Maha Suci Allah, sesungguhnya kematian dan akhirat itu pasti. Bagaimana pengakhiran kita itulah yang utama. Setiap amalan-amalan baik yang dilakukan pastinya akan dihitung di akhirat kelak, namun demikian ada juga yang telah ‘ditunjukkan’ di dunia, sebagai pengajaran buat kita yang masih bernyawa dan mengharap keampunannya ini.

Secara fitrahnya jasad manusia akan ‘membusuk’ dan hancur selepas beberapa hari dikebumikan. Namun kebesaran Allah yang menghendaki ia tidak berlaku pada guru agama yang ‘terpilih’ ini.

Jenazah Berbau Harum

Proses pemindahan seorang ulama yang juga guru mengaji ini dikenali sebagai Ustaz Muhya Rudia menjadi topik perbincangan dalam kalangan penduduk setempat di Subang, Jawa Barat.

Hal ini kerana, keadaan jenazah Muhya masih utuh dan berbau harum biarpun dia sudah meninggal dunia pada 2004 sekitar 17 tahun yang lalu.

Selepas 17 Tahun, Jenazah Guru Mengaji Masih Keadaan Elok Tak Hancur!

Keperibadian Baik

Seorang daripada murid mengaji Muhya, Ujang Ading menceritakan, ustaz itu mempunyai keperibadian yang sangat baik sepanjang hayatnya.

IKLAN

Selain itu, Muhya juga dihormati oleh penduduk setempat dan sering menghabiskan waktu di masjid serta mengajar mengaji kepada semua golongan termasuk warga emas.

“Ustaz Muhya meninggal dunia selepas solat Asar pada 2004 ketika berusia 70 tahun.

“Selepas solat, ustaz memberitahu darahnya agak tinggi dan tidak berasa selesa sebelum pengsan dan meninggal di rumahnya,” kata Ujang.

IKLAN

Selepas 17 Tahun, Jenazah Guru Mengaji Masih Keadaan Elok Tak Hancur!

Keadaan Jenazah Masih Baik

Dalam pada itu, penggali kubur yang bertanggungjawab memindahkan jenazah Muhya, Ace Kosasih memberitahu, keadaan jenazah itu masih baik dan tidak hancur.

“Kulit dan tulang jenazah ustaz masih ‘bersatu’ dan jenazahnya tidak berbau busuk.

“Jenazahnya kelihatan seperti sudah diawet dan pemindahan itu dilakukan kerana kawasan kuburnya terletak bersebelahan dengan kandang ternakan kambing biri-biri,” ujarnya.

Baca Lagi Di Sini:
Tinggalkan Jenazah Isteri Siap Dikafan 24 Jam, Cari Duit Urusan Pengebumian!

IKLAN

Jenazah Ayah Harum Semerbak, Masih Keadaan Baik Meskipun Selepas Tiga Tahun Dikebumikan

Mingguan Wanita: Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita agar sentiasa berbuat baik, melakukan amal soleh dan mencari redha Allah. Amalan yang diterima, di dunia lagi sudah ditunjukkan kebesaranNya.

Sumber: Utusan, Surabaya Tribunnews

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI