“Semoga cepat sembuh Sarah, semoga cepat baik. Kuat ya awak Sarah. Ya Allah berikan kekuatan buat sahabatku, berikan kekuatan buat wanita hebat ini,” itulah antara komen dari warganet yang bernama hanisdianofficial buat pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Seperti yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi keadaan terkininya yang kini berada di hospital.
Khabarnya Sarah terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan sejurus tiba dari Dubai.
“Semoga Cepat Sembuh Sarah”
Menerusi perkongsian itu juga Sarah memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja berikutan sakit yang dialami ketika ini.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
“Doakan Sarah ya semua. In sha Allah bila sihat Sarah akan get back to work. Minta maaf pada yang Sarah cancel photoshoots , ada meet & greet dekat Singapore @megaxpress sarah kena cancel.
Menjengah ruangan komen ramai rakan artis yang mendoakan agar Sarah cepat sembuh dan terus kuat.
Tak Sedap Badan & Batuk Sejak Di Mekah
Seperti mana dipetik menerusi Mstar Online, Sarah menyatakan dia mula berasa tidak sedap badan dan mengalami batuk sejak berada di Tanah Suci Mekah.
“Saya memang tak cukup rehat, penat sangat.
Ads
“Hanya sehari sebelum umrah saya cuti untuk kemas barang.
“Cuaca di Mekah mungkin juga jadi faktor saya batuk.
“Mulanya ingat boleh tahan, tetapi sampai sahaja Kuala Lumpur saya rasa terus nak tumbang.
“Lepas pulang ke rumah, selesaikan berkemas dan makan, saya terus ke hospital,” kongsinya yang menunaikan ibadah umrah bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah dan kemudian bercuti ke Dubai.
Sarah juga menjelaskan dia terpaksa menahan sakit selama 17 jam dalam penerbangan dari Dubai ke KL. Dek kerana itulah dia terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sempena anniversary yang ke-9 bersama isterinya, ini pesan Ustaz Don, “Sentiasa Ada Ruang Perbaiki Kesilapan.”
Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian apabila setiap kali tibanya hari istimewa, pasti saja ada titipan atau kata-kata indah buat isteri tercinta.
Selain menghargai kasih sayang isteri tercinta, dalam masa yang sama Ustaz Don turut berkongsi tip dan doa kepada semua pengikutnya di akaun instagramnya. Kongsinya:
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Doa Ustaz Don Untuk Semua
Ini doa yang saya teringin hendak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah ampunilah andai aku mengguris hati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan mereka ke atas ku.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Mingguan Wanita : Happy anniversary Ustaz Don dan isteri, semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Sebelum ini, Mingguan Wanita pernah kongsikan penderitaan Nur Izzati Afiqah Hussian, 29, yang mengalami penyakit misteri apabila berat badannya meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 bulan.Terkini dilaporkan wanita ini telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya.
Hembus Nafas Terakhir
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Bomba Bantu Urusan Pengebumian
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.
Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, juga mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
MW: Hebat dugaan yang ditanggung wanita ini, deritanya hingga ke akhir hayat. Salam takziah buat keluarga wanita ini. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Tidak dinafikan ayat-ayat Alquran mempunyai banyak kelebihannya. Amalan potongan ayat-ayat tertentu mampu menjadi asbab penawar kesakitan, penyembuh hati mahupun menunaikan hajat. Apa-apa pun kesemuanya adalah atas ketentuan dan kehendak daripadaNya.Namun tidak salah kita berusaha dan mengharapkan pertolongan sebenar-benarnya hanya pada yang Esa. Salah satunya dengan mengamalkan dan membaca Yasin 7 Mubin ini.
Fadhilat Yasin 7 mubin ini dikongsikan oleh AtieQa Hod, ketika berhadapan saat sukar ditimpa ujian dan dugaan hampir kehilangan adik tersayang.
Berikut perkongsian beliau sebagai panduan;
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin #7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama-sama menjadi amalan.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...