berpantang musim raya

Ini satu cabaran besar bagi kaum wanita yang bersalin pada musim raya Aidilfitri apabila tercium bau masakan kegemaran setahun sekali muncul setiap tahun. Tetapi mak-mak yang berpantang masa raya kena sadokan hati, ya bila tengok makanan sedap-sedap yang orang hidang atas meja.

Mungkin kajian saintifik dan perubatan tidak menyatakan sebarang pantang larang daripada segi pemakanan buat wanita selepas bersalin. Namun dari sudut tradisional, kekuatan dan ketahanan badan setiap tak sama.

Ini satu kepercayaan yang telah diamalkan sejak sekian lama. Malahan kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah antaranya untuk kelancaran penghasilan susu ibu serta memulihkan badan.

Andai kata ada ibu beranak kecil yang teragak-agak nak berpantang apa pada musim raya atau mungkin tergoda dengan sesuatu makanan yang ada atas meja makan, jemput gali ilmu berpantang daripada Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Puan Siti Aishah ini…

Dilema Berpantang Di Hari Raya

Berikut ada beberapa isu yang menjadi trending bila seorang ibu terpaksa berpantang di musim raya.

Semua ini adalah melalui pengalaman saya sendiri sepanjang menjadi perawat pantang.

1. Dilema nak balik kampung tak ada “jamban duduk”

Isu jamban duduk ni memang satu masalah besar. Rata-rata ibu akan mula rasa ngilu kalau terpaksa fikir cara nak buang air besar tanpa alas punggung aka mangkuk jamban. Utk masalah begini, adalah baik jika suami dapat menyediakan kerusi tandas duduk yang dijual di farmasi.

2. Dilema nak berjalan-jalan raya

Hentikanlah angan-anagn anda nak mengunjung dan menziarahi kaum keluarga. Lebih-lebih lagi jika perjalanan dari sebuah rumah ke sebuah rumah sangat jauh. Belajar menolak dengan beradab. Nyatakan diri masih belum sihat sepenuhnya. Minta izin utk tinggal di rumah dengan suami.

3. Dilema suruh makan apa yang ada

Haaaa… ini memang top 5 punya masalah. Masa ni mak/mak mentua semua dah bz dgn juadah raya. Semua lupa ada perut yang belum boleh hadam dengan makanan raya. Dan tiba-tiba anda terkulat-kulat menghadap 1001 juadah yang memang mintak bentan. So rancang sendiri aturan juadah menu anda di bulan Syawal. Beli atau masak lauk pantang siap-siap (minta mak atau suami buatkan). Anda hanya perlu masak nasi dan panaskan lauk sahaja.

IKLAN

4. Dilema anak diusung kesana kemari

Belajar untuk berlaku tegas. Tolak dengan lembut tetapi tegas. Nyatakan anak anda tidak berapa sihat. Lagi mudah, duduk je dalam bilik. Bila org nak dtg tgk pura-pura tidur sambil susukan anak.

5. Dilema dikerah buatkan air dan layan tetamu

Buat patung. Duduk senyap-senyap. Dengan kain batik dan berstokin (ada sebab anda tak payah berlawa-lawa dipagi raya). Lagi elok nampakkan bengkung melilit panjang di luar baju anda. Melalui uniform anda ini orang akan faham and dalam pantang. Tetapi jika orang tak faham, anda terangkan secara berhemah bahawa anda tidak rasa betul-betul sihat lagi utk membantu. Minta maaf. Tarik diri. Masuk bilik.

Wahai rakan dan taulan,

Meskipun si ibu sudah melalui hari ke 40 selepas bersalin, walau lagi 4 hari berbaki tempoh berpantangnya, tidak menjadikan dia layak dilayan seperti orang biasa yang sihat.

Dia masih digelar ibu berpantang. Dan tahukah anda, tempoh ke 44 selepas bersalin adalah tempoh dimana badan mereka akan kembali lemah. Seperti pada hari pertama mereka melahirkan anak.

Bayangkan jika pada hari ke 44 itu, sedang anda mengerah dia melakukan pelbagai aktiviti, tiba-tiba si ibu jatuh rebah lalu terlantar kesakitan kembali.

IKLAN

Adakah anda sanggup menjaga si ibu dan juga si bayi?
Kemudian bab menguruskan makan pakai si suami dan anak-anaknya yang lain?

Tidak, bukan?

Yang akan menghadap 1001 rencah tanggung jawab rumahtangga adalah si ibu itu sendiri.

Bukan anda.

Anda hanya lepas tangan.

Paling tidak bedecit berkata KESIANNNN….

IKLAN

Jika anda rasa anda tidak mampu membantu si ibu dikala dia kesusahan, jangan dibebankan dia dengan aturan yang melanggar pantangnya.

Berehsanlah.

Si ibu tidak mampu beraya. Kerana dia sibuk menjaga kesihatan dan dirinya demi masa depan keluarganya. Anda sebgai rakan dan taulan sekurang-kurangnya tunjukkan rasa prihatin.

Tak mampu membantu, jangan menyusahkan. Berehsanlah.

Pesanan Buat Ibu Berpantang

Wanita yang sudah bertahun menguruskan orang berpantang ini juga berpesan kepada kaum mak-mak yang baru lepas bersalin agar beringatlah sebelum parah. Tulisnya lagi, iada dosa setinta pun jika dilanggar tetapi beringatlah sebelum parah. Berpantang kita, biar berlebih jangan berkurang.

“Raya tiap-tiap tahun akan muncul dan tiba, Insyallah. Tetapi jika sudah terpalit penyakit melunai pada badan, biarpun setahun tempoh Syawal. Tak hadap awak nak beraya kalau badan dah mula sakit sini sana.”

Haaa… masih kuat berpantang cara lama atau moden ya? Apa pun pilihan di tangan anda, terpulang pada mak-mak sendiri nak berpantang tahap mana. Kalau sakit pun, yang merasa bukan orang lain, tetapi diri sendiri.

Semoga bermanfaat buat kaum mak-mak beranak kecil.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI