantaran di laman Facebooknya, menyatakan kebimbangan jika bilangan guru semakin merosot.
“NUTP maklumkan lebih 10,000 guru telah mohon untuk bersara awal. Menurut NUTP lagi angka ini hampir sama banyak dengan guru bersara wajib.
“Maksudnya, lebih 20,000 orang guru tamat perkhidmatan setiap tahun samada bersara awal atau bersara wajib.
“Ambilan guru baru setiap tahun tidaklah seramai guru-guru yang tamat perkhidmatan.
Sekarang Pun Kelas Sudah Padat
“Lama kelamaan jika tidak diuruskan, akan berlaku kemerosotan bilangan guru dalam perkhidmatan di sekolah .
“Sekarang pun kelas sudah padat dengan murid akibat kekurangan guru, bayangkan bila bilangan guru semakin merosot nanti,” kongsi Dr Anuar.
“Cintakan Dunia Pendidikan” Komen Warganet
Perkongsian dari Dr Anuar mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Malah ada yang menyatakan masih cintakan dunia pendidikan.
Memang risau bila anak memilih makanan atau tak nak makan.Lebih-lebih lagi jika tak nak makan makanan berkhasiat yang mengandungi protien dan karbohidrat.Bimbang boleh menganggu tumbesaran anak. Sebenarnya, mak-mak boleh jadi lebih kreatif untuk menarik minat anak-anak makan dengan mencuba resipi Bebola Nasi Ayam atau Chicken Rice Ball ini perkongsian oleh Fazariana Mohd Ali.
Menurut wanita ini, resipi mudah ini merupakan percubaan pertamanya dan terus menjadi.Cara untuk membuatnya pun cukup mudah, menggunakan kaedah kukus malah cukup berkhasiat dan menyihatkan!
Berikut perkongsian beliau;
“Comeiii dak?? 1st trial Alhamdulillah menjadi, bukan anak je suka mak pun suka jugak.Simple menu boleh buat lagi lepas ni.”
1. Bahan * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.
Mudah sangat nak buat bebola nasi ayam ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri dirumah untuk hidangan sarapan pagi mahupun makan tengahari.
Anak alami masalah sembelit, setiap ibu pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada anak mereka. Begitu juga dengan pelakon Dayana Roza yang melalui episod cemas apabila anak sulung kesayangan, Astrid Raheeya yang berusia 7 bulan mengalami masalah sembelit.
Anak Alami Masalah Sembelit
Malah menerusi perkongsian sebuah video Dayana juga mencurahkan pengalaman bila anaknya berhadapan dengan masalah sembelit.
Bila bayinya merengek dan serba tak kena Dayana akui dirinya tertekan dan melalui proses ‘mental breakdown’ .
“Sudah seminggu lebih @astridraheeya poopoo (najis) keras & kadang berdarah. everytime poop mesti dia menangis.
“Dah tukar diet dia ke high fiber fruits & veggies pun sama. hari rabu, lepas habis shooting umi call bgtau astrid still menangis time poop.
“Jadi bawa Atrid pergi hospital untuk check. Memang dah plan kalau tak okay jugak nak tukar susu tapi nak mintak pendapat doktor dulu.
Kena Tahan Wad
“Tiba-tiba doktor cakap perut dia dah keras & kena x-ray, bila result keluar rupanya poop astrid dah penuh dan block sampai usus atas.
“DoKTOR cakap kenA tahan wad for blood test, masuk drip DAN flush poop dia. SebenarnyA ada kes yang teruk sampai baby kena operate sebab dah flush pun tak keluar habis.
“Saya terus seram sejuk dengar dan doa harap after flush terus okay.
“Tak nak sampai bedah, tak sanggup.
Hancur Hati Tengok Anak Nangis
“Masa kene injek tangan dia untuk drip tu rasa hancur sangat hati tengok dia nangis.
“Hasil blood test result pulak, memang dah start ada infection and everyday kena inject antibiotic. Pastu astrid allergic pulak dengan antibiotik tu naik merah macam kena gigit pepijat kat badan-badan dia.
“Tapi dah okay lepas tukar ubat. Dalam sehari tak tau la berapa kali Astrid nangis kat hospital, dia trauma nampak nurse masuk, menangis merengek je sbb perut tak selesa kot lepas kena flush. Tidur pun tak cukup mcm kat rumah.
Tak Sangka Sampai Macam Ni
“Tak sangka sembelit utk baby boleh sampai mcm ni. kita org besar ni kalau tak boleh poop minum detox je senang.
“Tapi baby tak boleh, dah la tak boleh cAKAP yANG dia sakit ke tak selesa. Bila anak sakit memang jadi stress, penat tak cukup tidur semua. Memang mental breakdown bila tengok Astrid macam ni.
“Thats why mama bawa semua toys favourite dia, walker bagai.
Alhamdulillah Dah Okay
“Alhamdulillah harini Astrid dah nampak okay.
“Hasil flush pun berjaya, banyak poopoo (najis) & tak keras dah.
“Makan tak yah cakap la dia sakit ke tak memang sentiasa berselera.
“Menangis pun dah tak seteruk sebelum-sebelum ni. Kalau dia boring ke apa mama cuba sedaya upaya untuk hiburankan dia.
“Kepada semua yang DM,sorry tak dapat jawab satu-satu. Terima kasih semua yang DM mendoakan kesihatan Astrid,” kongsi Dayana.
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.