Bagi pelakon versatil Johan As’ari, kehidupan yang dilaluinya hari ini bukan sekadar tentang kerjaya seni dan populariti, tetapi tentang warisan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah pudar daripada hatinya.
Meskipun sudah hampir sedekad berlalu sejak pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Datin Firdaus Abdul Kader, momen istimewa bersama ibu tetap terpahat utuh di ingatannya. Untuk rekod, ibu Johan meninggal dunia pada Mei 2015 akibat kanser tulang.
“Senyuman ibu, wajah ibu… tetap jelas terbayang di depan mata saya.”
Itulah bisikan hati seorang anak yang tidak pernah melupakan setiap detik bersama ibunya. Kenangan yang disulam dengan sentuhan kasih, masakan ibu setiap kali pulang ke rumah, dan amalan mencium tangan sebelum melangkah pergi, semuanya terus hidup dalam memorinya.
Silaturahim, Sifat Yang Johan Warisi Dari Arwah Ibu
Antara nilai paling besar yang dipegang oleh Johan sehingga ke hari ini adalah semangat ukhwah dan sifat suka bergaul, yang menurutnya adalah sifat utama yang diwarisinya daripada arwah ibunya.
“Dalam keluarga, sifat silaturahim tu amat dititikberatkan. Arwah ibu sangat menjaga hubungan dengan orang. Itulah yang saya pegang dan amalkan sampai sekarang,” ujar Johan penuh syukur.
Bagi Johan, ukhwah bukan sekadar bersosial, tetapi tentang nilai Islam yang dibudayakan sejak kecil dan kini menjadi sebahagian daripada identitinya sebagai seorang anak seni dan juga insan biasa.
Ibu, Sumber Kekuatan Yang Tidak Pernah Hilang
Meskipun ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2015, Johan tidak menjadikan kesedihan sebagai alasan untuk tenggelam dalam kehilangan. Sebaliknya, dia mengangkat kenangan dan semangat ibunya sebagai inspirasi untuk terus kuat dan bahagia.
Ads
“Alhamdulillah, tenaga dan kekuatan yang ada dalam diri saya sekarang adalah kekuatan dari ingatan terhadap ibu. Ibu mahu saya bahagia… jadi setiap apa yang saya buat hari ini, semuanya diiringi dengan ingatan terhadap ibu.”
Sebagai seorang anak lelaki yang sangat rapat dengan ibunya, Johan reda dengan ketentuan Ilahi, namun jiwanya tidak pernah kering dari doa dan rindu.
Impian Dalam Lakonan: Watak Seorang Ayah
Sering diberi watak antagonis, Johan akui bahawa dirinya menyimpan impian untuk membawakan watak yang lebih berbeza sebagai seorang bapa.
“Saya impikan watak sebagai seorang ayah. Bukan sebab usia, tapi kerana watak itu membawa dimensi emosi yang berbeza. Ia lebih mendalam… lebih jujur.”
Bagi Johan, lakonan bukan sekadar kerja, tapi juga satu cara untuk menzahirkan sisi peribadinya yang lembut dan penuh kasih sama seperti bagaimana dia diajar oleh ibunya sejak kecil.
Pengalaman Johan As’ari mengerjakan umrah menjadi salah satu momen paling bermakna dalam hidupnya, bukan sahaja sebagai seorang Muslim, tetapi juga sebagai anak seni.
Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah bukan dalam kapasiti peribadi sahaja, malah turut terlibat dalam penggambaran lakonan di lokasi penuh barakah itu, memberi dimensi spiritual yang luar biasa dalam kariernya.
“Älhamdulillah saya dapat menunaikan umrah beberapa kali atas tajaan sebuah syarikat pengendali umrah berpengalaman luas dalam ibadah umrah. Malah, saya juga dapat menjalani penggambaran di Mekah dan Madinah bersama beberapa lagi pelakon lain yang diterbangkan khas bersama sebuah syarikat pengendali umrah terkemuka di ibukota.
Malah saya teruja dapat bersama-sama kumpulan pertama penerima umrah Asnaf yang rata-rata teruja menerima jemputan umrah ini,”ujar Johan yang ditemui di Wadi D’Fajr, Hudaibiyyah.
Ads
Menurut Johan, setiap langkah di Tanah Haram membawa keinsafan dan rasa syukur yang mendalam, apatah lagi apabila dapat menghayati watak sambil merasai getar rohani di kota suci yang menjadi kiblat umat Islam.
Bagi Johan, peluang itu bukan sekadar rezeki duniawi, tetapi juga rezeki hati yang menjadi bekalan kekuatan untuk terus istiqamah dalam kehidupan dan kerjaya.
Apabila menyentuh soal jodoh, Johan memilih untuk menyerahkan segalanya kepada aturan Tuhan. Tidak pernah mengeluh atau meratapi takdir, dia akur bahawa setiap manusia punya masa dan jalannya sendiri.
“Jodoh tu rahsia Allah. Jangan sebab putus cinta atau lambat bertemu jodoh, kita jadi sedih. Saya berpegang pada satu perkara. Kita ada ibu yang sentiasa sayang dan nak lihat kita bahagia. Kalau ibu doakan, InsyaAllah… jodoh itu akan datang dengan cara yang paling indah.”
Johan sempat berseloroh, namun penuh makna.
“Siapa yang tak mahu kahwin? Saya pun nak kahwin… Doakan saya.”, ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Bakal bergelar bapa, isteri Usop hamil empat minggu. Tahniah diucapkan buat penyanyi yang telah berkongsi khabar gembira tentang isterinya, Nur Fatihah kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.
Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25 akui dirinya dan isteri sudah bersedia menimang anak.
Bakal Bergelar Bapa
Naib Juara program Big Stage musim ketiga yang diijabkabulkan pada 3 Januari lalu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dilihat menerima kejutan daripada isteri kesayangan yang memberikan alat ujian kehamilan yang diletakkan dalam sebuah beg.
“Alhamdulilah rezeki Allah.
“I love you sayangku. Terima kasih untuk semua doa yang yang baik untuk kami,” ungkap Usop.
Tak Sangka Rezeki Secepat Ini
Difahamkan isteri Usop tidak mengalami sebarang alahan. Seperti mana yang dikongsi menerusi Kosmo! Online Usop berasa begitu sebak kerana tidak sangka rezeki untuk timang cahaya mata datang secepat ini.
“Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini hampir memasuki usia empat minggu.
“Waktu itu, saya nak mengemas baju kemudian dia suruh saya ambil barang dalam beg
“Saya sebak sebab tak sangka rezeki Allah secepat ini.
“Setakat ini dia tak ada alahan lagi,” luah Usop yang sememangnya bersedia terima kehadiran anak pada usia muda.
“Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Mohon Rahsiakan Nama & Wajah
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
“Salam sayang dari kami bertiga.”
@fattzuralovelife
Rakan Artis Ucap Tahniah
Menerusi komen di entri tersebut juga ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan itu.
Selamat menjalani tempoh berpantang kepada Fazura dan menempuhi hari baru sebagai seorang ibu.
Pelakon Zara Zya terpanggil untuk menyuntik keceriaan kepada rider atau penghantar makanan.
Zara Zya yang begitu aktif melakukan kerja kebajikan merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan.
Zara Zya Aktif Lakukan Kerja Kebajikan Khas Buat Rider
Namun bagi merealiasasikan niat murnianya itu, Zara menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana.
“Kalau ikut kemampuan diri saya boleh sediakan pek makanan, minuman beserta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil.
“Namun saya berasakan lebih baik niat baik ini dilakukan bersama mereka yang sama sama sudi menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” kongsi Zara yang begitu prihatin terhadap mereka yang bekerja sebagai rider.
Rider Bertugas Demi Pelanggan
Zara akui sepanjang PKP sememangnya golongan rider dianggap sebagai frontliner.
“Mereka juga terdedah dengan pelbagai risiko, jadi saya rasa mahu menyumbang sesuatu untuk golongan ini. Kecil atau besar bantuan itu, pastinya tetap memberi makna tersendiri kepada golongan berkenaan.
“Saya sendiri antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya curi masa golongan itu dengan bertanyakan apa yang mereka perlukan sebenarnya. Kebanyakan memberi jawapan mereka perlukan pelitup muka dan sanitasi tangan,” sambung Zara.
Cadang Masak Nasi Ayam Atau Beriani
Malah pelakon yang pernah popular menerusi drama Love You Mr Arrogant dan Pia ini turut akan memasak sendiri makanan yang akan diagihkan.
“Daripada situ saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada di antara mereka pun tak sempat menjamu selera kerana terkejar kejar masa penghantaran. Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Bahagian makanan yang akan diagihkan saya sendiri akan memasaknya di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani.
“Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan di setiap stesen minyak.
“Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya.
Malah Zara juga berpesan jika ada yang ingin berikan memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan ke Instagram @malaysia.prihatin Atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!