Seksanya Ibu Ini 3 Hari Jaga Bayi Kahak Tebal, Sebab Kesan Asap Rokok

Share

Ibu anak kecil usia 3 bulan ini benar-benar diuji selepas anak kecilnya usia 3 bulan terkena kesan asap rokok. Puan Faziera Tarmizhi perlu melalui 3 hari 2 malam yang penuh dugaan, menahan seksaan hati melihat anak kecilnya itu jalani suction kerana kahak tebal akibat  ASAP ROKOK.

Mingguan Wanita yang berkongsi semula kisah ini (dengan kebenaran) pun merasakan seksaan yang sama yang dialami anak kecil ini. Jadi ingatlah baik ayah, datuk, bapa saudara, adik dan seumpama dengannya sebelum pegang anak kecil, cuci bersih dahulu tangan dan mulut.

Agar asap rokok tak melekat pada bayi dan mengundang masalah lain yang ambil masa panjang untuk dirawat.

 

Kronologi Kisah Baby Aira Kahak Tebal Kesan Asap Rokok

12 Januari 2018

Hari ini babah dah pergi kerja. Pukul 9 pagi, tapi terpaksa balik pukul 11 pagi sebab Aira batuk berkahak sampai muntah.

Mommy risau sangat time ni. Sebab, Aira memang dah lama batuk hampir sebulan.

Dalam tempoh sebulan itu, ibunya tak membiarkan malah macam-macam cara tradisional dah dilakukan. Termasuklah daun sirih yang dilayur atas api, letakkan vicks dan tekap dekat dada baby sebelum tidur.

Klinik jangan cakap lah berapa klinik dah mommy pergi. Buat sonotron lagi. Tapi itulah.. batik still sama tak ada perubahan.”

Doktor kata paru-paru Aira okay. Mommy pun ok sajalah sebab doktor kata gitu.

Menjelang saja malam hari, ibu ini tak senang hati nak tidur. Kasihan sekali melihat anak kecilnya Aira yang tak lena pun tidurnya.

Batuk sampai merah merah muka.” Umur anaknya pun baru 3 bulan. Tentulah tak tahu macam mana nak buang kahak itu.

Akhirnya ibu dan ayah ini ambil keputusan bawa anaknya berjumpa pakar di KPK Ipoh Specialist.

Masa ini doktor suruh ambil neb saja untuk cairkan kahak. Kahak Aira banyak. Tapi mommy cakap kat doktor untuk dapatkan rawatan lebih sebab kasihankan Aira.

 

Kena Masuk Tiub Sedut Kahak Tebal

Petang itu baru dapat ‘bed’ disebabkan ramai yang belum ‘discharge’ lagi. Lepas masuk saja ke wad, doktor order suction daily and nebulizer 4 hoursly.

Masa Aira kena sedut tu, mommy tak boleh tengok sebab kasihan Aira kena masuk tiub dalam tekak untuk sedut kahak yang tersumbat.

Tok Rambo pula menangis tengok Aira meronta-ronta.

Tapi hati mommy redha lah demi kesihatan Aira. Walaupun sakit sekejap, ia bermakna. Aira boleh sihat dengan cepat.

Kahak Aira tebal sangat. Patutlah Aira batuk-batuk sampai muntah.

 

13 Januari 2018

Malam itu, Aira dapat tidur dengan nyenyak. Kahak yang banyak dah berkurangan dalam tekak. “And the best part, Aira tak menangis pun bila ambil neb. Good Girl anak mommy ni.

Hari ini, hari kedua nak buat suction dekat Aira. Macam biasa, bila buat percussion Aira langsung tak menangis. Siap boleh tidur lagi.

Bila dan bedung badan dan nak suction, mulalah dia meronta-ronta nak dibebaskan. Trauma semalam belum hilang lagi.

Kasihan anak mommy. Kali ini kahak Aira dah mula cair sikit. So, doktor kata tunggu lagi semalam. Tengok macam mana. Kalau ok dah boleh balik.”

 

14 Januari 2018

Hari ini masuk hari ketiga. Alhamdulillah Aira dapat tidur dengan sangat-sangat lena malam tadi. Mommy sangat happy tengok Aira tidur dengan nyenyak. Bunyi kahak pun dah tak ada.

Doktor datang review Aira. Kata doktor boles proceed discharge. Sebelum itu lena suction dulu. Macam biasa, Aira mesti akan menangis.”

Tapi tak apalah, untuk kesihatan anak mommy.”

Alhamdulillah bila buat suction, cuma ada kahak yang cair saja. Aira dah beransur pulih.

Sebelum ini Tok Rambo ada suggest untuk buat suction. Cuma mommy tak nak sebab tak sanggup tengok anak mommy kena jolok macam itu.

Sebab mommy dah biasa tengok patient kena suction. Orang tua pun sakit, apatah lagi baby.

Thanks to doctor and nurses in KPJ Ipoh Specialis Hospital.”

 

Doktor Terang Punca Kahak Aira Tebal Dalam Tekak

ASAP ROKOK! yes asap rokok yang bust baby berkahak sebab terhidu asap.”

Jadi perokok.. please please please jangan hisap rokok kalau ada baby. Kalau boleh cuci mulut, basuh tangan baru pegang baby.

Baba, pak pak sedara Aira and atok semua dah kena ceramah dengan mommy. Jangan hisap rokok depan budak.”

Sila cuci tangan sebelum pegang anak mommy. Yang susah jaga anak yang sakit bukan engkau orang, tapi mommy dia ya.

Bersengkang mata jaga anak takut anak tersedak muntah tengah tidur. Jadi, hargailah.. ingat orang yang tersayang.

Last but not least, mengandung dan bersalin bukan la sesuatu yang senang.

 

Sumber/Foto/Video : Faziera Tarmizhi

IKLAN