Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Meskipun ia adalah solat sunat, tapi sangatlah rugi jika tidak pernah menunaikan Solat Dhuha ini walaupun sekali seumur hidup.
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Zohor. Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya”(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya.
1.Solat Sunat Yang Sangat Dituntut
Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
Ads
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2.Dimurahkan Rezeki & Elak Miskin
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
Ads
3.Ganti ‘Sedekah’
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4.Diampuni Dosa
Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Ads
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Betul-betul banyak kelebihan menunaikan Solat Dhuha ni. Marilah kita sama-sama merebut ganjaran yang diberikan ini.
Sebaik melahirkan mana-mana wanita pasti akan melalui situasi yang dialami isteri pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri.
Melihat perubahan diri selepas bersalin, buatkan ibu baru susah hati. Sebab badan tak lagi macam dulu. Macam-macam bermain di fikiran ibu, sedih malah kecewa. Dengarlah nasihat Nina sebab anda akan rasa lebih lega.
Rupanya, Nina juga lalui hal yang sama selepas melahirkan puterinya Jeanelle Nika Mandagie. Bagaimana dirinya menjadi positif, dikongsikan dalam catatan peribadinya di instagram miliknya.
“I’ve been wanting to write this for quite sometime now, tapi tak sempat because @princessmandagie has taken most of my time and the other half goes to the baby tua @jmandagie when he comes back from work.”
Jangan Terkejut Bila Tengok Diri Sendiri Depan Cermin
Perkongsian ini Nina sediakan untuk ibu-ibu muda dan mereka yang bakal melalui momen bergelar ibu suatu hari nanti. “Rasanya penting untuk saya kongsikan dengan anda.”
“Manalah tahu belum ada yang beritahu anda tentang hal ini. Sebaik saja melahirkan, anda janganlah terkejut atau berasa susah hati. Lagi-lagi bila tengok diri sendiri dekat cermin.”
Jelas Nina, dia pernah sampai rasa nak menangis sebaik saja tengok diri sendiri di cermin.
“Your skin will stretch, and your uterus will still be swollen so you will look like you are about 2 months pregnant. Its ok your uterus will eventually shrink to its normal size in 4-6 weeks and so will your tummy eventually.”
Benarlah katanya itu, sebaik melahirkan wanita akan lalui hal ini. Kulit tak lagi setegang dulu, rahim mengembang. Dan itu buatkan diri kita nampak macam mengandung 2 bulan.
Tapi janganlah bimbang sebab rahim akan kecut kembali pada saiz normal selepas 4 – 6 minggu. Begitu juga perut ibu bersalin.
Yang penting, lakukan urutan dan senaman. “Mereka yang melahirkan pembedahan seperti saya. Perut kita pun akan mengembang dengan banyaknya.
“Ambillah masa. Ya, anda akan kecewa dengan tubuh anda sekarang. Tapi percayalah ia akan pulih kembali sebaik sampai masanya.
Pesan Nina lagi, dekatkan diri dengan mereka yang positif yang memberi motivasi pada ibu, iaitu “those who aren’t should just fly a kite’.
“Yang penting kena happy, makan yang sihat so your wound will heal faster. Sihat first, cantik will come eventually after that.
Bersalin Pembedahan Tidaklah Seteruk Disangka
Akui Nina, bersalin secara pembedahan tidaklah seteruk yang disangka. Mulanya dia bimbang juga. Apatah lagi, dia sendiri belum pernah merasai pengalaman diwadkan di mana-mana hospital.
“Nak kena injection pun takut! I was advised by my doctor to opt for C section because Jeanelle was on the big side and my pelvic isn’t.”
Jadi, dengarlah apa nasihat doktor anda. Tak perlu pertimbangkan pun bila doktor anda menasihatkan agar lalui kaedah bersalin secara pembedahan.
“Yang penting baby and you selamat. I know some mothers who gets upset and disappointed after a C section, don’t be because we should all be proud of our battle scar!”
Kalau Tak Keluar Susu, Jangan Rasa Susah Hati
Kalau selepas bersalin dalam minggu pertama, ibu hadapi keadaan tiada susu jangan pula berasa susah hati.
“Saya pun dalam minggu pertama tak keluar susu dengan banyak. Tapi yang penting baby kena kenyang so i gave Jeanelle formula first.
“Alhamdulillah my susu started flowing after the first week, i noticed that a lot of rest and when your mind is at ease you will get to produce more milk.”
Saya tahu ramai ibu yang kecewa. Lagi-lagi bila mereka gagal memberikan susu ibu pada bayinya pada minggu pertama selepas bersalin.
“Tapi kalau you stress, lagi susu tak akan datang. Kalau still tak ada juga then you can always give 50-50 breastmilk and formula, or kalau tak ada rezeki juga just give formula.
Remember a good mother feeds her child. Itu sahaja. Tak kisah formula atau breastmilk, yang penting baby kenyang and sihat.
Saya tak dapat nak kongsikan macam mana nak bagi banyakkan susu badan, tapi @lactomama nampaknya sangat berkesan serasi dengan saya.
“I drink a lot of chinese herbal soup too and that works for me as well. I’m new at this too, so everything is a try and error for me as well.”
Tolonglah Simpati Dengan Ibu Yang Lain
Akhirnya, pada mana-mana ibu yang menyalahkan ibu yang gagal memberikan susu ibu pada bayinya. Sedarlah, kena ingat agar sentiasa ada perasaan belas pada ibu-ibu lain di luar sana.
Setiap daripada kita ada perjalanan dan kisahnya sendiri. Apa yang berjaya untuk diri anda, belum tentu berjaya kepada mereka.
Sebab itulah, kelilingi diri anda dengan individu yang positif. Bagaimana anda mahu membesarkan anak, memberi anak makan, bagaimana cara berpantang dan bagaimana anda mahu melahirkan, semua itu terpulang pada diri anda sendiri.
Mereka boleh menasihati dan mana yang baik anda ikut. Tapi akhirnya keputusan akhir, yang terbaik untuk anda, anda jugalah yang tentukannya.
Cuma diri anda dan bayi saja yang tahu apa yang terbaik untuk kamu. Jika ada yang cuba mengarah apa sepatutnya anda buat, Jangan sampai ia memberikan anda tekanan. Pandang mata mereka dan ucapkan terima kasih.
“Take what you feel is good for you, and shove what you don’t like down the drain. Remember a good friend/family will advice, those who tries to force their advice down your throat are just those who try to tunjuk pandai.
“I am forever grateful to my mom and friends who have shared many tips and stories with me when i was pregnant, i was equipped with a lot of knowledge and that has made things easy for me to overcome many challenges and expectations as a new mother.
“You guys have been so supportive on my journey as a new mother. You know who you are, you guys are the best.”
Pagi Jumaat ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian pengacara dan personaliti terkenal, Datuk Mahadzir Lokman. Pada usia 61 tahun, beliau menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi selepas menunaikan solat subuh.
Allahyarham meninggal dunia di sebuah hotel dekat Kota Kinabalu Sabah. Berita pemergian allahyarham ini turut disahkan oleh adik beliau, Ida Lokman.
Jenazah allahyarham kemudiannya diuruskan oleh ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Bagaimana pun memetik laporan Kosmo Online, ahli keluarga masih belum dapat memberikan perincian tentang punca kematian allahyarham.
Sempat Hantar Ucapan Selamat Pagi
Sebagaimana yang dilaporkan dalam Mstar Online, menurut sumber polis, Mahadzir telah mendaftar masuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu bersama rakan baiknya Datin Dr Maimunah bersama suami dan dua orang anak dengan bilik berasingan.
Allahyarham juga sempat menghantar pesanan ucapan selamat pagi kepada grup Whatsapp jam 5 pagi, Bagaimanapun, kira-kira jam 9,30 pagi, beliau tidak memberi sebarang respond ketika dipanggil kenalan rapatnya.
Membuatkan pihak hotel membuka pintu biliknya dan ketika itu beliau sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang untuk memberikan rawatan. Bagaimana pun, tiada unsur jenayah berkenaan kematian dan polis masih meneruskan siasatan.
Allahyarham Mahadzir Lokman Pernah Koma
Sekitar September lalu, pengacara yang mesra dengan panggilan Dale atau DD ini pernah koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat komplikasi buah pinggan dan paru-paru.
Penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama di TV3 ini memulakan kerjayanya pada tahun 1984. Malah pernah dipertanggungjawabkan menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.
Kelebihan beliau yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Itali, Sepanyol, Portugis dan Perancis menjadikan allahyarham berada dalam kelasnya yang tersendiri malah mendapat kepercayaan mengacarakan pelbagai majlis berprestij dalam mahupun luar negara.
Beliau juga dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis. Besar sekali jasa beliau dalam membawa nama Malaysia harum di pentas dunia.
Al Fatihah, semoga roh allahyarham Mahadzir Lokman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Komso, Berita Harian, Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Balut dengan kain kanvas, lelaki ini selamba bawa mayat ibu ‘bersiar-siar’ naik kereta. Namun tindakannya itu akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis.
Lelaki Ini Bawa Mayat Ibu ‘Bersiar-Siar’
Seorang lelaki di Tennessee, Amerika Syarikat diberkas polis kerana membalut mayat ibunya dengan kain kanvas dan membawanya ‘bersiar-siar’ menaiki trak ke seluruh negeri itu, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Thomas Henshall Jr., 37, ditahan polis di Pusat Perubatan Jabatan Hal Ehwal Veteran di Nashville Sabtu lepas kerana membawa mayat ibunya dari daerah Hamilton sambil berhenti seketika untuk mengisi minyak, makan dan minum bersama teman wanitanya.
‘Bersiar-Siar’ Naik Kereta
“Dia mendakwa ibunya telah membunuh diri dan mayatnya ditemui di sebuah kawasan hutan di Chattanooga,” kata polis Nashville.
Suspek turut memberitahu polis bahawa dia mengambil teman wanitanya pada pagi Sabtu lepas dengan mayat ibunya yang sudah berada di dalam kenderaannya sebelum mereka berhenti seketika untuk makan, minum dan mengisi minyak.
Polis berkata, pasangan kekasih tersebut kemudiannya bersiar-siar sejauh 209 kilometer dari Pusat Perubatan Jabatan Hal Ehwal Veteran Nashville serta melalui beberapa buah hospital dan agensi pihak berkuasa.
Balut Dengan Kain Kanvas
Suspek memberitahu pegawai penyiasat bahawa ibunya, Danielle Bowen, 60 menembak diri sendiri ketika berada bersebelahan dengannya.
Bagaimanapun, suspek dilaporkan memberitahu kekasihnya bahawa dia menemui mayat ibunya di sebuah kawasan hutan.
Dia gagal memberitahu polis bagaimana ibunya boleh mendapatkan pistol tersebut.
Henshall didakwa atas kesalahan gagal melaporkan mayat ibunya dan mengganggu bukti polis.
Dia dipenjarakan di Nashville, manakala ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$80,000 (RM334,638). – AGENSI
Mingguan Wanita: Lelaki ini mungkin kurang sihat mentalnya, jika tidak mana mungkin dia sanggup lakukan perkara sebegini. Membawa mayat ibu yang telah meninggal dunia bersiar-siar bukanlah satu tindakan yang normal.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.