Sekeluarga disahkan positif Covid-19, kesemua jalani kuaranti kendiri di rumah, hanya isteri sahaja kritikal hingga akhir hayatnya. “Saya perlu kuat demi anak, jika saya tumbang anak-anak ikut tumbang.”
Setelah Shuib kehilangan Siti Sarah Raissudin, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah juga berdepan dengan ujian berat ini. Dia juga kehilangan isteri tersayang akibat virus Covid-19.
Menurut pelakon kerdil, Badrol Shah, memberitahu isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, telah kembali ke rahmatullah, pada petang selasa selepas lapan hari arwah isterinya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat virus berkenaan.
Isteri Sudah Tiada
“Isteri saya, Farah Shila sudah tiada. Allah lebih sayang kamu. Masuklah kamu ke dalam syurga bersama anak kita,” tulisnya ringkas di Facebook.
Dalam pada itu, beberapa kenalannya serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Nafi Isteri Hamil
Walau bagaimanapun Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti yang telah tersebar di media sosial.
Menurut doktor, arwah isterinya telah dijangkiti vitus Covid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu isterinya ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaanya menjadi lebih teruk sehingga terpaksa di bawa ke ICU HKL.
“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan dan dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia setiap hari. “Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Dijangkiti Ketika Keluar Rumah
Allahyarham isteri Badrol merupakan seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur yang telah dijangkiti Covid-19 ketika berada di sekitar kawasan rumah mereka iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.
“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.
Ads
“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.
“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya lagi.
Badrol berkahwin dengan allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun. Sebelum itu, pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isteri memasuki bulan kelima pada tahun 2018.
Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordian Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.
Kini Arwah Bersatu Dengan Anak Sulung
“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.
“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak, kalau saya tumbang, pasti anak-anak pun ikut tumbang.
“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab, dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.
Ads
Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busat Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Badrol sekeluarga, semoga mereka terus kuat menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah.
Mabuk di siang hari dan membawa kenderaan tindakan yang membahayakan dan boleh menyusahkan ramai pihak.
Tindakan biadap seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan enggan berganjak, walaupun diminta mengalihkan kenderaan yang menghalang kenderaan di hadapan sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Springhill di sini petang semalam, ditahan polis petang tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Halang Kereta Keluar
Beliau berkata, susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.
"Dalam video itu yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar daripada tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.
"Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.
Jangan Beri Komen Menggugat Ketenteraman Awam
Aidi Sham meminta orang ramai tidak mencetuskan kegusaran awam dengan viral video itu serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana boleh menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam tular satu video kejadian sekitar jam 6.30 petang apabila seorang wanita yang bernama Tir Thira dalam media sosial Facebook.
"Wanita itu yang mahu keluar selepas membeli juadah berbuka puasa sudah, cuba menegur lelaki itu yang duduk dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang menghalang kenderaannya.
"Dengan penyebaran video itu, ia mendapat perhatian netizen dan masing-masing berasa marah dengan lelaki itu yang cuba bersikap biadap selain mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah," katanya.
Mesti Baca:‘Pasangan OKU Meninggal DiRempuh Pemandu Mabuk.’ Anak Sedih Hilang Mak Ayah Serentak
Baca Lagi Di Sini:Koperal Safwan Yang Dilanggar Pemandu Mabuk, Disenangi, Selalu SENYUM Walaupun Pendiam
Artikel Menarik:Impian 'Diberkas' Polis Tertunai, Nenek Teruja Sambut Hari Jadi Usia 100 Tahun!
Mingguan Wanita: Sewajarnya diambil tindakan tegas buat lelaki ini atas tindakan biadap yang dilakukan.
Bakal suami tak nak kahwin, akad nikah dibatalkan.’ Sedihnya bila segala persiapan sudah siap. Namun itulah kenyataan yang perlu wanita ini terima.
Benarlah bukan mudah menerima takdir seberat ini, tetapi sebagai hamba-Nya kita perlu percaya, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin jika pernikahan in diteruskan, perkahwinan yang dibina tidak bahagia atau terhenti di tengah jalan.
Pelamin anganku musnah. Itu gambaran nasib seorang wanita yang terpaksa melupakan impian bergelar isteri, semalam.
Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita itu yang dikenali sebagai Nur Ain berkata, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam namun ia dibatalkan tiga hari sebelumnya.
Menurutnya, segala persiapan untuk kenduri termasuk cincin hantaran sudah disiapkan namun ia terpaksa dilupakan.
Akad Nikah DiBatalkan
“Dukacita memaklumkan, akad nikah saya yang sepatutnya berlangsung 24/7/2022 dibatalkan,” katanya yang menggunakan akaun Instagram @ainqomart_.
Malah, berdasarkan tangkap layar bersama individu dipercayai abang lelaki itu, keluarga pihak lelaki mendakwa tidak mengetahui tunangnya itu sepatutnya bernikah, semalam.
“Sebenarnya kita orang (Nur Ain dan bekas tunang) dah buat semua borang dan ‘deal’ dengan baba Ain sekali. Lulus akad 24 hari bulan ini. Kenduri Ain dah set up (uruskan). Tiba-tiba hari ini Ude (merujuk bekas teman lelakinya) cakap cancel (batal), Ude tak nak kahwin,” kata mesej menerusi tangkap layar itu.
Menurut Nur Ain, segala perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan digunakan hasil daripada pendapatannya termasuk menempah jurufoto pada majlis berkenaan.
Persiapan Sudah Siap
Sebagai ganti kepada kerugian yang dialami daripada pembatalan itu, bekas tunangnya tidak menuntut kembali cincin pertunangan dan pernikahan mereka.
Selain itu, perkongsiannya di TikTok mendapat 1.3 juta tontonan dan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita terbabit.
“Mungkin bukan jodoh awak, sakit tak jadi kahwin itu tidak seteruk sakit salah pilih suami. Semoga Allah gantikan dengan lebih baik lepas ini untuk awak,” kata seorang netizen.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga wanita ini tabah untuk melalui hari-hari mendatang dan menemui lelaki terbaik untuk dijadikan pasangan hidup. Insyallah.
Tahniah diucapkan buat Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Say Shazril apabila isterinya telah disahkan hamil tiga bulan.
Perkongsian tersebut dinyatakan sendiri oleh Dr Say, malah dia dan isteri berasa sangat bersyukur bakal menyambut orang baru tidak lagi lagi dalam keluarga mereka.
Isteri Hamil, 3 Bulan Dr Say Kunci Mulut Sebelum Kongsi di Sosial Media
Dek kerana pernah mempunyai pengalaman dan mengalami kesedihan kerana isterinya keguguran, Dr Say mengambil keputusan mendiamkan diri sehinggalah usia kandungan isterinya tiga bulan. Akhirnya pengacara rancangan ‘Tanya Doktor’ ini membuat pengumuman kepada pengikutnya di laman sosial.
“Alhamdullilah, Adik Ace In The Making
“Masa sebulan bini missed period dan ositive urine pregnany test, hati saya menjerit nak kongsi berita baik ni kat satu dunia. Tapi pengalaman dan kesedihan keguguran lepas mengajar saya untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya larang saya share kat socmed). Lepas tiga bulan menahan, untuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri-sendiri saja). Kelihatan sihat dan lincah pergerakan kandungan bini. Terukir senyuman luas pada muka saya dan bini.
“Tiga bulan lepas keguguran kami berjaya menimang cahaya mata baru ni. Betul lah macam apa yang kalian katakan “sekali gugur, senang nak lekat”. Yang ni memang kami tak rancang tapi penangan PKP, makan + tidur + bersama, ulang hari2 Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat saya nak mintak izin bini, terus dia cakap “you nak beritahu satu dunia lah tu kan?”. Saya tersenyum malu, tapi mahu.
Tak Kisah Apa Jua Jantina
“Maka Alhamdullilah peeps! ADIK ACE IS CURRENTLY IN THE MAKING! tiga bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan. Doakan kandungan kami ni sihat sejahtera please.
“Ampun saya lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Sy tahu ampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yang penting kali ni #TeamDaddy #SayJr!
“Tajam mata ampa tengok kat post bini dan story saya ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh saya cover cakap tu buncit penangan Musang King,” tulis Dr Say.
Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha...