Selamatkan Sebekas Limau Kasturi Dari Busuk, Jadikan Kiub Ais Tahan Berbulan

Share

Petua jimat dapur yang dikongsikan Siti Fatimah Abas ini cukup praktikal untuk dicuba oleh mak-mak. Idea selamatkan sebekas lebihan limau kasturi dari membusuk atau kering dalam peti sejuk. Dengan jadikan kiub ais.

Bak kata Puan Siti, “Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus di kedai. Nak gunanya cuma sebiji dua, baki tu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk

.”

Jadi inilah cara nak selamatkan lebihan limau kasturi yang mak-mak tak nak guna dalam peti sejuk itu.

Agar ianya tahan lama dan mudah diguna bila-bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni.”

Ini Cara Buat Kiub Ais Limau Kasturi Tahan Berbulan

 

Sebekas limau kasturi.

 

Potong dua semuanya bagi mudah nak perah nanti.

 

Perah limau nipis dalam bekas. Gunakan penapis kopi pun boleh.

 

Nah.. dapat secawan.

 

Sudukan ke dalam bekas kiub ais.

 

Kecuq lah pulok! Kalau rajin mak-mak boleh buang bijinya.

 

Simpan kiub ais tadi dalam peti sejuk beku semalaman. Biar betul-betul beku.

 

Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau tipuware. Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.

 

Selebihnya simpan semula. Ia tahan lama. Nak guna untuk buat teh o limau pun senang.. masuk je 2 ke 3 ketul dalam teko.
Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua.. dah siap dan jimat masa.

Senangkan, bila nak guna ambil seketul kiub ais limau kasturi itu masukkan dalam masakan atau minuman yang mak-mak mahukan.

Cara jadikan kiub ais ini buatkan mak-mak tak buang lebihan limau kasturi ke dalam tong sampah. Paling penting, ianya tahan lama. Boleh sampai berbulan lamanya.

Moga bermanfaat.

Sumber/Foto : Siti Fatimah Abas

IKLAN