Sedih tapi itulah realiti sekarang yang banyak terjadi apabila semakin banyak kes perceraian suami isteri golongan berusia melibatkan orang ketiga. Lebih dikesalkan masing-masing merupakan isteri mahupun suami orang. Tidak menjaga batasan hubungan di media sosial antara puncanya.
Sedih tapi itulah realitinya. Perceraian di kalangan suami isteri 40’an, 50’an malah 60’an angkara orang ketiga semakin banyak terjadi. Puncanya: Selingkuh – mencintai atau dicintai isteri atau suami orang.
Hubungan haram itu selalunya bermula daripada perbualan di wasap, messenger dan lain-lain media sosial, yang mulanya sekali-sekala, kemudian makin akrab.
Hubungan tercela itu berpunca daripada program re-union (sekolah, IPT, TADIKA) , teman sepejabat, kumpulan sehobi (bela kucing, bertanam pokok dan lain-lain) atau kumpulan berniaga bersama.
Permulaan Perbualan Santai
Pada awalnya memang perbualan santai, tidak ada apa-apa, kemulian meleret-leret sehingga mesra, bercinta, bertemu dan zina.
Ingatlah, wahai suami orang, haram menghubungi isteri orang dengan tujuan bersuka-suka (kononnya hanya untuk berbual bertanya khabar). Wahai isteri orang, adalah tercela melayan lelaki selain suami mu walaupun atas alasan bekas teman rapat, sahabat akrab atau kenalan lama.
Daripada perbualan santai, akhirnya menjadi satu kenikmatan, terus jadi ketagihan. Datang pula rasa kosong bila tidak berhubung Awas, pada ketika itu pintu kecurangan sudah terbuka.
Jika ada lelaki lain di hati Sang isteri, jika ada wanita bersuami di hati Sang suami, terkutuklah perbuatan itu… kau akan menempa neraka. Sepandai-pandai bersembunyi, dosa itu akan terbalas jua!
Man neglecting his girlfriend and using his mobile phone in bed
Pasangan Berusia, ‘Kelihatan’ Beragama Juga Selingkuh
Saya menyentuh isu selingkuh sebab ia paling banyak berlaku. Bukan sahaja pada pasangan muda, tetapi juga yang sudah berusia. Bukan sahaja yang jahil, tetapi yang kelihatannya beragama – berjubah, bertudung labuh dan berlatar belakang agama.
Kepada kaum suami, kita pesankan jagalah maruah isteri orang lain. Menaruh hati kepada isteri orang ialah satu penyakit hati. Kemesraan dan keprihatinan perlu diberi kepada isteri sendiri.
Kepada kaum isteri, jagalah maruah mu. Di mana kau letak rasa malu mu? Hingga tergamak kau habiskan masa berceloteh, mengadu, bercanda akhirnya bermesra dengan membelakangkan suami mu yang halal?
Jangan berhujah yang engkau tidak tahu, tidak ada apa-apa, hanya saja-saja, sedangkan hati kecil mu telah pun membisikkan bahawa semua itu salah kerana menentang fitrah dan mengundang fitnah.
Sekali pasangan mu terluka, bukan mudah untuk disembuhkan apalagi dimaafkan serta dilupakan. Kau telah berlaku zalim kepadanya. Kau telah mengkhianati kepercayaannya.
Ads
Jangan sekali-kali beralasan, kesunyian, pasangan tidak pandai membelai, tidak empati, tidak cantik, hilang aura dan sebagainya. Itu semua madah syaitan.
Percayalah, kemanisan yang kau cicipi dalam sembunyi pasti terbongkar jika tidak di dunia, pasti di Padang Mahsyar. Di sana kau akan merangkak memohon belas kasihan pasangan mu…dengan penuh hina dan kasihan mohon keampunan.
Ada yang bertanya, mengapa saya begitu serius tentang isu selingkuh ini?
Re-union Sekolah
Saya pernah bertemu seorang lelaki separuh umur menangis teresak-esak selepas solat Dhuha di sebuah masjid. Bila saya dekati dan bertanya mengapa?
Dia menjawab, “Saya sangat sedih, isteri saya meninggalkannya kami anak beranak selepas kembali bercinta dengan kekasih lamanya zaman sekolah.” Puncanya, perbualan biasa selepas re-union sekolah.
2. Kekasih Lama (Cinta Terhalang)
Saya pernah bertemu seorang sahabat (ustaz) yang berada dalam dilema bila bekas kekasih lama muncul kembali menagih cinta lama yang masih membara(baca: old fire).
Cinta mereka terpisah kerana dihalang ibu-bapa. Dia berkata, “kami terlalu mencintai.”
Saya memujuknya dengan berkata, “dia ada suami. Ustaz ada isteri. Anak masing-masing pun berderet. Hendak diapakan cinta itu?”
Bila dia memberi pelbagai alasan, saya terus menegaskan, “cinta bukan Tuhan. Hingga segala kehendaknya perlu diturutkan.” Bagaimana bertemu kembali? Lewat FB.
Ads
3. Hubungan Lelaki Lain
Saya pernah menghadapi seorang suami yang begitu terluka apabila mengetahui isterinya yang begitu disayanginya punya hubungan dengan lelaki lain.
Bila saya bertanya, sejauh mana perhubungan itu, dia menjawab, “belum ada hubungan badan, dating dan sebagainya. Tetapi mereka saling meluahkan perasaan, bertukar-tukar gambar dan berkongsi cerita masa lalu dan kini.”
Bila saya katakan tidak mengapa, kerana belum serius. Suami itu menjawab, “tetapi saya tidak sangka sama sekali isteri saya sanggup melayan hingga begitu sekali. Saya bertungkus lumus mencari rezeki, dia bersuka-suka, bergurau dan bercanda dengan lelaki lain.”
Masih cinta? Tanya saya. Bila dia mengiyakan saya pun berkata, “maafkan, jangan berdendam. Jika boleh belajar melupakan. Jika melupakan terlalu sukar, tidak mengapa. Tetapi jangan sampai itu semua mempengaruhi perjalanan rumah tangga selepas ini. Move on!” Pertemuan, lewat aplikasi messenger.
4. Selingkuh Rakan Sekerja
Ketika menjalankan program-program latihan lebih 24 tahun pada organisasi swasta dan kerajaan, banyak sekali saya temui kes selingkuh sesama rakan sekerja yang melibatkan isteri dan suami orang.
Saya melihat sendiri justifikasi Rasulullah SAW berpesan tentang hal ini pada khutbah baginda yang terakhir. Pada hal ketika itu, Islam sudah sampai ke kemuncaknya dan bibit-bibit empayar Islam sudah kelihatan.
Ads
Namun pesan Rasululllah SAW kembali kepada basic – soal asas dan teras – soal rumah tangga. Suami diingatkan, tentang kewajiban memberi nafkah, memberi kasih sayang, berlembut dan melayan isteri dengan baik. Bertanggung jawab.
Manakala isteri, dipesan dua perkara: Jangan membawa masuk orang yang tidak disukai suaminya ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina! Jaga ikhtilat.
Hancur rumah tangga, hancur ummah. Justeru, kamu yang terbaik ialah kamu yang terbaik kepada keluarganya, begitu wasiat Rasululllah SAW.
Ikhtilat Media Sosial
Semasa forum Maulidur Rasul di PPUM baru-baru ini, Dai Anas (yang menjadi moderator) juga meluahkan kebimbangannya tentang kes-kes selingkuh yang semakin meningkat.
Menurutnya, itu yang dinyatakan oleh seorang pakar kaunseling yabg tersohor Tanah Air – Haji Husyim yang banyak berdepan dengan kes-kes perceraian angkara orang ketiga. Puncanya, ikhtilat di dalam sosial media!
Marilah kita berdoa, yang terlanjur silap, kembali bertaubat. Yang masih degil, menyedari kesalahan dan terus istighfar. Ya Allah, kerana cinta ku katakan jua hakikat yang pahit ini. ‘Auzubillah.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang cukup membimbangkan apabila kes curang melibatkan orang ketiga semakin meningkat. Bukan sahaja orang muda namun golongan berusia juga tidak terkecuali. Semoga kita mengambil pengajaran dan nasihat yang dikongsikan ni, jagalah batas perhubungan di media sosial yang boleh menjadi punca bibit selingkuh.
Urusan nikah kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah. Apatah lagi mungkin kurang ilmu atau hanya mengambil jalan ‘short cut’ untuk menghalalkan hubungan semata-mata dan mengenepikan undang-undang dalam negara.
Memilih bernikah di sempadan dan tidak didaftarkan di dalam negara, mempunyai banyak risiko dan kesan buruknya. Ambillah pengajaran banyak kes yang difailkan di mahkamah, ramai isteri teraniaya dan anak-anak merana menanggung akibatnya akibat tindakan ini.
Ini kerana ditakdirkan berlakunya perceraian mahupun kematian suami, isteri ibarat melukut di tepi gantang, status nasab anak dinafikan, harta sepencarian dan pusaka juga tak layak dituntut.
Fail Mahkamah Mingguan Wanita berkaitan topik ini mengundang panel bertauliah Tuan Khairul Fahmi Bin Ramli, Peguam Syarie, Khairul Fahmi & Associates, Timb S/U Persatuan Peguam Syarie Malaysia Kedah (PGSM Kedah) untuk mengulas lebih lanjut.
Antara isi penting yang menarik dikongsikan.
1. Jika bernikah di sempadan, sebaiknya daftar nikah dalam negara secepat mungkin, selewatnya-lewatnya 6 bulan selepas berkahwin.
2. Antara 3 sebab popular pasangan bernikah di sempadan dan tidak di daftarkan dalam negara, pertama adalah mahu menyembunyikan berpoligami dan tidak mahu lari dari mendapatkan perintah permohonan poligami di mahkamah. Kedua kerana cinta tidak direstui keluarga. Ketiga kerana tiada wali mahupun ingin segera bernikah kerana telah terlanjur.
Gambar hiasan
3. Paling penting membuat pengesahan pernikahan di dalam negara sebaik sahaja bernikah di sempadan. Untuk memastikan pernikahan tersebut adalah sah, mengikut hukum syarak dan undang-undang.
4. Jika berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak kurang 6 bulan, atau kedua-duanya.
5. Prosedur untuk mendaftarkan pernikahan di dalam negara, PENTING perlu ada bukti pernikahan yang lengkap iaitu salinan sijil nikah asli, surat konsulat dan bukti gambar, video serta passport untuk ditunjukkan pada mahkamah.
6. Pernikahan tanpa melalui proses undang-undang akan memudaratkan dan memberi kesan besar pada wanita.Jika tidak didaftarkan dalam negara, andai berlakunya lafaz perceraian perlu bercerai ditempat yang dinikahkan (sempadan).
Jika berlaku kematian suami, isteri tidak akan dapat harta pusaka mahupun harta sepencarian.
Kesannya pada anak pula, tidak boleh dinasabkan pada bapa. Tidak boleh dibin mahupun dibintikan pada maklumat sijil kelahiran. Malah tidak dapat tuntut nafkah anak sekalipun kerana dianggap belum wujud lagi perkahwinan dan perkahwinan tidak lagi disahkan.
Banyak lagi intipati menarik perkongsian berkaitan topik ini. Saksikan video penuh pada pautan dibawah.
Kesimpulannya, janganlah hanya mengikut hawa nafsu, cinta dan kata hati tanpa memikirkan padah dan risiko yang menanti di kemudian hari.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Pernah tak terfikir, satu hari nanti, duit kat tangan kita tinggal hanya beberapa ringgit sahaja. Itulah duit untuk kita nak bagi keluarga makan. Mesti tak cukup untuk keluarga. Hati mula gelisah dan tak tenteram. Macam mana nak cari rezeki lagi. Kadang-kadang, bab-bab duit inilah, pasangan suami isteri boleh bergaduh dan bercerai berai.
Sebenarnya, rezeki yang Allah beri bukan hanya duit semata-mata tapi Dia bagi rezeki dengan pelbagai cara. Kita sahaja yang tidak tahu dan tidak pernah mensyukurinya. Risau duit tak ada.
Ini perkongsian daripada Raja Hazamir Raja Jusoh tentang bagaimana kita nak menjemput rezeki. Rezeki bukan dari wang ringgit semata-mata tetapi ada pelbagai cara.
+ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
+ Ada yang mengundang rezeki tiap ¼ malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.
Tapi dari ALLAH SWT.
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
MW: Kita tidak tahu, kadang-kadang kita bagi kucing makan pun boleh menjadi asbab rezeki ada kawan pejabat datang bagikan kita sarapan.
Apabila anak mula dijangkiti selesema dan batuk berkahak, kita sebagai mak pasti risau dengan tahap kesihatan dan keadaan anak.Jika boleh segala cara nak dilakukan demi anak tersayang, asalkan mereka cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Melalui perkongsian Anja Azura di laman facebook,beliau berkongsi cara semulajadi membuat ‘honey patch’ untuk mengatasi masalah anak yang menghidapi batuk dan selsema.Menurut beiau, cara ini sesuai untuk peringkat bayi mahupun kanak-kanak.
Bahan-bahan:
2 sudu Tepung gandum yang telah diayak
1 sudu besar Madu asli
1 sudu kecil Minyak zaitun atau minyak kelapa dara
1 helai Kain lampin yang dipotong kecil
Pita pelekat
Cara Membuat:
1.Campurkan tepung gandum dengan sesudu madu dan sedikit minyak zaitun/kelapa dara.
2.Gaul sebati sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Namun, jika melekat boleh tambahkan lagi
3.sedikit tepung dan jika adunan tidak sebati boleh tambahkan lagi madu mengikut kesesuaian.
4.Setelah adunan sebati, bulatkan dan letak diatas kain napkin yang telah dipotong segiempat kecil.
5.Ambil sehelai lagi kain napkin dah tutup sebatian adunan tadi.
6.Lekatkan pada bahagian belakang badan dengan pita pelekat.
Siap!! Selamat mencuba.
Info Ekstra!
AMARAN! Jangan lekatkan dibahagian jantung dan berdekatan jantung.
Pakai sebelum waktu tidur malam dan dibiarkan sehingga 3-8jam.
Bagi anak yang batuk berkahak bila buka dan pecahkan adunan, akan ada lendir dalam adunan tersebut.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.