“Selepas kahwin tidur sebantal, isterilah lebih mengenali suami berbanding ibunya sendiri”. Benarlah pendapat dari Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol. Hanya isteri yang memahami suami.

Dalam keadaan ekonomi semakin meruncing hari ini sememangnya ramai yang melalui kesukaran terutamanya dari segi kewangan.

Nasihat dari Tuan Mohd Ezairol sangtlah berguna, paling penting kita sebagai umat Islam perlu percaya rezeki dari Allah SWT.

“Selepas Kahwin Tidur Sebantal, Isterilah Lebih Mengenali Suami”

Tuan Mohd Ezairol juga berkongsi punca-punca rezeki supaya kita semua tak putus semangat dan tak terfikir nak buat perkara yang bukan-bukan.

Memang gerun bila kita membaca berita kurang enak dek kerana tertekan ada yang melakukan perkara yang tidak masuk akal.

Bagi kita yang sudah mendirikan rumah tangga, lihatlah pasangan kita terutama suami adakah mereka berasa tertekan. Ikuti perkongsian terbaik dari Tuan Mohd Ezairol yang pasti memberi manfaat buat kita.

“Pagi ni saya ingin kongsikan 8 Punca Rezeki Yang Di Nyatakan Di Dalam Al-Quran…

▪︎ Rezeki kerana usaha

▪︎ Rezeki kerana sedekah

▪︎ Rezeki kerana bersyukur

▪︎ Rezeki kerana istigfar

▪︎ Rezeki kerana menikah

▪︎ Rezeki kerana anak

Ads

▪︎ Rezeki yang telah dijamin

▪︎ Rezeki tak terduga

“Sengaja Aku share kan punca-punca rezeki ini supaya kita semua tak putus semangat dan tak terfikir nak buat perkara yang bukan-bukan… 😟

Ingat, kita ada Tuhan !!! Kita ada ALLAH !!!

“Peningkatan harga barang, makanan dan kos sara hidup sudah mula buat ramai orang terkesan.

“Pergaduhan antara suami dan isteri sering berlaku bila kita mula tertekan dengan bebanan “HUTANG”. Tak cukup duit nak buat belanja dan makan.

Jangan Biarkan Suami Banyak Diamkan Diri 

“Dalam keadaan sekarang, masing-masing kena mainkan peranan. Isteri kalau tengok suami tiba-tiba banyak diamkan diri, cepat-cepat selami masalah suami.

“Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya. Selepas kahwin dan tidur sebantal, isterilah yang lebih mengenali suaminya berbanding ibunya sendiri.

“Suami ni kadang-kadang ada egonya sendiri. Masalah di tempat kerja dan masalah hutang selalu mereka tak cerita kat isteri. Inilah masalah lelaki…

“Bila dah lama terpendam ianya boleh menjadi barah, masa tu takut suami terbuat tindakan yang bukan-bukan hingga mendatangkan kemudaratan kepada isteri dan anak-anak.

Ads

“Suami pun sama, kena mainkan peranan. Tengok isteri stress atau penat semacam, ajaklah isteri bersembang.

“Cara Aku, setiap kali isteri balik kerja atau masa call isteri, mesti Aku akan tanya “ada apa cerita kat office hari ini?, budak-budak semua ok?, ada call kampung?”…Eh, nampak cam busy body kan.😅

“Bukan maksud nak “busy body” tapi actually masa tu lah kita luangkan masa untuk mendengar cerita mereka.

Insyallah hilang sikit stress isteri kat rumah bila dia dah bercerita… Remember “Happy wife, happy life”.

“Sama juga bila waktu call emak Aku dikampung. Pasti soalan yang sama juga Aku ajukan…

“Kadang orang wanita ni mereka nak berkongsi cerita tapi suami pula buat tak tahu. Macam kes Aku, ayahku telah pun pergi buat selamanya, jadi bila Aku bertanya, Aku lah tempat emak Aku meluahkan cerita.

“Kadang sampai sejam lamanya kami bersembang bersama. Dari cerita masakan sampailah cerita monyet makan buah semua Ku layankan saja.

“Selagi emakku masih ada, nombor telefonnya masih dijawab olehnya… Aku takkan mensia-siakannya.

“Kawan…

Ads

“Tidak seperti penyakit fizikal lain, penyakit mental dan kemurungan tidak kelihatan atau “invisible”.

“Kadang kita tengok orang tu nampak ok sahaja, masih boleh buat lawak, boleh senyum dan datang bekerja, tapi itu tidak bermakna mereka ini mentally sihat.

“Jangan lupa bertanya khabar pada rakan atau ahli keluarga yang terdekat mengenai keadaan mereka.

“Sama-samalah kita berdoa agar semua sihat, dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada tekanan serta godaan syaitan untuk buat perkara yang bukan-bukan…Amin,” tulisnya.

“Pentingnya Kesedaran Kesihatan Mental” Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang bersetuju dengan pendapat Tuan Mohd Ezairol. Malah mereka juga akui kesedaran kesihatan mental pada masyarakat sangatlah penting.

“Selepas Kahwin Tidur Sebantal, Isterilah Lebih Mengenali Suami Berbanding Ibunya Sendiri” “Selepas Kahwin Tidur Sebantal, Isterilah Lebih Mengenali Suami Berbanding Ibunya Sendiri”

Mingguan Wanita : 

Sumber : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Sumber Foto :  Canva

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI