Sebelum belon emosi isteri meletup, suami tadah saja telinga dengar luahan hatinya. Kadang-kadang disebabkan emosinya tak stabil, isteri mulai marahkan anak-anak tanpa dia sedar.
Bukan niat isteri melepaskan kemarahannya pada si anak, namun bebanan atau tekanan perasaan yang dihadapi mak-mak setiap hari membuatkan kemarahan mereka mudah meletus.
Apatah lagi apabila pasangan tidak memberi perhatian atau mengambil berat apa yang isteri hadap saban waktu.
Sebelum Belon Emosi Isteri Meletup
Kongsi Mohd Fhais Salim, kasihan ibu yang tak sengaja termarah anak.
Mereka bukan pemarah tapi belon emosi mereka yang mudah meletup.
Sebab itulah untuk bebas dari termarah anak ini kita kena bantu pasangan kita untuk detoks segala emosi terpendam mereka.
Ini semua kena detoks, tak boleh simpan boleh jadi barah nanti.
.
Suami Tadah Saja Telinga
Selagi ada emosi terpendam ini dalam diri, selagi itulah dia jadi perengus dan cepat marah.
Itulah yang nampak anak lasak sikit, sudah boleh trigger rasa annoying. Aduh…
Ads
Bantu pasangan kita please, walau mereka tak minta tapi mereka sangat perlukan bantuan kita.
1 – Acknowledge emosi mereka.
Jangan nafi ada emosi tersebut. Nampak pasangan bengkeng semacam terus tanya “ada apa-apa masalah ke sayang?”
2 – Pastikan ada self-care.
Kadang ibu ni terlalu komited jadi manager rumah tangga, sampai diri terabai. Ingatkan mereka bersenam, me-time, medicure, pedicure dan sekali sekala keluar makan angin.
3 – Self Reflection
Bantu beri rasa tenang dan mindfulness dengan self-reflection ini. Buat diari ke, tulis journal ke, malah menulis yang baik-baik di media sosial pun satu kaedah self-reflection yang bagus. Jangan perli pula kalau nampak pasangan kuat mencoret di media sosial.
4 – Me Time
Satu benda yang paling susah nak dapat bila ada anak ini adalah me-time ( masa untuk diri sendiri ). Kita boleh bantu, kita bantu ya. Take over anak-anak kejap, insyallah sangat bermakna pada pasangan kita.
Dengar Luahan Hatinya
5 – Jadi pendengar setia
Bercakap adalah terapi buat wanita. Dapat luah semua dalam hati, dia jadi orang yang paling segar dan paling happy go lucky dalam dunia. Serius!
Tak susah pun nak bahagiakan pasangan kita. Tadah je telinga dengar luahan hati dia.
Lagipun, menjaga emosi seorang ibu ibarat menjaga emosi semua ahli keluarganya. Bila ibu tenang, semua orang rasa senang.
Mingguan Wanita : Bergelar isteri dan ibu mungkin Nampak mudah di mata kasar kerana tidak semua isteri ceritakan pada suami. Oleh itu suami yang harus cakna dengan keperluan emosi isteri. Jangan dibiarkan bimbang membawa mudarat kepada isteri.
Coretan Bonda Rozita Ibrahim mengenai teguran mesra buat anak-anak agar menjaga mak ayah sakit di laman Instagramnya mengundang sebak netizen. Coretan itu lahir dari hati seorang ibu yang mengharapkan anak-anak sudi merangkul dan menjaga andai satu hari mereka mula jatuh sakit.
Dalam posting tersebut, Bonda Rozita berpesan agar anak-anak tidak membuang gambar-gambar masa kecil kerana masa tidak akan berulang kembali. Hanya menerusi gambar itulah dapat dikenang zaman kanak-kanak bersama mak ayah.
Sila hadam perkongsian Bonda Rozita ini, semoga ianya mampu menjentik hati kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak, dulu kamu dalam perutku. Dewasa kamu dengan tenaga dan tangisanmu keutamaan kami setiap detik. Kamu semua tak dengar dan lihat kesukakaran kami. Marah dan bebel kami yang anak-anak lihat itu sayang dan amatlah kelelahan kami bekerja untuk keselesaan kamu.
Kalau nak diingatkan dulu…tangan inilah menjaga dan mencari nafkah untuk kamu. Badanmu dah tak boleh nak didukung seperti dulu. Makin panjang badanmu…makin dewasa kamu tak dapat ku kejar lagi ku cubit atau marah lagi.
Yang mampu kami buat ialah memimpin dengan nasihat keagamaan dan kami menangis kecewa, tetap mengharap kebaikan dengan berlimpahan doa dari jauh saja. Bila anak-anak semakin membesar, tingginya saja dah sama dengan badan kami. Tak dapat kami nak memegang bahu anak.
Lama kelamaan si anak pun semakin tinggi badan dan semakin kuat. Mak pula makin lemah dan uzur. Sudikah agaknya mereka mendukung kami tua, hodoh, uzur dan semakin membongkok. Risaunya kami kalau tua dipimpin seperti budak kecil. (Janganlah umurku menyusahkan anak-anak).
Saat mak ayah mula jatuh sakit…sudikah sebagai anak merangkul dan menjaga kami seperti kamu kecil. Suatu saat nanti tiba giliran si anak memandikan orang tuanya (kematian). Ingatlah bahawa tangan yang dingin itu pernah menyentuh kepala dan badanmu dan selalu mendoakan kamu.
Tangan yang disentuh itulah yang pernah memimpin kamu ke jalan benar. Tolonglah ingat…ketika kamu memegang bahu mereka, ingatlah bahawa dagumu pernah menyentuh bahu si tua ini sewaktu mereka mendukung kamu…
Perkongsian Bonda Rozita mengundang sebak di kalangan netizen.
Sentiasa Doakan
Ujarnya lagi, mak ayah tidak lelah berjuang membesarkan anak-anak sebaiknya dan memberi kecukupan dalam setiap anak-anaknya. Doa sentiasa mengalir dalam setiap nafas mereka. Anak yang soleh dan solehah pasti merasakan mak ayah berlian di hati mereka.
Di akhir bicara, wanita anggun ini menitipkan pesanan agar anak-anak sentiasa ingat pengorbanan orang tua dan mendoakan mereka ke syurga . Semoga Allah sentiasa menjaga dan menyayangi mak ayah kita dunia akhirat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sesungguhnya, bila isteri sudah nekad untuk pergi, perubahan suami tidak akan membawa apa-apa makna lagi buatnya. Saat ini dia telah benar-benar tawar hati setelah sekian lama memberi peluang pada sang suami.
Oleh itu selagi rasa masih diambil peduli dan ditegur pasangan, bersyukurlah ayah-ayah. Itu tandanya isteri ayah-ayah masih menyayangi kalian. Namun ramai mengambil ringan bila pasangan menegur itu dan ini, hinggalah satu saat pasangan bertindak di luar jangkaan.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik ya.
Bila Isteri Sudah Nekad Untuk Pergi
Selalunya, bila sudah terlambatlah baru hendak sedar…
Selalunya juga, bila orang sudah berubahlah baru hendak insaf…
Dan selalunya, bila orang sudah tidak ada hatilah baru hendak merayu… Selalunya, bila orang sudah hendak pergilah baru hendak halang…
Bila orang itu tak boleh terima dia balik, dia salahkan pula orang itu…
Sekian Lama Hati Tersakiti
Dia sudah sedar, tapi tak nak terima… Bila dia sudah insaf, tapi tak nak bagi muka… Dia sudah merayu, dia sudah halang, maka hendak dia buat apa lagi… Apa lagi yang tak cukup…
Pula? Sudah itu peluang yang berkali-kali disia-siakan itu apa… Sudah itu kepercayaan yang berkali-kali dihancurkan itu apa…
Dan segala kesakitan dan kekecewaan berkali-kali yang diberikan itu apa… Penipuan yang berulang kali dilakukan itu apa?
Sebab itu orang selalu pesan, selagi ada teguran dan nasihat daripada orang yang sayangkan kita, selagi itulah kita ada ruang, peluang dan masa untuk memperbetulkan keadaan dan memperbaiki perbuatan…
Dia tidak akan sentiasa tegur, dia tidak akan sentiasa bagi nasihat untuk selamanya…
Sampai satu masa, dia akan berdiam dan tak nak berkata apa-apa lagi… Masa itu, jangan salahkah dia sebab ketika dia berbicara, satu apa pun tidak masuk dalam kepala otak kita…
Kalau dia hendak pergi, keinsafan dan perubahan kau tidak akan membawa apa-apa erti lagi sebab tekad dan nekadnya menghilangkan rasa simpati dalam hati…
Mingguan Wanita : Oleh itu selagi punyai pasangan yang masih peduli, hargailah sebaiknya mak, ayah. Takut bila sesuatu terjadi atau dia pergi meninggalkan… Mak, ayah hanya berputih mata.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selalu kita dengar, mak-mak cakap anak-anak susah nak tidur awal. Kalau ada pun, sebab siang hari lasak main itu dan ini. Kadang-kadang inilah keluhan yang mak-mak alami dan anak memang lali untuk tidur lambat.
Bukan apa, bila dah bersekolah, tentunya kena tidur awal sebab paginya kena bangun awal. Takutnya tak dapat nak tumpu pembelajaran di sekolah.
Bagi anak kecil pula, walaupun tidak bersekolah, jangan biasakan. Pernah juga mak ayah beritahu, malamnya akan berjaga siang hari akan tidur memanjang. Susah juga macam tu.
Sebenarnya, ada cara mak ayah nak ajar anak tidur awal. Inilah yang dipraktikkan oleh Nuraisyah Abu Husin untuk anak-anaknya.
Selalu kawan-kawan tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak confirm akan tidur setiap hari jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tahu tip ni. Selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat. Endingnya, pagi aku dan suami jadi zombie.
Ada juga baca tip dari mak ayah di media sosial dan cuba praktikkan. Alhamdulillah, membuahkan hasil. Kami, suami isteri pun dapatlah ‘me time’ bersama.
Caranya:
1. Bila balik kerja jam 5 atau 6 petang memang kena habiskan masa betul-betul dengan anak-anak. Perkara lain tolak ke tepi. Ajaklah mereka bermain di taman permainan, basikal, menari atau apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang sudah pandai berjalan.
2. Bagi yang ada bayi, cuba cara ini. Sejam sebelum nak tidurkan dia, mandikan dulu dengan air suam. Jangan lupa sapukan minyak telon. Kena jaga perut bayi supaya tidak kembung. Lepas itu, bermainlah dengan di, bagi dia ketawa dan gembira. Layanlah dia. Aktiviti ini sangat berat untuk bayi. Sampai masa dia akan tidur lena.
3. Untuk anak yang berumur 1 tahun, bagilah dia makan kenyang-kenyang dalam jam 7 malam. Ada masa anak tak nak makan kan? Perkara ini akan beri kesan masa tidur dia sama ada dia tidak boleh tidur sebab perut lapat atau dia tidur dan terbangun tengah malam. Kalau anak tak nak makan, bagilah pisang yang boleh buat perutnya tahan sampai pagi esok.
4. Mak ayah kena korbankan masa malam.Nak biasakan anak-anak dengan satu perkara ini makan masa. Jadi, kalau nak anak tidur awal, pada malamnya mak ayah tak perlulah keluar rumah. Dengan kata lain, kalau nak makan di luar, keluar selepas maghrib dan balik awal sebab anak kena tidur awal.
5. Selain itu, masa nak tidurkan anak, pasangkan surah Ruqyah (setkan sampai esok pagi). Ini boleh lindungi anak dari gangguan tengah malam. Pernah terbaca, jika anak bangun tengah malam, maksudnya ada ‘benda halus’ kejutkan ajak bermain/ganggu.
6. Pastikan lampu tutup. Selagi lampu buka, selagi itulah mereka susah nak tidur. Bagi mak ayah yang ada dua tiga orang anak, cuba tidurkan si kecil dulu. Masa tidrukan si kecil, ayah kena ambil tugas bermain dengan anak lain supaya dia penat, berlari satu rumah dan gelak ketawa.
Mak ayah boleh praktikkan dengan disiplin selama sebulan. Bila berjaya, mak ayah bolehlah habiskan masa berdua, menonton televisyen atau buat kerja rumah.
Tip ni kena kerjasama suami isteri ye..Tapi, kena ingat, jenis anak yang tidur awal, mereka akan bangun awal jam 5-6 pafi mata dah segar bugar.
Mingguan Wanita : Mak ayah boleh praktikkan juga untuk anak bersekolah. Inilah yang selalu mak-mak risau, kalau tidur lambat mahunya mengantuk dan susah nak bangun pagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.