Bila dah namanya perempuan, air jamu itu memang jadi kawan. Kalau tak amal tak salah tetapi kalau rajin buat anda akan dapat rasa kelainan pada tubuh badan. Untuk resepi lengkap boleh rujuk bahan-bahan dan cara buat yang dikongsikan Puan Mira Baharin ini…
Resepi ni kakyaa dapat dan belajar KHAS dengan Bidan Indonesia. Dan wajib sebulan sekali kakyaa buat air jamu ni sekian dari air jamu yang lain. Kakyaa ni kan, dengan air jamu memang berpisah tiada tau dok.
Ramai yang tahu rahsia resepi ni sebenarnya. Biasa dengar air jamu asam jer kan.
Bahan rahsia utama ialah Ibu segala jamu adalah KENCUR atau dikenali dalam masyarakat kita sebagai CEKUR.
Di indonesia air jamu ni dah menjadi amalan masyarat diaorang sejak dari remaja. Jangan pelik kenapa orang sana selalu sunti, fit dan awet muda sentiasa. Ini lah rahsianya uollss.
Tak dinafikan sekarang ini ramai suri bukan semata duduk di rumah. Mereka pun terpaksa keluar bekerja demi membantu ekonomi keluarga. Orang perempuan terutama yang dah jadi mak-mak ini, kalau diberi pilihan mereka memang nak saja duduk di rumah.
Tapi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, apalah pilihan yang mereka ada. Bekerjalah supaya ekonomi rumah tangga jadi lebih stabil. jadi bila gaji suami dan isteri dicantum, dapatlah anak-anak menikmati sedikit kesenangan dan kemudahan.
Tapi bila dah bekerja lain pula halnya dengan wanita. Orang perempuan ini memang jenis komited. Baik urusan rumah tangga mahupun kerjayanya. Bila dah bekerja, mereka jadi sibuk. Kadang sampai ke rumah terbawa-bawa urusan kerja. Tanpa kita sedari yang suami rupanya masih perlukan belaian manja.
Perhati Gambaran Ini
Dalam perjalanan suri dah fikir balik nanti nak masak apa untuk makan malam keluarga. Singgah sekejap ke kedai beli barang basah. Ambil anak-anak di nurseri atau sekolah, balik rumah siap sedia memasak.
Minta anak-anak mandi dan selesai memasak, urus pula hidangan makan malam. Mengemas, membasuh kain baju mana yang ada untuk hari ini, temankan anak buat kerja sekolah, basuh pinggan mangkuk sampailah menyidai pakaian.
Bila dah penat, kita masih melayan suami, tapi tak seratus peratus. Jangan sampai layanan tak seratus peratus itu buatkan suami jauh hati.
Apa Kata
1. Minta bantuan suami uruskan anak-anak atau kain basuhan sementara anda memasak. Sekarangkan dah ada mesin basuh, ajar suami tekan-tekan mesin tu. “Kalau abang tak tolong, saya letih susah saya nak beri layanan terbaik nanti.” Cakap begini dengan suami. Mana yang faham mesti tak sampai hati.
2. Sehari dalam seminggu, tak perlu memasak. Bila hidangan siap dan cepat. Jadi masa yang ada itu boleh digunakan untuk melayan suami. Bila dah selesai mandi, hidangkanlah suami air hangat kegemarannya. Wajib tanya baik-baik dan jelas-jelas dia nak minum apa. Tip: Jangan sampai tersilap, nanti mood tenang suami ke laut jadinya.
3. Layankan saja suami dengan aktivitinya. Kalau dia tengah menonton, duduk di sebelahnya, picit-picit badannya. Sambil-sambil tu ceritalah tentang hal-hal luar kerja atau keluarga. Bangkitkan topik-topik menarik misalnya hobi, imbas kisah cinta lalu atau impiannya. Layan emosi suami dan emosi anda dalam suasana paling romantis. Bila emosi suami tenang, anda pun akan sama-sama merasai aura kebahagiaan itu.
4. Jangan lupa peluk & belai. Biarlah usia suami dah mencecah 40-an sekalipun, satu hal yang orang lelaki akan kenang sampai bawa ke tidur adalah dakapan mesra kasih seorang isteri. Yang penuh ikhlas dan mencintai dirinya. Suami ini makin dia berusia, manjanya macam anak-anak kecil. Mahu dibelai dan dimanja sentiasa.
5. Bermain-mainlah dengan rambut dan bahagian wajahnya. Belai-belai rambut suami biar sampai dia tertidur sendiri. Kalau rajin buatlah rawatan facial untuk suami. Daripada dia pergi buat rawatan ke spa, kan lebih baik anda buat sendiri. Kalau tak ada pun sangat alatan, guna saja sabun LUX dan span serta air hangat. Picit-picit noda hitam pada hidungnya. Bila isteri belai-belai manja macam tu, sampai hati ke nak cari lain.
Bagi wanita yang melalui pengalaman bersalin, keadaan yang paling cemas dan mendebarkan adalah melalui proses meneran serta jahitan luka episiotomy selepas bersalin pada bahagian ‘miss v’. Jika silap teknik meneran, luka akan menjadi teruk, dan jika tidak dijaga rapi jahitan luka ini boleh terbuka kembali.
Melalui perkongsian ilmu oleh Dr Nur Ain, beliau kongsikan tip bagi mengelakkan luka bersalin jadi teruk dan cara terbaik agar luka Episiotomy dapat dijaga elok supaya tidak terbuka kembali sebagai panduan buat wanita.
Berikut antara perkongsian oleh beliau;
“Lepas bersalin tu, tolong jalan kepit kepit skit ye..
Hari ni keje, dapat sorang patient kate luka episiotomy lepas bersalin dia terbuka.
actually bila tengok , nampak ade superficial gapping pada jahitan tu, bukanlah luka tu habis terbuka..
superficial gapping ni sangat common complaint saya dapat dikalangan ibu-ibu selepas bersalin…”
Basically Macam Mana Nak Mengelakkan Luka Tu Jadi Teruk
1. Jangan angkat punggung masa teran nak bersalin.. bila u all buat macam tu, memang high risk la luka tu nak jadi jauh ke dalam.
My personal experience, patient tu memang asyik-asyik terangkat je punggung dia tiap kali die meneran. kita tolak bawah dia naik balik..camtula saaaaaaaammpai dia berjaya bersalin.
Hasilnya, terrible deep wound , nasib baik tak extend sampai ke pangkal cervix tu, kalau tak , tak pasal-pasal je masuk OT , end up dekat 2 jam saya kene repair luka dia…berpeluh-peluh jugak la, tak masuk lagi sakit belakang lama sangat tertunduk-tunduk..phew!
Macam Mana Nak Jaga Luka Episiotomy
1. Masa lepas bersalin tu, jalan tu kepit-kepit sikit.Itula gunanya pakai bengkungkan jalan pun confirm akan terkepit-kepit.
Sesetengah orang, kawasan muscle and soft tissue vagina dia agak rapuh tau, most of the time, doktor dah cuba sedaya upaya dah nak repair dan jahit luka tu supaya edge die oppose cantik-cantik..tapi kalau u all memang aktif berjalan ke sana kemari few days bersalin tu, memang luka tu boleh gapping.
2. Tak perlu nak basuh dengan dettol ke ape ke, mandi je macam biasa, basuh je dengan air bersih. Benang yang digunakan tu jenis absorbable, usually by 2 weeks die akan fully absorb. Kalau guna dettol ke ape ke, takut alcohol tu akan menghakis benang tu, nanti benang tu tak kuat dan boleh terputus.
3. Siapa nak buat sitz bath pun ok, no harm doing that..its good for personal hygiene
4. Tolong guna cermin dan cermin-cerminkan bahagian vagina tu supaya u all tahu luka tu healing dengan bagus atau tidak.Tak perlu nak ngeri-ngeri tengok benda tu, sebab nanti saya takut nanti u all akan lagi ngeri kalo benda tu dah bernanah and end up kene bukak balik semua benang tu semula.. tu lagi horror ok!
5. Kalau boleh elakkan sembelit, sebab nanti teran-teran sangat masa berak tu, takut luka tu start gapping.
Kalau Luka tu Terbuka Macam Mana
1.Jumpa doktor
2.Selalunya kalau luka tu gapping pada bahagian superficial je, tak melibatkan deep tissue and muscle, daily dressing je mencukupi.
3.Tapi memang kalau dah terbukak kaw kaw tu, maka haruslah dijahit semula.
Soalan : Kalau luka yang superifical gapping tu, kalo tak jahit apa jadi?
Dia still akan heal, tapi die akan heal dalam keadaan gapping sedikit die atas, no problem with ur future sexual intercourse tapi cosmetically kurang cantik la kan. kalau taknak gapping langsung, then kene jahit balik la.
So, please jaga luka episiotomy tu ye lepas bersalin, jalan kepit-kepit sikit, jaga kebersihan, cermin-cerminkan diri anda, if everything ok, by 2 weeks the wound should heal by itself.
p/s: pada adik-adik HO yang ade dalam friendlist saya, learn how to suture episiotomy wound , oppose it adequately, not too loose , not too tight.
Goodluck! Moga selamat semuanya.
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga buat wanita lain.
Isteri itu sifatnya penuh emosi. Baik ketika menguruskan anak-anak mahupun menguruskan keperluan suami, isteri akan uruskan dengan perasaan. Sebab itu kadangkala ada merungut sikit, menegur sikit, luahan hati sikit. Kalau suami yang tak faham dikatakan isteri membebel. Walhal itulah kasih sayang isteri yang prihatin.
Tugasan isteri ini mencabar sebenarnya. Baik yang bekerja mahupun yang duduk rumah sepenuh masa. Sampai 24 jam tak berhenti dan rehatnya cuma sekejap saja.
Balik kerja pun masih nak kena sediakan makan minum suami dan anak-anak. Isteri yang baik, dia tak merungut. Buat saja, tapi keletihannya kalau tak dibalas dengan rasa cinta suami memang boleh makan dalam.
5 Rutin Ini Bila Suami Buat Dengan IKHLAS, Kasih Sayang Isteri Makin Mendalam
PERTAMA : Tolong Basuh Baju Dan Sidai
Kalaulah dari kecil mak tak ajar suami memasak, cubalah ajar diri jadi tukang cuci keluarga yang hebat. Belajarlah sabun mana yang perlu diguna, punat mana yang perlu ditekan nak bagi baju bersih ikut standard keluarga.
Lakukan sampai isteri anda kata ‘Tak tahulah nak guna mesin basuh tu macam mana, sebab selama ini abang yang buat’.
KEDUA : Belanja Pelukan Dari Belakang
Masa isteri tengah penat memotong bawang ke, basuh pinggan mangkuk ke, peluklah isteri dari belakang. Penuh kasih agar pelukan kasih sayang itu dapat meredakan rasa lelah isteri.
Sesekali buat kejutan begini memang membahagiakan. Nanti bila gaduh-gaduh kecil, isteri akan kenang tindakan simple yang lagi membahagiakan ini. Bila rasa nak merajuk lama-lama pun tak jadi.
KETIGA : Imamkan Solat
Kalau tak dapat buat setiap 5 waktu, dapat buat waktu maghrib setiap hari pun dah seronok sangat. Isteri dan anak-anak akan rasa kedekatan di hati anda. Lagi bagus, waktu berdoa kuatkan bacaan dan doakan untuk anak isteri.
Biar mereka dengar pengharapan anda. Jangan lupa beri tazkirah dan harapan anda sebagai suami dan ayah. Aura positif dari tindakan ini memang lain dari yang lain.
KEEMPAT : Bawa Isteri Jalan-jalan.. Ini Penting!
Walaupun isteri anda berdikari orangnya. Tapi bawalah dia berjalan ke tempat yang dia suka. Pegang tangannya masa berjalan. Haish! Masa bercinta yang dilarang tulah nak buat, dah halal tau pulak segan.
Jangan sampai hubungan cinta renggang, suburkan seiring dengan usia perkahwinan itu. Makin lama, cinta makin dalam.
KEEMPAT : Beli Barang Dapur Setiap Bulan
Beli yang asas; beras, gula, susu, sayur, ikan. Yang lain-lain boleh tong-tong dengan isteri. Jangan sampai isteri fikir ‘asyik-asyik duit kita yang keluar’. Bahaya betul pemikiran sebegini.
Boleh buat hubungan jadi makan dalam, bernanah dan akhirnya berdarah.Bahagikanlah siapa yang bayar bil, rumah atau kereta.
Kalau anda mampu tak perlu bebankan isteri. Duit isteri bekerja biarlah dia nak buat apa pun. Percayalah isteri yang baik dia akan tahu bahagikan kepada simpanan anak-anak, simpanan kecemasan dan masa depan.
Jangan segan berkongsi masalah kewangan dengan isteri. Bila anda tak pernah berkira dengan isteri, ketika anda susah, simpanan isteri itulah yang akan dikongsi dengan anda tanpa perlu memulangkannya semula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....