Besar harapan mak ayah apabila anak-anak mampu memikul amanah dan tanggungjawab menjaga keluarga selepas berlakunya kematian.Lebih-lebih lagi buat anak lelaki, lebih besar peranannya.
Umurnya baharu 14 tahun, namun rasa tanggungjawabnya sebagai anak tunggal lelaki menjadikan Muhammad Amierul Adlie Basiran lebih matang dari usianya.Pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah bapanya (Basiran Ali) agar mengambil alih tugasnya menjaga keluarga dipegang erat oleh Amierul.
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor ini melakar sejarah tersendiri apabila berani memikul amanah dan tanggungjawab menikahkan dua orang kakak kesayangan dalam dua majlis berbeza bulan ini, sekaligus menjadi wali muda.
Rujuk Pejabat Agama Islam
Menurut sepupu yang rapat dengannya, Mohd Syukri Madnor, pertama kali dalam hidupnya melihat remaja berusia 14 tahun mengijab kabulkan dua lelaki yang kini sah menjadi abang iparnya.Meskipun menerima berita sedih atas pemergian bapa tersayang, perkahwinan perlu diteruskan dan keluarga itu merujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka.
“Majlis pernikahan dua orang kakaknya telah dirancang sebelum bapa saudara saya (bapa Amierul) meninggal dunia pada 28 Ogos lalu akibat kanser.
“Perkahwinan diteruskan dan apabila kami rujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka untuk calon menjadi wali, mereka ada tanya sama keluarga ini ada adik lelaki atau tidak.
“Kami beritahu ada, berusia 14 tahun. Apabila diberitahu dia sudah cukup syarat utama, jadi kami putuskan Amierul akan menjadi wali pernikahan kakak-kakaknya.
“Sebelum itu kami memang rancang untuk wakilkan kepada jurunikah, tetapi selepas berbincang dengan semua keluarga dan Amierul, akhirnya dia menjadi wali.
Ads
“Malah Amierul sendiri yakin memberitahu mahu menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki dalam keluarga.
“Sebagai salah seorang keluarga rapatnya, saya amat berbangga dengan Amierul yang menunjukkan sifat matangnya itu,” jelas Syukri.
2 Kali Jadi Wali
Tambah Syukri, Amierul menjadi wali buat kali pertama untuk kakak ketiganya (Nur Aina Nabihah Basiran) pada 22 September lalu.
“Sehari sebelum majlis, dia telah berlatih bagi melancarkan majlis akad. Walaupun pada mulanya agak gugup, dia telah melakukannya dengan baik.
Ads
“Dan hari ini (29 September), Amierul sekali lagi menjadi wali untuk pernikahan kakak keduanya, Nur Amirah Basirandi di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang, Melaka.
“Perjalanan majlis bertambah baik. Dia semakin matang dan rata-rata tetamu yang hadir turut terpegun dengan sikap dewasanya itu,” katanya yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Turut Mandikan & Sembahyangkan Jenazah Bapa
Dalam pada itu, ibu Amierul, Rosiah Othman memberitahu dia melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua majlis perkahwinan berjalan lancar.
Ads
“Saya berasa sebak, terharu, malah gembira kerana Amierul sedia memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga setelah pemergian bapanya.
“Sebelum ini juga, dia turut memandi dan sembahyangkan jenazah bapanya.
“Saya tanya juga kepada dia sama ada betul atau tidak dengan keputusan untuk mewalikan kakak-kakaknya itu, dan dia dengan yakin jawab ‘ya betul’.
“Sebagai ibu, walaupun usianya masih muda, saya amat bersyukur dengan jiwanya yang besar itu,” kata Rosiah.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat remaja ini atas keberanian dan sikap tanggungjawab yang dimilikinya selaku anak lelaki tunggal. Semoga menjadi contoh buat remaja yang lain.Sebagai mak ayah didiklah anak lelaki sebaiknya, tanamkan rasa tanggungjawab pada keluarga dalam diri mereka sejak dari kecil.Suatu hari nanti mereka akan menjadi ketua keluarga mereka pula.
Doktor wanita Malaysia maut terjatuh dari tebing gunung di Itali. Seorang doktor wanita dari Hospital Pakar Metro dilaporkan maut selepas terjatuh dari tebing setinggi 100 meter ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Croda del Becco yang terletak di pergunungan Dolomites, Itali pada Jumaat lalu.
Doktor Wanita Malaysia Maut Terjatuh Dari Tebing Gunung Di Itali
Mangsa, Dr. Khaw Bee Ling, 60, yang merupakan pakar dalam bidang perubatan dalaman, dilaporkan hilang selepas terpisah dengan rakannya sehari sebelum kejadian tragis itu berlaku.
Media tempatan Itali melaporkan bahawa mangsa dipercayai telah keluar dari laluan asal di kawasan Belluno, sebelum tiba di satu kawasan cerun berbatu dan licin, lalu terjatuh ke dalam rekahan di dasar tebing.
Sebelum kejadian, mendiang sempat menghantar mesej kepada rakannya memaklumkan bahawa dia telah tersesat dan memerlukan bantuan, yang kemudiannya mencetuskan operasi mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa.
Misi menyelamat melibatkan penggunaan helikopter, dron yang dilengkapi kamera haba, unit anjing pengesan serta pengesanan melalui telefon bimbit mangsa. Mayat Dr. Bee Ling ditemui pada keesokan paginya oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke bilik mayat di Cortina.
Pengarah Eksekutif Hospital Pakar Metro, Dr. Tneoh Shen Jen ketika dihubungi menyifatkan kehilangan Dr. Bee Ling sebagai satu tamparan hebat kepada hospital dan seluruh staf.
“Beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun dan merupakan seorang yang berdedikasi, profesional serta penyayang terhadap pesakit. Sumbangan dan perikemanusiaan beliau amat dihargai oleh semua pihak,” katanya.
Menurut beliau lagi, mendiang yang tinggal bersendirian dan ibu kepada seorang anak perempuan itu sangat disenangi pesakit kerana sifatnya yang penyayang dan penuh belas kasihan.
“Pihak hospital juga telah memuat naik ucapan takziah rasmi di laman media sosial sebagai tanda penghormatan kepada mendiang,” ujarnya.
Difahamkan, urusan pengebumian telah diuruskan oleh anak perempuannya yang menetap di Amerika Syarikat.
Jika ada simptom, hari ketiga bergejala paling sesuai buat RTK antigen di rumah untuk mengetahui sama ada mak, ayah positif atau negatif virus Covid19.
Sekiranya mak, ayah ingin melakukan RTK antigen pada hari pertama bergejala, tidak ada masalah. Tetapi ujian perlu diulang lagi pada hari ketiga. Tindakan ini adalah sebaik-baiknya mengikut Dr Arisman.
Jika Ada Simptom
Saya puji masyarakat kita kebanyakan sudah bijak mengambil inisiatif sendiri atau langkah paling berhati-hati dengan melakukan ujian kendiri RTK di rumah sebaik sahaja gejala muncul hari pertama.
Rata-ratanya datang ke klinik beritahu “Saya dah buat RTK pagi tadi di rumah, negatif doktor.”
Alhamdulillah. Tahniah untuk diri anda sendiri yang melakukannya. Ini step yang sangat membantu kami frontliner kesihatan khususnya dalam mengawal penularan wabak Covid musim Omicron khususnya.
Tetapi jika berjumpa saya di klinik, saya pasti akan selalu nasihatkan kepada pesakit-pesakit yang timbul gejala saluran pernafasan atau demam untuk periksa ulang ujian kendiri air liur atau swab pada hari KETIGA bergejala.
Jika ujian negatif dan demam masih tidak reda, maka datang semula berjumpa doktor. Perlu risau ada banyak lagi penyakit lain di luar sana, misalnya denggi, influenza, pneumonia dan lain-lain.
Buat RTK Antigen Di Rumah
Ada juga pesakit yang jawab “Saya dah buat RTK dah doktor, 5 hari lepas tapi negatif.”
Saya jawab semula, “tapi encik punya gejala baru mula kelmarin. Ujian 5 hari lepas dah tak boleh pakai dah. Encik kena buat ujian yang baru untuk lihat ada virus Covid atau tak pada sakit sekarang.”
Sekiranya anda kontak rapat, sama ada mempunyai simptom atau tidak, ikuti garis panduan ini. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia..
Mingguan Wanita : Pastikan stok RTK antigen sentiasa ada di rumah, jika tiada sekalipun, mudah dibeli di mana-mana farmasi berdekatan. Sama-sama kita jaga kita. Nak mudah beli sahaja ONLINE.
DJ Lin kongsi pengalaman pinjamkan duit, namun liat nak bayar hutang. Sememangnya ada segelintir individu yang suka berhutang tetapi liat untuk bayar hutang.
Apabila perkara ini berlaku sudah tentu mendatangkan masalah pada pihak yang memberikan hutang.
Kepada penghutang pula, jangan sesekali melarikan diri daripada individu yang anda berhutang sebaliknya berhadapan dengan mereka dan jelaskan situasi sebenar anda.
Sekiranya tidak mampu untuk menjelaskan keseluruhan hutang berkenaan, bayarlah sedikit demi sedikit secara ansuran dan paling penting rekodkan segala hutang.
DJ Lin Kongsi Pengalaman Pinjamkan Duit, Namun Liat Nak Bayar Hutang
Begitu juga yang dikongsi oleh penyampai radio popular DJ Lin yang juga seorang ibu tunggal tentang perihal mereka yang berhutang namun liat nak bayar semula.
“Jom! Kita share cerita pasal #hutang Sapa ada pengalaman orang pinjam duit pastu liat nak bayar? #djlin ada pengalaman orang dlm industri hiburan sendiri. Kisah sekitar 5 tahun lepas.
“Dia hubungi Lin nak pinjam duit utk bayar payment artis dan katanya akan bagi balik dalam masa terdekat once dapat payment dpd organizer. Jumlahnya 4 angka. Sampai sekarang diam dan buat dek saja.
Sampai Sekarang Tak Ada Inisiatif Hubungi DJ Lin
“Awal dulu ada jugak tanya bila bole bayar balik tapi jawapannya menghampakan dan sampai sekarang xda inisiatif nak hubungi Lin apatah lg update tentang bila dia nak bayar hutang tu.
“Moga Allah gerakkan hati dia utk bayar balik sebab duit tu Lin memang allocate utk kecemasan utk bantu ahli keluarga & kawan disaat memerlukan. Pesan orang tua dulu-dulu, Orang yg liat membayar hutang ni hidupnya takkan tenang dan takkan berjumpa senang,” luah DJ Lin.
Memang ada benarnya apa yang dikatakan oleh DJ Lin, jika ada yang berhutang bayarlah secara ansuran jika tidak mampu bayar sekaligus.