Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.
Selepas Sejam Ismahalil Hamzah Cakap
Sebelum berdepan hukuman penjara selama 30 tahun, beliau sempat meluahkan rasa sebak selepas mendedahkan keputusan kes mahkamah yang bakal dihadapinya itu kepada ibu tercinta sehingga menyebabkan wanita itu jatuh sakit.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf, Ismahalil, 53, berkata pada awalnya dia berbelah bahagi sama ada mahu memberitahu perkara itu atau tidak, namun terpaksa berbuat sedemikian sebagai persediaan fizikal dan mental untuk keluarganya menghadapi sebarang kemungkinan.
Ads
“Apa tuan-tuan dan puan-puan fikir, apa yang saya cakapkan ini saya tak beritahu kepada mak saya? Saya beritahu kepada mak saya.
“Mula-mula mak tak tahu sebab saya tak cakap. Saya cuma balik jumpa dan minta dia doakan saya, serta bermanja dengannya.
Ads
“Saya belikan ikan cencaru dan minta dia masakkan sup ikan. Saya tak tahu sama ada saya dapat rasa lagi masakan mak atau tak,” katanya dalam hantaran video itu.
Maknya Terus Demam
Ads
Bagaimanapun, Ismahalil yang berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung terakhir di Bapakku FM, pada Rabu, berkata ibunya terus demam sejam selepas dia memaklumkan tentang keputusan yang bakal dihadapinya.
“Saya cakap, Mak, hari Jumaat ini jam 9 pagi keputusan mak. Kalau ada (rezeki), kita dapat jumpa lagi mak, kalau tak ada, kita tak dapat jumpa lagi.
“Bila mak tanya kenapa, baru saya cerita perkara sebenar. Selepas satu jam saya cakap, apa jadi pada mak? Mak terus demam. Saya jadi menyesal beritahu, tetapi kalau tak beritahu nanti susah. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha dan bersiap sedia,” katanya.
Menjelaskan situasi fizikal ibunya yang kini berkerusi roda dan uzur, Ismahalil tidak dapat menahan rasa sebak namun cuba memendam perasaan serta mengawal air matanya sewaktu berbicara dengan bersahaja bersama ibu tercintanya itu.
“Bila saya nak balik, mak peluk dan cium saya macam budak-budak. Saya peluk mak dari belakang ketika dia baring sebab mak sudah tidak larat nak bangun. Tubuh dia semakin lusuh dan makin kita beritahu, makin dia tidak larat dan demam.
“Mak kata, ‘mak tak larat. Betul-betul dah tua dan macam bayi. Siapa lagi tempat saya nak mengadu kalau bukan dengan mak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ismahalil turut memohon doa daripada orang ramai agar kesihatan ibunya kembali pulih dan tidak terus mengalami demam akibat kerisauan.
Menerusi siaran langsung yang diakhiri dengan permohonan maaf itu, Ismahalil turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pendengar yang pernah menyokongnya sepanjang mengendalikan stesen radio Bapakku FM.
“Doakan saudara, semoga mak saya tidak demam lagi. Terima kasih anda semua yang pernah bersama di Radio Bapakku FM. Salah silap minta maaf banyak-banyak. Doakan,” ujarnya.
Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan di Putrajaya, menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Ismahalil sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.
Noorin dalam keputusan itu memaklumkan hukuman penjara 30 tahun berkenaan bermula pada hari yang sama iaitu 7 Ogos 2026.
Apa pun yang berlaku, kita doakan yang baik-baik buat keluarga Ismahalil, semoga Allah permudahkan urusannya sekeluarga.
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dengan hadir ke pusat mengundi dengan persalinan pengantin berwarna merah jambu.
Bagi wanita ini, mengundi bukan sekadar memenuhi kewajipan sebagai rakyat Negeri Sembilan, malah menjadi simbol setiap detik penting dalam kehidupan boleh diraikan tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat.
Pegawai Pemasaran Noor Farzana Masnoor, 26, hadir ke Pusat Pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kubang, Labu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu dengan ditemani suaminya Luqman Adam Sudirman, 27.
“Sebagai pasangan muda generasi Z, kami yakin tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia perlu diutamakan kerana bukan selalu kita mengundi. Mengundi juga amanah untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat,” luahnya.
Bukan sekadar moment bahagia dengan pasangan tetapi wanita ini raikan hari mengundi dan mahu tunaikan tanggungjawab.
“Kami percaya kisah ini bukan sekadar tentang sebuah perkahwinan, tetapi tentang generasi muda yang menghargai hak dan tanggungjawab sebagai warganegara,” katanya.
Beliau berkata pengalaman hadir mengundi dengan pakaian pengantin akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan mereka lupakan.
Jadi buat anda yang bakal mengundi di negeri masing-masing akan datang, jangan jadikan sibuk sebagai alasan kerana hari mengundi adalah satu moment yang tidak patut anda lepaskan demi tanggungjawab kepada negera.
Selebriti, Fazura dilihat semakin cantik dan beraura! Selain memiliki wajah yang dianggap klasik dan fotogenik, beberapa faktor lain turut menyumbang kepada imejnya.
Malahan Fazura juga dikenali dengan kulit yang kelihatan bersih, sekata dan terjaga, hasil rutin penjagaan kulit hariannya.
Okay, kali ini anda boleh tahu apa rahsia cantik ibu kepada Nur Fatima Aisya ini.
Menerusi satu hantaran seorang pengguna Threads, dia mendapati ramai individu popular yang sudah masuk 40an masih mengekalkan rupa paras remaja mereka — termasuklah pelakon, pengacara tempatan, Nur Fazura.
Tidak lokek berkongsi, Fazura senaraikan beberapa tips dan amalannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!