Sayur Campur Sentap Selera! Menu sayur campur memang tak pernah mengecewakan. Samada dicampur dengan udang, daging mahupun ayam. Paling penting jangan goreng lama sangat, hilang pula khasiatnya.
Menu sayur campur ini sedap lebih-lebih lagi dimakan dengan nasi panas dan telur mata atau telur dadar.
Sayur Campur Sentap Selera!
Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan menu Sayur Campur Sentap Selera! Untuk mak-mak hidangkan pada keluarga tersayang.
Bahan-Bahan:
Udang – 10 ekor
Bawang putih – dipotong halus
Bawang merah – dipotong bulat
1 genggam ikan bilis
Ads
1 biji lobak merah
Kacang buncis
Kacang pea
Putik jagung
2 biji cili merah (dipotong halus)
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak di dalam kuali kemudian panaskan.
Ads
2.Tumis bawang putih hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah.
3.Bila sudah separuh garing masukkan ikan bilis.
Gorengkan hingga ikan bilis separuh garing kemudian masukkan udang.
5.Bila udang sudah berwarna keemasan masukkan pula kacang buncis, kacang pea, putik jagung, cili merah kemudian lobak merah.
Kacau sebati letakkan garam dan serbuk perasa. Jangan biarkan terlalu lama di dalam kuali takut hilang pula khasiat sayuran.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kakak pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan maut di Senawang, Negeri Sembilan baru-baru ini tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat berhubung insiden terbabit.
Memetik laporan dari Harian Metro, wanita dikenali Nur Athirah Najwa mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan hantaran yang menyinggung perasaan serta mengundang kemarahan orang ramai.
“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terbabit dalam kemalangan di Senawang.
“Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas ‘posting’ (hantaran) dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.
Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar beberapa kenyataan dimuat naik Nur Athirah yang seolah mempertahankan adiknya susulan insiden berkenaan.
“Saya sedar saya muat naik ‘posting’ dan komen itu dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.
Tindakannya itu mencetuskan kemarahan warganet yang mengecam pemandu Honda Jazz terbabit kerana memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa dua individu.
Media sebelum ini melaporkan dua pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Honda Jazz di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height di Negeri Sembilan pada 6 Mac lalu.
Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss disahkan maut di lokasi kejadian.
Dalam kejadian tersebut, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas meninggal dunia selepas dirempuh pemandu kenderaan yang tidak berhenti di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Senawang.
Berdasarkan rakaman dashcam Haziq Adli Zulkiflee yang merakam kejadian ini, kereta Honda Jazz yang dinaiki dua orang remaja berusia 18 tahun bersama penumpang lelaki berusia 17 tahun dari arah Senawang ke Paroi didakwa tidak memberhentikan kenderaan meski pun lampu isyarat bertukar merah.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja lelaki itu bersama seorang penumpang dari arah Senawang menuju ke Paroi gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan melanggar motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua mangsa serta sebuah lagi motosikal Honda Vario.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kemalangan untuk tampil membantu siasatan.
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga ruang paling indah untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan. Itulah yang diusahakan oleh Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni apabila mereka mengadakan program sulung Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran, yang menghimpunkan seramai 300 buah keluarga bagi menyemarakkan budaya membaca Al-Quran bersama ahli keluarga tercinta.
Program yang berlangsung baru-baru ini dilangsungkan dengan penuh tenang dan penuh rasa kekeluargaan. Suasana begitu mengharukan apabila melihat ibu ayah yang datang seawal pagi, bersila bersama anak-anak dalam halaqah, saling mendengar dan membetulkan bacaan satu sama lain.
Menurut pengasas Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, program ini bertujuan mengajak keluarga mendekatkan diri dengan Al-Quran, sambil mendidik nilai infaq dan kasih sayang dalam suasana Ramadan.
“Bila saya lihat ibu ayah yang datang awal dan sabar duduk mendengar anak-anak membaca, malah anak-anak pula mendengar bacaan ibu bapa mereka… saya yakin inilah suasana Ramadan yang kita idamkan. Ramadan yang hidup dengan kasih sayang dan kalam Allah,” ujarnya dengan penuh syukur.
Antara pengisian program ialah Solat Dhuha berjemaah, bacaan Al-Quran dalam kumpulan keluarga yang diketuai oleh Daie Fuad, serta tausiyah ringkas oleh Ustaz Hafiz Za’farani yang menyentuh hati.
Melihat kepada sambutan yang begitu luar biasa, Ustazah Siti Khadijah menyatakan hasrat untuk membuka penyertaan kepada lebih ramai peserta pada tahun hadapan — mensasarkan sehingga 1,000 peserta, termasuk dari luar komuniti Hatimurni sendiri.
“Kita mahu ibu ayah rasa bertanggungjawab untuk hidupkan suasana Ramadan yang bukan saja dipenuhi bacaan Al-Quran, tapi juga rasa keprihatinan terhadap orang lain. Infaq adalah budaya yang perlu dididik, bukan hanya disuruh,” kata Ustazah Siti Khadijah lagi.
Program Quran Hour ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Infaq Kasih Ramadan D Hatimurni yang telah berlangsung sejak tahun 2020. Misi utamanya adalah untuk memupuk sikap prihatin dan ringan tangan dalam membantu mereka yang memerlukan, khasnya sepanjang bulan yang penuh berkat ini.
Selain Quran Hour, inisiatif Ramadan tahun ini turut merangkumi:
Edaran 2,500 pek beras di 32 lokasi.
10,000 pek bubur lambuk diagihkan setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadan.
Majlis iftar bersama 1,000 mualaf.
Persediaan pakaian raya untuk anak-anak yatim.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, Pusat Pendidikan Islam Swasta Hatimurni yang diasaskan oleh Ustazah Siti Khadijah bersama suaminya, Ustaz Engku Ahmad Fadzil, telah membuka jalan untuk ramai ibu bapa memberikan pendidikan agama yang seimbang buat anak-anak. Hatimurni kini beroperasi di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Seksyen 7 Shah Alam, serta menawarkan kelas secara dalam talian — bukan hanya untuk pelajar di Malaysia, malah sehingga ke Dubai dan Qatar.
Rumah mak ayah jadikan tempat berkumpul adik beradik, bukan harta pusaka yang nak direbut. Rumah mak ayah bukan sekadar sebuah bangunan dengan dinding dan bumbung. Ia adalah tempat penuh nostalgia, tempat di mana kita membesar, ketawa, menangis, dan berkongsi kenangan bersama.
Apabila masing-masing sudah berkeluarga dan sibuk dengan kehidupan sendiri, rumah mak ayah semakin sepi. Sebab itulah, kita sebagai anak-anak perlu berusaha menjadikan rumah mak ayah sebagai tempat adik-beradik berkumpul. Bukan sahaja untuk menggembirakan hati mereka, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Rumah mak ayah bukan sekadar bangunan dengan empat dinding dan bumbung. Ia adalah lambang kasih sayang, tempat penuh kenangan, dan saksi perjalanan hidup kita sejak kecil hingga dewasa. Namun, yang menyedihkan, setelah mak ayah tiada, rumah ini sering menjadi punca perbalahan antara adik-beradik.
Berbalah kerana harta yang tidak seberapa, bertelagah kerana tanah sekangkang kera, dan akhirnya hubungan keluarga yang dulunya erat menjadi retak, bermasam muka, malah ada yang sampai putus saudara. Apakah itu yang mak ayah kita mahu? Sudah tentu tidak.
Bila mak ayah sudah tiada, rumah mereka sepatutnya menjadi tempat adik-beradik berkumpul, bukan medan perebutan. Rumah itulah yang akan mengingatkan kita kepada mereka, kepada kasih sayang yang pernah mereka curahkan.
Jangan sesekali biarkan rumah ini dijual, digadai, atau dipertikaikan hak miliknya. Biarkan ia kekal sebagai tempat untuk kita semua pulang, tempat untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kalau kita sudah bekerja, sudah berpendapatan, sudah mampu, carilah harta sendiri. Beli rumah sendiri, beli tanah sendiri, kumpul aset sendiri. Itu semua tiada siapa yang akan marah, tiada siapa yang akan cemburu. Tetapi rumah mak ayah biarkan di situ. Jangan diusik. Jangan digadai. Itu bukan sekadar rumah biasa. Itu rumah kita semua.
Betapa ramai adik-beradik yang akhirnya bermusuhan hanya kerana tanah sekangkang kera di kampung? Berapa banyak keluarga yang berpecah kerana perebutan pusaka? Harta yang kita pertahankan dengan penuh kerakusan itu tidak akan kita bawa ke kubur pun.
Orang luar akan bertepuk tangan melihat kita berbalah. Orang dekat akan bersorak di belakang, menyokong pergaduhan kita. Malah, ada yang akan menghasut dan menambah api dalam persengketaan.
Hasilnya? Kita adik-beradik yang dulu rapat akhirnya pecah tiga, pecah empat, malah ada yang terus putus hubungan. Apa gunanya semua itu? Tiada. Langsung tiada.
Tidak kira kita anak sulung, anak lelaki, atau merasa berhak atas bahagian yang lebih, jangan sesekali bersikap tamak. Mak ayah tidak pernah mengajar kita untuk berebut harta. Mereka mengajar kita untuk saling menyayangi, bertolak ansur, dan menjaga hubungan kekeluargaan.
Jangan hanya kerana kita melihat ada adik-beradik lain yang masih tinggal di rumah mak ayah, hati kita membuak dengan perasaan dengki. Jangan sakit hati hanya kerana kita lihat orang lain menjaga rumah itu, sedangkan dulu semasa mak ayah masih hidup, kita jarang sekali pulang menjenguk mereka.
Masa mereka sakit, siapa yang menjaga? Masa mereka perlukan perhatian, siapa yang selalu ada? Kalau kita bukan salah seorang yang berada di sisi mereka saat mereka memerlukan, mengapa sekarang kita menjadi orang pertama yang menuntut hak? Hak apa yang kita perjuangkan kalau selama ini kita tidak peduli?
Cuba bayangkan, kalau semua anak berlumba-lumba menjaga mak ayah ketika mereka masih hidup seperti mana kita berebutkan harta pusaka, betapa bertuahnya mereka. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ketika mereka masih ada, ramai yang tidak peduli. Bila mereka tiada, tiba-tiba semua muncul menuntut hak.
Masa mak ayah sakit, tidak mahu menjaga. Masa mereka sudah pergi, sibuk berebut rumah, tanah, dan kebun. Di mana kewarasan kita? Di mana nilai kemanusiaan kita?
Jangan jadi manusia yang hilang akal hanya kerana harta. Jangan jadi anak yang lupa asal-usul hanya kerana sebidang tanah atau sebuah rumah pusaka.
Rumah mak ayah adalah lambang kasih sayang mereka. Jangan biarkan ia menjadi punca perpecahan antara kita adik-beradik. Jangan biarkan sifat tamak dan dengki merosakkan hubungan yang sudah terjalin sejak kecil.
Kalau kita sudah ada pendapatan, carilah harta sendiri. Tetapi rumah mak ayah biarlah kekal sebagai rumah keluarga, tempat kita berkumpul, tempat kita mengenang kasih sayang mereka.
Harta boleh dicari, tetapi keluarga yang telah retak sukar untuk dipulihkan. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari.