Ads

Baru Sebulan Tinggal Bersama Selepas PJJ 7 Tahun, Suami Pergi Buat Selamanya Akibat Kemalangan

Suami Pergi Buat Selamanya
Suami Pergi Buat Selamanya

Kisah yang agak meruntun hati, baru sebulan dapat tinggal bersama setelah PJJ (perhubungan Jarak jauh) namun suaminya pergi buat selamanya selepas terlibat kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas.

Baru Sebulan Dapat Tinggal Bersama Selepas PJJ 7 Tahun

Baru Sebulan Tinggal Bersama Selepas PJJ 7 Tahun, Suami Pergi Buat Selamanya Akibat Kemalangan

Pernah tular menerusi radio Hotfm tentang hubungan jarak jauh, Noor Adrina dan allahyarham Kpl. Muhammad Ainolalif bin Md Said sebenarnya baru sahaja direzekikan hidup sebumbung pada bulan Ramadan baru-baru ini.

Mengimbas kembali video yang tular, Noor Adrina dilihat menangis sambal memegang sehelai kertas yang tertulis senarai nama suaminya yang dapat pulang bertugas di kawasan rumahnya.

Suami Pergi Buat Selamanya Akibat Kemalangan

Baru Sebulan Tinggal Bersama Selepas PJJ 7 Tahun, Suami Pergi Buat Selamanya Akibat Kemalangan

Ads

Sedikit rekod tentang kerjayanya, allahyarham mula bertugas pada 6 Disember 2015 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jasin dan telah menjalani pertukaran ke Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 12 Mac 2026.

Merupakan seorang anggota yang sangat berdedikasi, awah juga sangat komited dalam menjalankan tugas serta disenangi oleh rakan setugas.

Ads

Ujian Buat Adrina

Baru Sebulan Tinggal Bersama Selepas PJJ 7 Tahun, Suami Pergi Buat Selamanya Akibat Kemalangan

Bukan semua wanita kental dan reda dengan status LDR (long distance relationship) tetapi kalian yang ditakdirkan dalam hubungan itu adalah golongan yang sabar dan kuat. Namun apa yang dilalui Puan Adrina ini juga cukup berat, apabila suaminya tiba-tiba ‘pergi’.

Ads

Memilih PJJ sebelum ini pun sebab kena jaga abahnya yang sudah tua selepas ibunya meninggal. Tiada adik-beradik lain kerana anak tunggal, ini antara sebab Puan Adrina bertahan hidup jarak jaiuh dengan arwah suaminya.

Apa pun, kehidupan mesti diteruskan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Gambar: Thread Noor Adrina

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Norzie Pak Wan Chek Sebak, “Setahun Setengah Anak Tinggal Sekolah Untuk...

Norzie Pak Wan Chek Sebak, "Setahun Setengah Anak Tinggal Sekolah Untuk Hafaz Al-Quran Kini Cemerlang SPM