Tragedi kematian 6 anggota penyelamat bomba dalam operasi mencari dan menyelamatkan mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi  cukup menyayat hati. Rakyat Malaysia diselubungi duka dan turut berkongsi rasa sebak serta simpati atas kehilangan keenam-enam wira negara ini.

Betapa besarnya pengorbanan mereka ketika menjalankan tugas, sehingga nyawa yang dipertaruhkan dan menjadi galang ganti.Ternyata mereka merupakan unit elit khas yang mempunyai kepakaran tersendiri, namun ajal menjemput bila tiba masanya dan ditakdirkan terpilih gugur sebagai seorang syahid. Satu kehilangan besar buat negara kita.

Pelakon Sharnaaz Ahmad Berkongsi Luahan Rasa

Pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad,32 merupakan antara selebriti yang sangat terkesan dengan kematian anggota penyelamat bomba ini. Mana kan tidak, pelakon ini pernah menimba pengalaman sebagai anggota penyelamat bomba sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod “Hero” pada tahun 2016 dahulu.

“Saya Pernah Bekerja, Bergurau, Bergelak Dengan Mereka..” Sharnaaz Terkesan Wira Bomba Terkorban

IKLAN

Membawakan watak Khalid didalam drama bersiri tersebut ketika itu, ayah kepada Jebat Jayden ini mengakui pernah bekerja, bergurau dan bergelak tawa dengan anggota penyelamat bomba yang terkorban ini. Pelakon ini turut menjelaskan anggota penyelamat yang terkorban adalah sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat, namun ditakdirkan ajal menjemput ketika mereka menjalankan tugas.

“Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dengan mereka dan mereka adalah yang terbaik dalam unit di air Malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yang sangat terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.”

Sharnaaz turut mendoakan kesejahteraan keenam-keenam anggota bomba ini dan mengharapkan mereka dikurniakan dengan kematian syahid yang paling indah.

IKLAN

“Saya sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. Semoga Allah luaskan kubur mereka dan jadikan kematian ini syahid yang paling indah buat ke enam-enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan aset paling besar negara.”

View this post on Instagram

Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dgn mereka, dan mereka adalah yg terbaik dalam unit di air malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yg sgt terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sgt terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.. sy sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. semoga Allah luaskan kubur mereka, dan jadikan kematian ini syahid yg paling indah buat ke enam enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan asst paling besar negara.. ?

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

IKLAN

Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah pada ahli keluarga mangsa yang terkorban.Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman & beramal soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin

Al-Fatihah

Sumber:sharnaazahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI