Pejam celik, lagi sebulan lebih penguatkuasaan pemasangan car seat dalam kenderaan persendirian akan bermula, iaitu pada Januari 2020. Ini salah satu langkah kerajaan untuk melindungi keselamatan bayi dan kanak-kanak dalam kenderaan.
Di pihak mak ayah pula, bagaimana? Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, isu yang lebih besar bukanlah semata pemasangan car seat. Tetapi sikap dan kelalaian pemandu itu yang perlu diperhatikan. Kerana itulah punca utama kemalangan maut atas jalan raya.
1 fakta yang tak boleh kita nak nafi ialah; sebab kematian kanak-kanak paling utama selepas lemas dan tercekik ialah kemalangan.
Hakikat ni kita semua setuju. In fact, penggunaan car seat bagi kanak-kanak patut dialu-alukan oleh semua pihak sebab ia boleh mengatasi punca kematian kanak-kanak akibat kemalangan.
Fakta yang saya nak bincang jugak secara objektif kali ni ialah; kita ada 1 lagi masalah besar selain daripada punca kematian kanak-kanak (tak guna car seat) iaitu PUNCA KEMALANGAN itu sendiri.
Yes, kalau kita nak selesai punca kematian kanak-kanak dalam kemalangan iaitu tak guna car seat, maka bila guna car seat, harapnya boleh berkuranglah kematian kanak-kanak.
Saya pun setuju.
Tapi, ia tetap tak menyelesaikan ibu lagi besar punya masalah iaitu kemalangan itu sendiri.
Sikap Dan Kelalaian Itulah Punca Kemalangan Maut
Saya rasa semua orang setuju, kalau kita selesai punca kemalangan, maka dengan sendirinya punca kematian akan dapat diselesaikan.
Kalau kita selesai punca kematian akibat kemalangan sahaja, tanpa kita selesaikan punca kemalangan, maka kemalangan tetap akan berlaku dengan banyaknya sampai bila-bila.
Ini masalah sebenar yang jauh lebih besar dan patut kita ambil berat. Jangan buat tak nampak, atau pandang sebelah mata.
Saya rasa, semua orang setuju, kemalangan banyak berlaku (dan banyak juga kemalangan maut) di negara ini ialah berpunca daripada SIKAP dan KELALAIAN.
Ads
Betul tak?
Pemandu Yang pernah Terbuat Ini.. Insaflah
Selesaikan masalah ni dulu sebelum pergi jauh sampai ke car seat.
Bawak kereta laju macam pelesit : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
Langgar lampu kuning traffic light : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
Main handphone masa bawa kereta : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
Masuk simpang tak bagi signal : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
Bawa kereta terhegeh-hegeh, sekejap brek, sekejap brek : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
Bawa kereta macam kura-kura tanpa rasa bersalah di lorong paling kanan : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
Bawa kereta tanpa rehat, mengantuk dan letih : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
Dan banyak lagi la kalau nak cari punca berlaku kemalangan. Dan semuanya berkait dengan sikap. Kena ubah sikap. Kena fikir dan buat sesuatu supaya sikap ni boleh diubah.
Kuat Kuasa Hukuman Kaw Kaw
Saya pernah terfikir, banyak benda boleh dibuat oleh pihak kerajaan atau penguatkuasa macam JPJ dan Polis Trafik. Salah satunya, beratkan lagi hukuman. Biar kow-kow punya.
Saman bagi lagi tinggi.
Bagi hukuman penjara pulak.
Batalkan dan haramkan terus lesen memandu untuk kesalahan yang berulang.
Buat kerja kemasyarakatan dan sebagainya.
Ads
Penguatkuasa Pun Buat Kerja Biar Ikhlas
Semua ni akan menyebabkan (sedikit kalau tak banyak) sikap masyarakat akan berubah. Dengan syarat, pihak penguatkuasa pun buat kerja biar ikhlas.
Jangan buat road block tempat terpilih pada masa terpilih. Atau bila dah cukup target, angkat kon, cabut balik. Nampak sangat macam dah meet target berapa saman keluar, maka selesai kerja.
Jangan kasi can dan bagi ruang pesalah kow tim dengan duit kopi. Yang ni tak payah ulas panjang. Nanti kecoh pulak. Ramai ada pengalaman ni termasuk saya sendiri.
Jangan la letak kamera speed trap di tempat yang orang tahu. Ini memang kartun tahap gaban la. Ada kamera kat highway PLUS dari Bangi menuju Kajang, sampai kat kamera tu, semua kereta bawa kereta macam siput. Lepas je kamera, semua pecut macam babi!
Tak ke kerja sia-sia tu wahai yang cerdik pandai?
Dan saya pernah terfikir, kadang-kadang, nak bagi pemandu behave ni (slowkan speed dan sebagainya), letak kon oren tu tengah jalan pun orang dah slow dah. Tak payah pacak roadblock pun.
Kan? Kan? Kan?
Saya pun pelik, kenapa bila kita berada di luar negara, kita boleh behave macam malaikat? Bawa kereta ikut peraturan jalanraya. Nak jalan kaki pun solan santun. Nak buang sampah pu cari tong sampah.
Tapi balik sini, perangai macam setan! Serba serbi langgar.
Ads
Baguslah Ada Car Seat, Tapi..
Macam lampu isyarat kan.. lagi kuning lagi dia pecut. Itu yang kalau eksiden, terus mati tu.
So, balik semula kepada car seat tadi.
Ye, baguslah ada car seat. Tapi, praktikalkah dari segala segi?
Kos – saya baru tulis 2, 3 hari lepas pasal kos belajar bila nak masuk sekolah awal tahun yang bikin mak bapak sakit jiwa. Lagi nak tambah dengan car seat pulak? Kalau 1 berapa? Kalau 2? Kalau 3?
Pratikal – tak semua orang pakai kereta besar. Ada yang kereta kecil, anak pulak ramai. Dah elok-elok boleh sumbat 5 orang anak kat belakang, terus tinggal 2 orang je sebab dah isi dengan car seat.
Penguatkuasaan – macamana nak buat tu? Polis dan JPJ diorang guna tak car seat tu untuk kereta diorang? Saya pernah tengok, geng-geng ni pun kalau bawa kereta seat belt pun tak pakai.. oppsss… maaf Tuan..
Dan lain-lain lagilah ye.. tapi yang paling besar masalah kewangan tu la.
So, kesimpulan yang saya nak bagi ialah :
Cari benda lebih penting untuk selesai. Kemudian selesaikan dulu.
Peringatan : jangan lepas ni bila dah orang semua habis duit beli car seat, kerajaan nak kaji balik semula pulak. Macam tak biasa kan? Dah banyak kali jadi sebelum ni.
Okbai..
Selamat berbincang dengan aman.
Saya tulis pendapat saya je. Kalau tak setuju, gi buat status dekat wall sendiri. Tak payah tulis panjang-panjang kat sini.
Ngeh ngeh ngeh…
#KAB
– Cikgu Mohd Fadli Salleh kata, kalau hati tak kering, jangan coba-coba nak tulis macam ni
Isteri bukan saja uruskan hal rumahtangga, makan pakai suami dan anak-anak tapi juga sebagai menteri kewangan. Inilah yang aling penting bila urus duit diserahkan kepada isteri.
Sebagai ‘menteri kewangan’ dalam keluarga, bukan bermaksud isteri sesuka hati menggunakan duit yang diberikan oleh suami. Sebaliknya kena bijak dan pandai dalam berbelanja dan menyimpan.
Bayangkan kalau suami isteri boros dan masing-masing tidak urus kewangan keluarga dengan baik, mahunya tak sampai hujung bulan duit dah habis. Belum lagi kalau berlaku kecemasan, mana nak ‘korek’.
Jadi, sebab itulah isteri kena jadi menteri kewangan, terutamanya kalau suami jenis boros. Isteri bukan ‘ceti’ tapi rasanya kalau bab-bab duit, memang boleh dipercayai dan serahkan saja pada dia untuk uruskan.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad ini betul sangat. Tip yang boleh isteri gunakan bila dah jadi menteri kewangan untuk uruskan perbelanjaan keluarga.
1. Jadi isteri bukan hanya cantik bila ada bulu mata lentik sahaja, tetapi harus bijak urus kewangan keluarga tercinta.
2. Lepas kahwin suami harus percayakan isteri atau mohonlah jawatan ini dari suami. Jaga kewangan keluarga waktu suami mencari rezeki.
3. Tugas pertama isteri mesti tahu pendapatan bulanan pasangan kita. Jika dapat lihat slip gaji yang dia ada lebih mulia.
4. Catat semua perbelanjaan keluarga, dari yang kecil sampai yang besar. Ambil resit tiap kali berbelanja, simpan dan jaga.
5. Sediakan satu Perancang Kewangan Keluarga, tahun ini kita nak ada berapa simpanan?.
Jika nak ada RM4000/12 bulan . Sebulan kita kena simpan RM333, seminggu kena simpan RM 83.00 sahaja. Boleh begitu?
6. Usaha tambahkan pendapatan keluarga, banyak peluang berniaga sekarang ini. Dari jual mekup ada merkuri sampai tudung seksi warna warni! (Jangan jual perkara yang rosakkan agama dan kesihatan sesama manusia)
7. Usaha kurangkan perbelanjaan tak perlu, jangan bagi suami hisap rokok lagi. Suruhlah dia hisap sudu atau apa sahaja yang percuma sedia ada.
8. Buat garis panduan belanja, contoh tak perlu tudung mahal untuk tutup aurat. Tak pakai Duck pun tak mengapa, janji terjaga aurat kita semua.
9. Kenakan denda jika tak ikut panduan. Contohnya denda jika suami kahwin lagi, mintak sebuah rumah sebagai hadiah galang ganti hantaran.
Mingguan Wanita : Isteri ni lebih cakna sikit dalam urus kewangan keluarga. Semua dia buat untuk masa depan keluarga. Paling penting, suami keluar cari rezeki dan isteri yang ada pekerjaan, bolehlah bantu mana yang mampu untuk ringankan beban suami.
Pasangan Kontroversi, Marissa & Aslam Ke Mahkamah Syariah. Terbaru anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telahpun ke Mahkamah Syariah bersama suaminya Ahmad Aslam.
Seperti mana dilaporkan, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, atas prosiding pengesahan nikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pasangan tersebut hadir di mahkamah dengan memakai pelitup muka dan kemudian bergegas pulang selepas berada dalam dewan bicara. Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Marissa dan Aslam khabarnya bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan. Malah pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.
Pasangan Kontroversi, Marissa & Aslam Ke Mahkamah Syariah
Seperti mana dikongsi Berita Harian Online Peguam Syarie mewakili pasangan berkenaan iaitu Muhammad Ammar berkata pihak mahkamah menangguhkan prosiding pada tarikh seterusnya.
“Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Siasatan akan disambung pada masa akan datang. Bila tarikhnya, saya dimaklumkan anak guam untuk tidak memaklumkan,” luah Muhammad Amar.
Aslam pula menyatakan terdapat sedikit masalah teknikah berhubung maklumat peribadi mereka.
“Ada masalah sedikit berkenaan maklumat peribadi dalam permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
“Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab. Borang ini sudah lama kami serahkan kepada peguam dan hari ini, kali pertama kami hadir. Semuanya akan diuruskan pihak peguam,” katanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Awal perkahwinan memang semuanya manis, semua sanggup lakukan asal pasangan gembira. Tapi macam mana nak ‘ikat’ perasaan sayang dalam rumah tangga hingga ke akhir hayat?
Tak kiralah perkahwinan di fasa pertama, kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun soal CINTA mesti kena wujud. Barulah bahagia akan datang. Cuba pukau pasangan dengan beberapa cara ini…
1. Sediakan pakaian yang hendak dipakai oleh suami di atas katil.
2. Belikan isteri makanan kegemarannya apabila suami berada di luar rumah.
3. Sekali-sekala, buat kejutan dengan sediakan menu kegemaran pasangan.
4. Amalkan solat berjemaah .
5. Seminggu sekali, selitkan nota cinta di tempat yang mudah dilihat pasangan.
Praktik 5 perkara romantik mudah
1. Hadiri kelas mengaji bersama dan teruskan bertadarus di rumah.
2. Mulakan berpegang tangan sewaktu menaiki tangga bergerak dan biar ia bertaut apabila kalian berjalan bersama.
3. Kongsi satu jenis minuman yang sama.
4. Seminggu sekali, cuba luangkan masa untuk keluar bersarapan bersama.
5. Lakukan aktiviti riadah bersama seperti berjalan perlahan, berbasikal dan sebagainya.
Doa Kebahagiaan Rumah tangga
“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.