Keadaan dulu dengan sekarang sudah jauh berbeza. Lebih-lebih cara didikan dan ajaran pada anak-anak. Tidak hairanlah, anak-anak zaman moden ini rasanya lebih manja berbanding zaman dulu yang agak lasak.
Boleh dikatakan kenangan waktu dulu memang memberi nostalgia dan kenangan yaang tidak boleh dilupakan. Bayangkan waktu dulu, nak ke rumah kawan pun tak takut sebab masa itu belum ada masalah sosial atau kes jenayah. Kalau ada pun hanya terpencil.
Kadang-kadang ras cukup beruntung anak-anak dulu, bebas ke sana ke mari. Cuma yang digeruni bila buat perangai mak ayah memang akan ‘bagi’ secukupnya untuk pengajaran. Tapi tidaklah sampai anak itu patah riuk.
Berbanding anak sekarang ini, pantang ditegur, mulalah nekad lari dari rumah, mogok tak nak makan dan lebih teruk ada yang cuba nak terjun bangunan dan sebagainya.
Kalau nak dibanding memang jauh sangat bezanya. Apa yang boleh dikatakan, anak-anak zaman dulu, pengalaman itulah dijadikan pengajaran dan ingatan sampai bila-bila. Inilah yang dikongsikan oleh Farizal Radzali tentang perbandingan anak dulu dengan sekarang.
Imaginasi budak sekarang, ada kuasa macam Avengers, dapat jumpa artis K-pop. TAPI, imaginasi budak dulu-dulu, kalau telan biji rambutan, nanti tumbuh pokok rambutan dalam perut, lepas tu daun & ranting pokok rambutan tu keluar ikut hidung mulut & telinga.
Ketakutan budak sekarang, markah turun, takde kawan, tak dapat apa yang dihajati. Budak dulu, takut cikgu, mak atau abah marah.
Budak sekarang semua berlandaskan sains, outspoken, open minded, lepak mamak, cyber cafe, bebas. TAPI Budak dulu takut hantu, cukup masa balik dok rumah.
Mainan budak sekatang, pubg mobile legend. TAPI mainan budak dulu, main aci nyorok, mak bawak rotan lari balik rumah. Kawan menyorok la sampai malam, member tak cari-cari.
Marah budak sekarang, wtf wth bxbi, jari tengah. TAPI Marah budak dulu-dulu, “aku balik cakap kat mak aku” & lari balik rumah, tak mau kawan. Pagi esok gi cari balik kawan yang sama macam semalam tak jadi apa.
Makanan budak sekarang, fastfood, korean style, western. TAPI, makanan budak dulu, panjat pokok mempelam tak peduli la pokok siapa, makan sampai kenyang.
Budak sekarang, tak dapat A, down sampai tak lalu makan. TAPI budak dulu, dapat semua E pun bangga weh. Janji ada sijil. Peralatan Alat Tulis: Beli DI SINI
Ads
Anak-anak sekarang, baju kotor sikit minta tukar. TAPI, budak dulu, keluar rumah baju kaler lain, balik petang dah kaler lain sebab berkubang dengan lembu, tak heran pun.
Budak sekarang, badan saiz M cari baju saiz S, nak fit nak cantik. TAPI, budak dulu, badan saiz S, selamba dia pakai baju abang kakak dia saiz L.
Anak sekarang, nak alatan mainan, kena cari kat kedai. TAPI, budak dulu, botol kosong baling dengan selipar jepun pun dah heaven. Sedar-sedar balik rumah sebelah selipar lain. BELI ALAT PERMAINAN ANAK DI SINI
Budak sekarang kena marah, merajuk lari dari rumah. TAPI, budak dulu, berbirat tengah belakang, masa makan tetap balik rumah.
Indahnya budak sekarang, banyak yang mudah didapati lalu sukar nak dihargaik. TAPI, indahnya budak dulu, banyak yang sukar ditemui, bila dapat, ia jadi memori yang tak pernah dilupai.
Mingguan Wanita : Memang betul sangat. Memori yang tsangat berharga dan tak akan dilupa sampai bila-bila. Untunglah siapa yang lalui zaman itu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Suami yang terlampau ralit dengan gajet, hubungan dengan keluarga semakin renggang. Gajet seperti telefon pintar sememangnya sangat penting dan ianya adalah keperluan dalam hidup. Tetapi jangan sampai menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Banyak kes penceraian berlaku kerana suami isteri kurang berkomunikasi, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Adik beradik kurang berkomunikasi, anak dengan ayah saling tidak bertegur sapa walau ada didepan mata. Ibu dan ayah tidak bermesra, semuanya kerana gajet.
Suami mula tidak mengendahkan isteri, setiap pertanyaan isteri tidak dihiraukan, yang dipentingkan ialah telefon bimbit. Jika anda dapat meluangkan masa berjam-jam mengadap telefon, mengapa mahu luangkan masa selama setengah jam dengan isteri terasa sangat sukar?
Sangat penting komunikasi dalam sesuatu hubungan, ada satu luahan di mana luahan itu khas buat seorang suami yang pentingkan telefon bimbit dari isterinya sendiri. Diambil dari theasianparent, mari kita hayatinya.
Apabila suami asyik dengan gajet
Wahai suami yang asyik dengan telefon, anda hanya perlu masa 1 minit (atau kurang) untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak-anak. Percayalah, anda – suami asyik dengan handphone akan terlepas semua momen indah yang anda tak jangka ini.
Anda perasan tak bagaimana anak perempuan anda itu ternanti-nanti perhatian dari anda kerana dia sudah berjaya mengeja? Anda mungkin tak nampak momen indah ini kerana anda sibuk dengan handphone.
Anda juga mungkin tak nampak yang isteri tercinta baru saja berjaya mengajar anak lelaki anda menghirup air dengan straw, dan dalam sekelip mata, si manja anda berjaya meniru aksi ibunya! Apabila suami asyik dengan handphone, dia mungkin akan terlepas momen tertentu.
Anak Membesar Depan Mata Pun Tak Perasan
Entah berapa banyak pencapaian anak-anak yang anda terlepas? Entah berapa kali anak lelaki anda memandang anda untuk meminta perhatian, tapi anda tak menghiraukannya?
Entah berapa kali isteri anda terpaksa ulang soalan beliau kerana anda tak dengar apa dia cakap? Entah berapa kali makan malam yang disediakan si isteri sejuk kerana anda lambat nak makan, sibuk main telefon saja?
Suami asyik main handphone tertinggal momen indah yang patut dihargai. Semua ini mungkin antara momen-momen indah dan bernilai yang anda terlepas. Hubungan dengan gajet itu akan merosakkan hubungan anda dengan keluarga anda sendiri.
Ketahuilah… anak dan isteri anda hanya mahukan perhatian dan kasih sayang dari anda. Mereka mahu anda letak sekejap telefon itu. Jangan jadi suami yang asyik main handphone sekejap. Satu minit saja.
Pandanglah mereka. Peluk mereka. Cakap dan bersembanglah dengan mereka. Senyum dan ukir tawa di bibir mereka.
Apabila isteri anda minta sedikit me-time, itu bukan tanda mereka mahu merungut kepenatan dan ingin meninggalkan anda. Itu sebenarnya tanda mereka “meminta bantuan”.
Mereka memerlukan anda
Semua cerita di Facebook itu boleh tunggu. Daripada anda sibuk nak tahu apa yang semua orang sedang buat, apa kata anda cipta “momen” anda sendiri?
Semua permainan dan level dalam game anda itu boleh tunggu. Anda mungkin akan kalah dalam games, tapi anda akan memenangi hati anak anda. Mereka akan menyayangi bapa mereka sepenuh hati.
Malah, emel dari bos anda itu juga boleh tunggu. Bukankah anda bekerja untuk keluarga? Kenapa bawa balik kerja ketika anda bersama keluarga, pula? Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu menyesal di kemudian hari…
Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu buat keluarga anda ternanti-nanti kasih sayang dan perhatian anda. Percayalah. Kalau anda buat mereka tertungu-tunggu, anda mungkin akan kerugian besar.
Anda hanya ada satu kehidupan. Anda hanya ada satu peluang di muka bumi ini untuk bersama dengan insan yang anda sayang. Anda hanya ada satu peluang untuk jadi suami dan bapa yang terbaik.
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri dari alam maya secara sihat. Marilah kita hidup pada ‘masa sekarang’ di mana isteri, anak perempuan dan anak lelaki anda sedang ketawa riang sambil belajar menyanyi setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bercerita tentang adik beradik memang tak pernah habis. Masing-masing mempunyai perangai dan sikap yang berbeza-beza. Kalau 10 orang adik beradik, 10 perangailah juga. Semuanya tak akan sama.
Begitu juga nasib adik beradik, semuanya berbeza. Mungkin ada yang ditakdirkan hidup senang ada yang susah dan ada yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Jadi, usahlah mendabik dada, sebaliknya tolonglah antara satu sama lain.
Ketahuilah kita dilahirkan dari perut mak yang sama dan ayah yang sama. Tak perlulah nak membanding-bandingkan atau bbersengketa. Susah atau senang macam mana pun, adik beradik inilah yang dicari.
Perkongsian daripada Khairi Syazwan mampu membuka mata keluarga yang mengalami pergaduhan dan ada yang tidak bercakap kerana sedikit salah faham. Moga ia memberi manfaat untuk keluarga dan adik beradik di luar sana.
Lahir Dalam Perut Yang Sama
Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama
Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikannya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya. Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik
Adik Beradik Yang Tolong
Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.
Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak? Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak
Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk dan jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.
Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata Allah.
.
Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin..
MW: Gaduh macam mana sekalipun, hubungan adik beradik tak akan putus sampai ke akhir hayat.
Sebab matlamat utama Pengasas Akademi Arash-QHI Malaysia, Ustaz Amirul Mukminin Al-Faruq adalah mahu mewujudkan satu rumah, satu perawat. Jadi, golongan ini perlu dibantu dengan menyediakan kelas rawatan Islam Ruqyah secara percuma kepada golongan MUALAF, IBU TUNGGAL dan ASNAF.
“Dengan adanya ilmu ini, mereka boleh merawat ahli keluarga sendiri tanpa mengeluarkan belanja yang besar.”
Dalam perawatan Ruqyah ini, golongan mualaf juga mendapat manfaat yang besar. Terutamanya boleh mendekatkan dan memberi pemahaman mendalam terhadap keindahan, kebaikan dan keistimewaan Islam.
“Mereka boleh mendalami lagi Islam kerana ilmu perawatan yang diajarkan oleh tenaga pengajar di Akademi Arash ini menggunakan Al Quran dan sunnah sebagai panduan.
“Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada pengamal perubatan yang secara sukarela membantu menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini.” Akademi ARASH ini terletak di Setapak.
Ramai yang ingin jadi perawat dengan kaedah Islam ini. Tapi yang dapat pentauliahan dari phak berwajib tak ramai.
“Atas dasar inilah, kita perkenalkan rawatan Ruqyah mengikut syar’iyyah yang tidak bercampur dengan mentera, menurun dan pemujaan. Ianya seratus peratus berlandaskan Al Quran dan sunnah.
“Alhamdulillah kita telah mendapat pentauliahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Dan dengan pentauliahan ini juga kita boleh menyebarluaskan ilmu perawatan Islam ini kepada golongan sasar.”
Ketagihan Gajet Pun Ada Kaedah Rawatannya
Kata ustaz lagi, akademi ini ditubuhkan pada tahun 2017. Tak lengkap jika mengajar ilmu perawatan Islam, tapi tak faham pemakanan sunnah. Jadi, diketengahkan juga amalan pemakanan sunnah untuk para pelajar memahami dan mengetahui khasiatnya yang sangat luar biasa dan mujarab.
“Tidak hanya penyakit misteri, pusat rawatan ini juga bersedia di dalam mengajar bagaimana untuk merawat penyakit seperti resdung, bekam dan pemulihan dari segi akhlak.
“Ketagihan dadah, hubungan sejenis, ketagihan gajet juga kita ada kaedah untuk merawatnya. Semua ini perlu kembali kepada fitrah dan kita kena bersungguh-sungguh jika mahu berubah dan berubat.”
Street Ruqyah Untuk Kefahaman Semua
Akademi ARASH juga merancang mengadakan Street Rugyah dalam masa terdekat.
“Perawatan Islam bukan untuk orang Islam sahaja. Orang bukan Islam pun kita bantu rawat dengan ayat Al-Quran. Dengan adanya Street Ruqyah ini, kita boleh menjangkau lebih ramai golongan tanpa mengira kulit dan keturunan.”
Yang datang ke akademi rata-rata mereka yang mengalami masalah rumah tangga dan pelbagai penyakit termasuk strok.
Ada juga kelas mengaji Al Quran yang dibuka untuk lelaki dan wanita dewasa. Bimbangan diberikan oleh tenaga pengajar profesional di akademi yang akan membawa pelajar bermula dari zero hingga ke pro.
Mengekalkan seramai 25 orang dalam satu kelas, pelbagai kaedah pembelajaran diajar secara bertalaqi bersama guru yang bertauliah dan bersanat.
Bagi anda yang ingin menghadiri kelas perawatan Islam dan kelas mengaji di Akademi Arash ini boleh melayari facebook Akademi Ruqyah Syar’iyyah Holistik ARASH untuk maklumat lanjut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...