Sebenarnya ada makna yang hendak ditunjukkan dari warna pakaian yang kita pilih. Jangan sebarangan memilih warna pakaian yang hendak digayakan setiap hari.

Ini adalah kerana warna adalah komunikasi non verbal yang dapat disampaikan kepada orang lain. Setiap kali kita memakai baju sebenarnya ada makna yang hendak ditunjukkan dari warna pilihan itu.

Sebenarnya Ada Makna Yang Hendak Ditunjukkan Dari Warna Pakaian Yang Kita Pilih

Belajarlah untuk mengetahui makna dari warna kerana ia akan membuatkan anda lebih tahu dan tidak perlu takut dalam memilih pakaian. Wanita sekalian, berikut adalah erti warna baju yang anda pakai.

Merah

Warna merah bererti ia mampu membangkitkan tenaga, aksi, suasana dan motivasi yang tinggi. Warna merah sangat disarankan untuk dipakai ketika anda kurang suntikan tenaga. Jika anda rasa malas untuk bekerja, apa kata cubalah pakai baju warna merah. Selalunya warna merah juga  digunakan untuk menyampaikan mesej keberanian, semangat dan kuasa. Jika anda berani bolehlah cuba pakai baju warna merah.

Oren Atau Jingga

Ia warna yang baik untuk menunjukkan komunikasi dengan orang lain. Warna ini menunjukkan sikap optimis. Warna oren juga menunjukkan kebahagiaan dan kehangatan bagi pemakainya. Warna oren membawa keinginan yang positif. Jika anda mahu ceria cubalah pakai baju warna oren.

Hijau

Warna hijau memberi makna tentang keseimbangan dalam tubuh. Saat anda berasa sibuk dengan deadline atau tarikh akhir pekerjaan, pakailah baju warna hijau untuk membuatkan anda lebih bersemangat menyiapkan kerja.

Bagi wanita hamil, bolehlah memakai baju berwarna hijau kerana ia warna yang tenang dan paling santai dalam spektrum warna. Salah satu tip kehamilan menganjurkan wanita hamil mengenakan warna hijau untuk mendapatkan kesan menenangkan dalam tubuh.

IKLAN

Pink Atau Merah Jambu

Warna ini mampu membuatkan orang yang sedang marah menjadi lebih tenang. Oleh itu, ketika anda mengakui kesalahan, pakailah baju warna pink atau merah jambu untuk membuatkan orang lain mudah memaafkan anda.

Kuning

Ketika anda sedang mahu memulakan presentation atau penyampaian kerja atau tugasan, anda disarankan untuk memilih pakaian berwarna kuning. Ini adalah kerana warna kuning itu menyimbolkan kebahagiaan dan keceriaan serta rasa bahagia bagi pemakainya. Dengan memakai baju kuning, penyampaian anda bakal disampaikan dengan lebih mudah.

Biru

Warna biru menunjukkan sikap kesetiaan dan kewibawaan. Ketika anda menghadiri temuduga, disarankan untuk memakai baju berwarna biru. Selain itu, warna biru juga mampu membuatkan anda lebih mudah untuk berunding dengan lebih baik.

Ketika anda ditemuduga kerja, memakai baju warna biru sangat disarankan. Selain itu warna biru membuat kamu lebih mudah untuk bernegoisasi dengan orang lain.

IKLAN

Putih

Ia melambangkan polos, suci lagi murni. Warna putih juga dikatakan dapat memberi keyakinan dan ketenangan buat si pemakainya. Warna suci ini sesuai dipakai ketika anda berziarah ke masjid atau majlis agama. Memakainya bukan sahaja sunnah bahkan menampakkan ciri orang yang tenang.

Kelabu

Warna kelabu melambangkan serius, matang dan kebolehpercayaan. Sebagai contoh, lihatlah Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang memakai baju berwarna kelabu setiap hari untuk menampakkan kesungguhannya dalam meningkatkan nilai kepercayaan pengguna Facebook terhadap isu keselamatan maklumat peribadi.

Hitam

Warna hitam melambangkan keunggulan, kukuh dan canggih. Jika anda memakai baju warna hitam ini bermakna anda memilih warna klasik dan universal. Di suatu sudut, warna ini menggambarkan watak jahat dan murung. Kena pandai bermain warna apabila memilih baju hitam.

Ungu

Warna ungu melambangkan kebenaran, rohani, mewah, mendominasi, misteri, bijaksana, bermaruah dan berkualiti. Anda boleh memakai baju ungu jika mahu menyampaikan mesej pemikiran yang mendalam.

IKLAN

Resepi DODOL Terlajak Sedap Berkilau Cantik Warnanya, Kacau Dalam Periuk ‘Non Stick’!

Peranan Warna, Bukan Sekadar Tambah Seri Ruang Kediaman

 Bosan? Ubah Rutin Dan Warnai Kehidupan Biar CERIA Dan Bersemangat

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI