Mak-mak terlalu sibuk, jangan sampai anak jadi mangsa jenayah seksual alam siber. Tanpa sedar dalam mengejar kesibukan dunia, mak-mak leka seterusnya mengabaikan keperluan anak-anak.

Seharusnya anak mendapat perhatian sewajarnya, namun atas desakan hidup apabila mak-mak juga perlu bekerja membantu suami, membuatkan perhatian kepada anak-anak berkurang.

Bukan tak sayang, tapi akibat terlalu sibuk anak-anak seringkali diabaikan. Dari situ anak mula mencari keseronokan di luar, paling mudah menerusi akses di internet.

Wahai mak-mak yang sibuk, ketahuilah anak-anak kita dah terdedah jenayah seksual terlampau di alam siber tanpa kita sedari.

Mak-Mak Terlalu Sibuk

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP), yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di internet.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun (gambar) berkata kes berkenaan memerlukan kerjasama segenap anggota masyarakat, untuk sama-sama mencegah dan melindungi kanak-kanak di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menerusi agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), akan melaksanakan advokasi dan program peningkatan kesedaran kepada ibu bapa, supaya cakna mengenai ancaman dunia siber bersama CyberSecurity Malaysia.

IKLAN

Artikel Berkaitan: ‘Ada Gambar Aunty Tak Pakai Baju Dalam Telefon Ayah.’ Bapa Simpan, Anak Yang Ketagih

Jangan Sampai

“Banyak lagi kerjasama yang dijalankan bersama Cybersecurity, bagi menyediakan persekitaran siber yang selamat dan kalis ancaman untuk kanak-kanak. Kami akan berkerjasama sebagai satu pasukan.

“Saya dan kementerian akan terus mempergiatkan usaha memastikan persekitaran siber yang selamat, agar kanak-kanak di negara ini tidak terdedah pelbagai risiko di alam siber, termasuk dieksplotasi dan pornografi,” katanya dalam kenyataan selepas membuat lawatan ke CyberSecurity Malaysia.

IKLAN

Anak Jadi Mangsa

Rina berkata, selain mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), beliau turut mengadakan perbincangan khas melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu Kanak-Kanak di Media Sosial, berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata pertemuan turut diadakan dengan CyberSecurity Malaysia untuk menangani isu tersebut yang perlu ditangani segera secara sistematik, terurus dan terancang.

Jenayah Seksual Alam Siber

Bernama sebelum ini melaporkan sejak 2017 hingga Mac tahun ini, PDRM menerima 93,368 alamat IP yang disyaki terlibat melakukan kegiatan itu, daripada sistem perkongsian maklumat yang dianggotai antaranya Polis Antarabangsa (Interpol), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan National Center For Missing and Exploited Children.

Terdahulu dalam lawatan itu, Rina turut melawat Makmal Forensik Digital, Makmal MyCERT dan meninjau CyberSAFE L.I.V.E, iaitu galeri yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘Galeri Keselamatan Siber Pertama’ di Malaysia.

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Ts Dr Amirudin Abdul Wahab dan pasukannya turut menerangkan mengenai pengoperasian agensi berkenaan, yang dilengkapi teknologi terkini.

Baca Di Sini : Hentikan Anak Ketagih Gajet, Mak Ayah Setting Screen Gambar Hantu Itu Cara Yang Salah!

Mingguan Wanita: Menyediakan persekitaran yang selamat bermula dari rumah. Jagalah anak kita sebaiknya kerana mereka adalah amanah Allah.

Sumber: BERNAMA / The Sun Daily

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI