Beban penyakit kardiovaskular (CVD) dalam sistem kesihatan negara kini semakin meningkat seiring dengan pertambahan usia populasi rakyat Malaysia. Fakta ini diperoleh daripada Laporan Healthy Hearts, Healthy Aging Malaysia yang dihasilkan oleh Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd (Bayer).

Mengulas mengenai beban penyakit kardiovaskular di Malaysia, Dr Kenneth Sim, Pengarah Perubatan Negara, Bahagian Bayer Pharmaceuticals Singapura dan Malaysia, berkata, “sejak beberapa dekad yang lalu, inovasi dalam perubatan dan teknologi telah membawa kepada penambahbaikan luar biasa dalam penjagaan penyakit kardiovaskular.

“Ekoran daripada peralihan demografi Malaysia kepada populasi yang semakin berusia, kita memerlukan suatu era baru inovasi kesihatan, yang memfokus kepada menghalang progres penyakit serta menyediakan penjagaan lebih baik untuk membantu pesakit dan masyarakat menangani beban penyakit itu.

“Sementara Bayer terus memberi tumpuan bagi membangunkan penyelesaian inovatif untuk pesakit CVD dan penjaga mereka dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Kami berharap dengan pandangan-pandangan yang dikumpul melalui laporan Malaysia ini dapat mendorong kerjasama yang luas antara pelbagai sektor dalam kalangan pihak-pihak penting untuk menyokong sistem kesihatan. Ini dapat dicapai dengan penerimagunaan inovasi kesihatan dan terapi bagi mencegah kesan serius penyakit kardiovaskular,” ujarnya.

Seiring Pertambahan Usia Beban Penyakit Kardiovaskular Semakin Meningkat
Dr Kenneth Sim, Pengarah Perubatan Negara, Bahagian Bayer Pharmaceuticals Singapura dan Malaysia.

Pengenalan Pilihan Rawatan Baru

Menurut Dr. Sim, Bayer kekal komited untuk membangunkan penyelesaian inovatif melalui pembangunan dan kajian yang intensif.

Usaha-usaha ini telah membawa kepada penemuan penting dengan pengenalan pilihan rawatan baru seperti pencegahan tromboembolisme vena (VTE) susulan pembedahan elektif keseluruhan lutut dan penggantian tulang pinggul; pencegahan strok berkaitan pemfibrilan atrium; rawatan bagi thrombosis vena dalam (DVT) serta pencegahan DVT dan embolisme pulmonari berulang; dan rawatan embolisma pulmonari.

Jelasnya lagi, “Sejak 10 tahun lalu, seramai 3.4 juta pesakit di Malaysia yang mendapat manfaat daripada terapi Bayer, dirawat dan dilindungi secara efektifnya daripada CVD.
“Ini akan terus mendorong komitmen kami dalam penyediaan penyelesaian berkualiti dan berkesan untuk pesakit CVD serta penjaga mereka untuk membantu mengawal penyakit dan juga meningkatkan kualiti hidup pesakit,” tambah beliau lagi.

IKLAN

Inovasi Kesihatan Digital

Menurut Dr. Feisul Idzwan, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, “Ramai tidak menjalani pemeriksaan pada peringkat awal penyakit dan ini menyebabkan kadar CVD yang tidak didiagnosis berada pada tahap yang tinggi walaupun program saringan kesihatan tersedia di seluruh negara.

“Bukan itu sahaja, sikap dan pemikiran orang ramai di mana kadar kesanggupan untuk mengubah gaya hidup dan mendapatkan rawatan masih rendah.

“Kadar pematuhan pengambilan ubat bagi pesakit tekanan darah tinggi yang sedang mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan primer adalah hanya kira-kira 53 peratus.

“Kita memerlukan cara inovatif untuk memperbetulkan sikap dan cara pemikiran orang ramai. Walaupun mereka mempunyai maklumat secukupnya atau sudah pun didiagnosis dan ditawarkan rawatan percuma, mereka tetap membuat pilihan yang bertentangan atas kesihatan mereka.”

Seiring Pertambahan Usia Beban Penyakit Kardiovaskular Semakin Meningkat
Dr. Feisul Idzwan, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia.

IKLAN

Jelas Dr. Feisul lagi, “ Kita perlu melakukan kajian mengapa orang ramai mengambil keputusan sedemikian. Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pereka kesihatan digital untuk meneliti bagaimana kita boleh membantu orang ramai mengubah gaya hidup dan meningkatkan kepatuhan pengambilan ubat.

“Menyediakan maklumat dan nasihat khas dan sesuai mengikut keperluan gaya hidup individu adalah penting untuk memangkinkan perubahan.”

Dr. Feisul yakin inovasi kesihatan digital mempunyai potensi tinggi untuk mengubah sikap orang ramai.

Bagaimanapun, terdapat keperluan untuk memahami motivasi seseorang supaya dia terus menggunakan alat kesihatan digital dan juga mengatasi sikap masyarakat yang kurang berminat dengan teknologi supaya penggunaan teknologi tidak terbantut.

Ubat-ubatan Baru

Berasaskan Bukti Kawalan CVD berada di bawah paras optimum kerana kadar penggunaan terapi pencegahan yang baru adalah rendah. Memandangkan terapi ubat antikoagulan yang baru tidak mempunyai subsidi kerajaan, ramai pesakit masih terus mengambil ubat-ubatan lama.

IKLAN

Dalam kes warfarin, sejenis ubat antikoagulan lama untuk pencegahan strok, pengurusan pesakit lebih teliti dan pemeriksaan serta pemantauan beterusan diperlukan oleh penyedia penjagaan kesihatan. Kerumitan dalam penggunaan warfarin juga boleh menyebabkan pesakit kurang patuh dalam pengambilan ubat itu.

Seiring Pertambahan Usia Beban Penyakit Kardiovaskular Semakin Meningkat
Prof Madya Dr. Sazzli Kasim, Ketua Bahagian Kardiologi Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Merujuk kepada perkara itu, Prof Madya Dr. Sazzli Kasim, Ketua Bahagian Kardiologi Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, “Terdapat ruang untuk sedia menggunakan ubat-ubatan yang mempunyai bukti baru bagi mencegah serangan jantung yang serius, mencapai kawalan penyakit yang lebih baik dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan.

“Walaupun kos sering menjadi halangan, melabur dalam penyelidikan untuk menjana data tempatan keberkesanan kos akan menyakinkan pembuat dasar untuk menggunakan terapi-terapi inovatif seperti ini dalam sistem kesihatan awam.”

Penyelesaian Teleperubatan

Penumpuan pakar penjagaan kesihatan primari dalam sektor swasta dan di kawasan bandar besar, telah menyebabkan kekurangan pegawai perubatan bertauliah di pusat kesihatan awam dan terutamanya di kawasan pedalaman yang kecil. Teleperubatan dikenalpasti sebagai salah satu cara yang berkesan untuk menangani masalah itu.

‘Rawatan Teleprimari’, iaitu teleperundingan dan penyelesaian pendidikan jarak jauh untuk profesional penjagaan kesihatan, di mana ia akan menghubungkan doktor dan jururawat di kawasan pedalaman dengan kumpulan pakar untuk mendapatkan nasihat serta menghantar keputusan ujian kepada pusat rawatan pakar untuk ditafsir dengan lebih teliti.

Maka, hanya pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan akan dipindahkan ke hospital lain. Penjimatan yang ketara boleh dilihat dari segi masa dan kos bagi pihak pesakit dan juga sistem penjagaan kesihatan.

Dengan pengenalan pendidikan jarak jauh, doktor yang bertugas di pusat kesihatan pedalaman akan turut dilatih dan diberi maklumat terkini berkaitan pencapaian baru dalam bidang kesihatan. Ini meningkatkan kecekapan dan kebolehan mereka dan seterusnya menyediakan penjagaan yang lebih menyeluruh kepada pesakit.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI