Sedapnya Puding Laici Satu Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an

Share

Puding laici, resipi yang mengimbau kembali pada zaman muda belia. Kalau mak buat memang sedap sangat. Kiranya kalau letak laici tu, dah mewah sangatlah. Nak letak buah lain pun boleh juga, ikut citarasa.

Masih ada lagi ke yang mengimbau zaman 90 an. Puding laici yang mudah untuk dibuat. Tak perlu nak pakai banyak layer. Cukup dengan yang ini saja.

Antara perkongsian daripada Mr Ali tentang cara nak buat puding laici yang mana resipi dari maknya. Terus ingat zaman muda-muda dulu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Puding Roti Paling Senang, Basahkan Loyang Dengan Air Dulu, Senang Dikeluarkan, Menjadi!

Resipi Puding Kastard Dengan Kuah Koktail, Kacau Sampai Berkilat, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Info Lebih Menarik DI SINI

Puding Laici by Mak Mr Ali

Resipi ini sangat mudah, guna satu layer saja dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak.

Bahan-bahan:

12 gram agar – agar tali.

6 cawan air (1 cawan air : 250ml)

1 tin laici

1 tin susu cair

1 cawan gula

3 biji telur gred B

2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air

1 sudu kecil essen vanila

1 sudu kecil garam

( 1 adunan dapat loyang petak 9 inci  atau petak 8 inci.

 Cara Membuat:

  1. Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih, kacau2 perlahan, api pasang perlahan.

  1. Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau.

  1. Apabila sudah larut masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah laici lagi. Kacau sebati.

  1. Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama setin susu cair.

  1. Masukkan 1 sudu kecil esen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan

6. Dalam bekas yang lain, masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati & masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi

  1. Kacau sebati dan masukkan ke dalam air agar-agar.

  1. Dalam bekas yg lain, masukkan tepung kastard dan bancuh bersama2 dengan 3 sudu makan air.

 

9. Inilah hasilnya.

  1. Masukkan ke dalam telur yg dh dikacau sebati dengan susu cair tadi

  1. Kacau sebati

  1. Masukan dalam air agar2 laici tadi

  1. Kacau perlahan

  1. Sampai mendidih

  1. Dah mendidih masukan laici. Kacau sebati dalam 10 saat terus off api

  1. Masukkan dalam loyang atau acuan

  1. Biarkan suhu bilik/ biarkan diluar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3 jam

 

  1. Dah siap.

 

Selamat mencuba.

 

 

Mingguan Wanita : Memang sedap makan sejuk-sejuk.

 

 

Sumber: Muhammad Ali

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

 

 

 

IKLAN