Kongsi Sasha di laman akaun Instagramnya, “sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat vaksin kami berdua berasa letih, mengantuk dan sakit kepala,”
Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin dan suaminya, Sirhan Wahab telah menceritakan pengalamannya selepas menyempurnakan suntikan dos kedua bagi vaksin yang sama.
Sasha bersama suaminya.
Sasha & Suami Lengkapkan Vaksin Sinophharm
Untuk rekod, hujung Disember lalu, penyanyi Sasha merupakan antara rakyat Malaysia terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm di Hospital Emirates Field, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Alhamdullilah, kami telah melengkapkan vaksin Sinopharm selepas 21 hari suntikan vaksin pertama dilakukan. Kami turut dimaklumkan suntikan dos kedua ini lebih kepada booster.
“Selepas suntikan yang pertama kami tidak mengalami demam ataupun alergi, namun suntikan kedua ini pula sebaliknya.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat vaksin kami berdua berasa letih, mengantuk dan sakit kepala,” tulisnya.
“Saya & Sirhan Dalam Keadaan Baik, Lakukan Rutin Seperti Biasa”
Sasha juga menerangkan bagi mengatasi kelesuan yang dialami, dia dan suami tidur seketika dan kondisi kembali pulih.
Ads
“Setakat ini saya dan Sirhan dalam keadaan baik dan boleh melakukan rutin harian seperti biasa pada hari ini (semalam).
“Justeru, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan UAE atas inisiatif berterusan memerangi pandemik Covid-19, sekali gus menawarkan vaksin percuma kepada semua residen di sini,” kongsinya lagi.
Ads
Kakak kepada Zain Saidin ini juga menzahirkan penghargaan kepada kerajaan UAE yang menawarkan vaksin percuma kepada penduduk di sana,
Terdahulu, Sasha yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu memberitahu, keputusannya mengambil suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanannya sebanyak 86 peratus. Tambahan pula, setelah mendapat berita mengenai kemunculan mutasi baharu Covid-19.
Orang yang ada sakit gout, pemakanannya banyak kena pantang dan kalau sekali diserang memang tak boleh nak luah rasa sakitnya. Penyakit ini disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Jadi untuk kurangkan rasa sakit gout, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Cik Mil Neena ini…
Hari ni saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout… alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.
Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last-last terpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!
Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja.
Bahan-bahan:
Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Minum 2 kali sehari.. selepas bangun tidur dan waktu nak tidur.
Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg… suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.
Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama-sama amalkan.
Setiap penyakit ada penawarnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Chef Selebriti Terbaik Dunia, Chef Wan atau nama sebenarnya Dato’ Redzuawan Ismail ini dalam kesibukan mengurus perniagaan restoran terkemukanya. Anak ini tak pernah lelah menjaga ibunya, Mak Ani yang mengalami Dementia.
Bila mana ibunya disahkan mengalami kanser payudara mencecah usia 89 tahun, hati Chef Wan bertambah ‘retak’. Sungguh, ini ujian paling hebat untuknya lalui sebagai anak yang begitu menyayangi ibunya.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh Chef Wan di dalam laman instagramnya. Akuinya semalam dia berada di Hospital Glenegles nak ambil result ujian mammogram yang dapat mengesan dan mengesahkan Mak Ani alami kanser payudara.
“Terkejut saya bila doktor dapat kesan 2 ketulan besar dan ia sudahpun merebak sehingga ke kelenjar limfa mak.”
Beberapa hari lalu, Chef Wan ada memandikan ibunya. Setiap kali dia cuba menggosok bahagian itu dengan sabun, Mak Ani akan mengingatkan agar menggosok dengan lembut sebab ia menyakitkan.
Malah, Chef Wan sendiri membuat ujian memeriksa ketulan pada ibunya. Dia minta Mak Ani baring, dengan menggunakan tiga jari, Chef Wan mencari lokasi ketulan. Semakin dalam dia menekan bahagian yang dimaksudkan, semakin Chef Wan merasai ketulan daging atau tisu keras yang besar pada bahagian itu.
Alangkah terkejutnya Chef Wan.
Akuinya, biarpun dia bukan seorang doktor, dia tahu akan penyakit berkenaan. Kefahaman itu diperoleh menerusi pembacaan berkaitan kanser payudara, malah sesetengah informasi berkaitan penyakit ini didapati ketika menerima jemputan membuat demo masakan dalam mana-mana Minggu Kanser negara.
Bila saja dapat kesan ketulan pada Mak Ani, Chef Wan terus membawa ibu berjumpa doktor. Patah hati Chef Wan bila tahu emak sendiri menghidap kanser payudara.
“Sebelum ini cuma dengar kisah sebegini dari kawan-kawan, ibu-ibu mereka malah dari cerita-cerita wayang tapi bila tiba ibu sendiri yang alami, hati saya benar-benar hiba.”
Faktor Umur, Cuma Boleh Beri Ubat
Untuk proses seterusnya, doktor akan menjalankan Pemeriksaan Imbasan CT (CT Scan) untuk mengesan sama ada kanser dah merebak ke beberapa tempat di tubuh ibunya atau sebaliknya.
Bagaimanapun, dengan faktor usia dan saiz tumor yang agak besar, Mak Ani tak boleh menjalani kemoterapi ataupun pembedahan.
Biopsi payudara juga bukan satu pilihan yang boleh dilakukan, memandangkan ianya terlalu menyakitkan untuk Mak Ani yang sudahpun berusia. Malah, tumor yang ada juga terlalu besar.
Apa yang doktor boleh lakukan adalah dengan memberikan ubat-ubatan. Agar usaha itu dapat mengecutkan tumor berkenaan.
“Apa pun Isnin ini selepas CT Scan.. ujian darah yang mana saya kan bawa emak esok.. akan membantu kami memahami dengan lebih lanjut.
Biarpun saya bersedih bagi emak saya malah keluarga saya, namun saya perlu jadi lebih kuat menerima ujian hebat ini dan harunginya hingga ke akhirnya.”
Sesekali Chef Wan bawa Mak Ani ke restoran mewah miliknya.
Mak Ani Bakal Sambut Ulang Tahun Ke-89
Paling penting, saya akan menjaga dan merawat ibu dengan sebaiknya dengan sehabis daya yang mampu.”
Mencurahkan emak dengan kasih sayang, dan memberi keselesaan sehingga ke hujung nafas emak.”
Chef Wan juga memohon agar Allah memberinya kekuatan menghadapi momen paling sedih dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, Chef Wan teramat bersyukur kerana Allah memberi keberkatan untuknya menjaga emak selama emaknya masih bernafas.
Chef Wan akur, suatu hari nanti Mak Ani akan meninggalkannya juga. Malah, dalam dua minggu lagi, Mak Ani akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke 90 tahun.
“Jika menurut chinese she already 90 years old. 9 bulan dalam perut tu. I didn’t sleep all nite.” Luah Chef Wan sebak.
Pilot Ini Kongsi Tip Elak Naik ‘Flight’ Lewat Petang Jika Takut Melambung Dalam Pesawat Akibat ‘Turbulence’. Info yang cukup berguna dan bermanfaat buat mereka yang sering naik turun pesawat.
Memandangkan sekarang ini cuaca tidak menentu dan musim hujan info bermanfaat dari juruterbang ini cukup berguna.
Pilot Ini Kongsi Tip Elak Naik ‘Flight’ Lewat Petang
Apatah lagi buat mereka yang fobia menaiki pesawat dek kerana pernah alami insiden yang mengerikan ketika berada dalam pesawat.
Perkongsian dari saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi akaun Facebooknya memberi pengetahuan baru buat kita semua. Moga ia memberi manfaat pada kalian semua.
“Kadang Aku kesian juga bila mendengar mereka yg terkesan dan fobia selepas mengalami insiden yg mengerikan dlm pesawat ini.
Sebagai anak atau suami, usahalah untuk mengelakkan perkara ini terjadi pada ibubapa kita yg sudah tua juga pada isteri dan anak2 kita…Yang penting kita cuba yg terbaik buat mereka.
Risaunya Lagi-Lagi Musim Hujan Ni
Beberapa hari yang lepas wife Aku menaiki pesawat pulang dari Langkawi setelah selesai urusan kerjanya disana.
Aku dimaklumkan oleh wife yang flight dia akan berlepas jam 3 petang dari sana. Sebagai suami dan juga seorang pilot terasa risau juga sebab sekarang ni musim hujan.
Tapi nak buat camna, tiket yang “available” masa tu cuma ada sebelah petang sahaja. Nak taknak kena naiklah juga.
Alhamdulillah, nasib baik cuaca petang itu baik-baik saja…Syukur Ya Allah.
Buat semua “friends & follower” Aku yang dikasihi, hari ini Aku kongsikan petua dan tips yang sangat penting buat sahabat semua…
Kalau takut melambung dalam pesawat akibat “turbulence”, cubalah elakkan menaiki “flight” yang berlepas pada lewat petang.
Sebab masa itulah selalunya awan menjadi sangat tebal dan besar serta disusuli dengan hujan yang lebat.
Tempoh berlakunya hujan dan cuaca buruk selalunya antara 3:30 petang hingga 6:30 petang disebelah semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pula lebih awal sejam iaitu antara jam 2:30 hingga 5:30 petang.
Begitulah kebiasaanya cuaca di negara kita ni. Tapi ini tak bermaksud yang cuaca buruk tidak berlaku pada waktu pagi dan malam…
Ianya boleh berlaku juga terutama pada musim tengkujuh ni. Jangan pula salah sangka ye.
Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Samada nak percaya atau tidak, terpulanglah pada diri yang empunya.
Flight dari Kota Bharu dan Terengganu selalunya perlu melalui kawasan Banjaran Titiwangsa yang bergunung-ganang.
Memang disitulah selalunya kawasan awan tebal berkumpul dan hujan lebat berlaku pada lewat petang.
Di Sabah pun begitu juga. Banjaran Croker Range adalah kawasan yang mencabar untuk dilalui pada lewat petang terutamanya flight dari KK ke Tawau dan Sandakan.
Kalau ada masa sebelum naik flight tu, rajin-rajinlah tengok kat App “Rain Alarm” ni ye 😉.
Sebagai contoh, gambar yang Aku sertakan dari rain alarm kat bawah tu.
Kalau flight dari Johor nak ke KLIA dan Subang, kita dah boleh expect keadaan akan bergelora dan mungkin juga akan ada “strong turbulence” dalam pesawat nanti.
Warna kuning dalam radar tu pun dah cukup untuk buat kita insaf untuk naik pesawat tau, yang warna merah tu tak payah tanyalah… Aku sendiri pun insaf jadi pilot kalau termasuk dalam tu,”kongsi Mohd Ezairol.
Mingguan Wanita : Memang kadang tu fobia bila berlaku insiden dalam pesawat tapi bila fikirkan nak bercuti atau melancong perasaan itu lenyap.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...