Sayunya hati, isteri tak sempat derma hati. Ajal maut jodoh pertemuan rezeki semua rahsia. Yang tahu hanya Allah Maha Pencipta.
Baru saja berkongsi kisah tentang dirinya mahu menderma hati buat suami yang menghidap barah hati. Suzan Ahmad isteri yang juga bertindak sebagai pengurus Tia Jinbara menerima dengan reda pemergian suami tersayang malam tadi.
Allahyarham Tia yang juga vokalis Jinbara telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya ketika sedang menerima rawatan doktor di Hospital Shah Alam, jam 9.17 semalam.
Sayunya Hati Isteri Tak Sempat Derma Hati
Suzan Ahmad yang juga bekas wartawan hiburan sememangnya berharap suaminya sembuh melawan penyakit kanser. Sebelum ini arwah Tia disahkan menghidap penyakit kanser hati tahap empat.
“Saya tak sangka arwah pergi secepat ini. Namun, saya reda, mungkin inilah jalan terbaik buatnya daripada menanggung kesakitan.
“Takdir Allah tiada siapa dapat menduga. Pada siangnya, keadaan kesihatan arwah masih stabil, namun doktor mendapati arwah mengalami pendarahan dalaman.
“Ketika doktor sedang memberikan rawatan, ketika itulah arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya memang berada di sisi arwah,” ungkap Suzan seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Sanggup Berkorban Dermakan Hati, Kasih Sayang Tak Belah Bahagi
Pada masa yang sama Suzan menyatakan dia sanggup mendermakan hati kepada arwah walaupun pembedahan berisiko tinggi namun Suzan sanggup berkorban.
“Jika itu (derma hati) dapat bantu selamatkan nyawa Tia, saya sanggup lakukan apa sahaja demi pastikan suami kembali sihat.
Ads
“Saya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Saya tak nak hanya melihat suami ‘pergi’ tanpa berusaha.
“Jika ditakdirkan nyawa saya tidak panjang selepas pembedahan pemindahan hati, saya reda dan bersedia kerana anak-anak pun sudah besar,” luahnya.
Arwah Bapa Tiri Penyayang
Tambah Suzan lagi arwah merupakan bapa tiri yang penyayang.
“Arwah memang bersemangat nak sihat sebab nak tengok anak-anak terima skrol. Walaupun hanya bapa tiri, tapi arwah adalah bapa yang penyayang.
“Beliau menyayangi tiga anak saya menerusi perkahwinan terdahulu seperti darah daging sendiri.
“Anak-anak membesar dengannya sejak kecil sehinggalah dewasa. Arwah juga mengajar anak-anak mengaji.
“Arwah selalu cakap kepada anak-anak yang dia ajar mengaji supaya mereka dapat mengaji untuknya suatu hari nanti,” malah arwah suaminya juga merupakan seorang yang menitik beratkan agama dan Pendidikan.
Ads
Mingguan Wanita: Semoga roh Tia Jinbara berada di kalangan para solihin. Amin.
Jadi mini studio. Tidak dinafikan kediaman Datuk Yusuf Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail umpama istana. Rumah inilah tempat untuk mereka sekeluarga berkumpul anak beranak termasuklah bersama dengan menantu dan cucu-cucunya.
Terbaru, kediaman Datuk Yusuf Haslam telah diubah untuk jadi mini studio buat sesi fotografi buat menantu kesayangan, Puteri Sarah Liyana bersama cucu-cucunya.
Ramai yang sudah tahu hubungan Puteri Sarah Liyana dengan keluarga mentuanya sangat baik, umpama anak kandung. Mereka sentiasa memberi sokongan dan sering bersamanya, walaupun Puteri Sarah dan Syamsul masih ‘tegang’.
Kisah ini tular bila video memperlihatkan Puteri Sarah menjalani sesi fotografi untuk satu produk di kediaman mentuanya dengan menjadikan mini studio.
Dalam perkongsian tersebuat, pihak yang terlibat dalam sesi fotografi itu mengatakan tentang rumah Datuk Yusof Haslam bertukar mini studio. Dia turut memuji sikap pengarah dan penerbit itu yang sangat baik hati, prihatin kerana membenarkan rumahnya diubah menjadi mini studio.
Menurut pihak terbabit, Datuk Yusof Haslam mahu memudahkan proses fotografi Puteri Sarah.
“Baik sangat Datuk, kami tukar rumah jadi mini studio. Bila dah siap, Datuk datang memberitahu ruang mana yang cantik untuk shoot.
”Bila kita mudahkan orang, orang akan mudahkan kita, lebih-lebih lagi kalau duta yang minta,” katanya.
Tak dinafikan juga, ramai turut memuji dan kagum dengan sikap keluarga mentua Puteri Sarah yang sentiasa menjaga baik menantu kesayangannya.
Kembalikan kesegaran badan yang letih lesu dengan jamu air rebusan rempah daun sirih. Bagusnya air rebusan rempah daun sirih ini, ia juga boleh jadi ikhtiar untuk anak-anak yang batuk. Tapi usia anak mestilah 5 tahun ke atas.
Wanita ini, Amanda Tan yang lebih mesra dengan gelaran Amoi Jamuberkongsi dengan Mingguan Wanita tatacara membuat jamu air rebusan rempah daun sirih ini.
Bahan Dan Cara Membuat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
3 lembar daun sirih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh kecil bunga cengkih
1/2 sudu teh kecil buah pelaga
1 inci halia tua
Ketuk buah pelaga dan bunga cengkih supaya boleh keluar bau dan aromanya.
Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersih.
Sukat 5 cawan air dan masukkan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Lepas mendidih, tutup periuk, tutup api dan diamkan periuk selama 10 minit.Tambahkan madu sebagai pemanis (jika perlu). Gunakan sudu plastik.
Air rebusan rempah daun sirih siap diminum.
Nota : Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Minum air rebusan selepas makan , bila-bila masa sahaja sebagai air teh .
Syarat Nak Jadikan Ikhtiar Anak Batuk & Kegunaan Mak
√ Ia juga sesuai untuk kanak kanak 5 tahun ke atas jika ada masalah batuk. Boleh beri dua sudu besar atau ikut keperluan badan.
√ Sesuai untuk lelaki dan wanita.
√ Sesuai diambil selepas datang bulan untuk mewangikan kembali badan.
√ Sudu Plastik digunakan untuk mengekalkan khasiat madu.
√ Air rebusan digalakkan minum suam-suam panas supaya melancarkan peredaran darah.
√ Tidak digalakkan menambah ais sebab ais akan menyukarkan proses penghadaman kita.
√ Bila amalkan air rebusan herba, tidak digalakkan minum air kelapa dalam waktu terdekat sebab air kelapa akan menawarkan/meneutralkan khasiat herba.
√ Berjamulah untuk mengekalkan kesihatan badan kita menerusi cara tradisi.
Manfaat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
– Merawat batuk
– Rawat sakit tekak dan mulut
– Menghilangkan bau badan
– Mewangikan badan
– Membuang angin badan
– Melegakan urat saraf
– Menyegarkan kembali badan
– Merawat masalah keputihan untuk para wanita
Sumber/Foto: Amanda Tan @ Amoi Jamu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak Kedua LIZA HANIM Naik Pentas Terima Anugerah Pengetua MRSM Alor Gajah. Tiada yang lebih bermakna dan menggembirakan hati mak ayah apabila melihat kejayaan anak-anak.
Penyanyi bersuara lunak dan lantang, Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim,43, berkongsi kegembiraan dan meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya Marrisa Qaireen,14 naik ke pentas menerima anugerah cemerlang Anugerah Pengetua MRSM Alor Gajah.
“Tahniah Kak Ngah… Hari ni di MRSM Alor Gajah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Pengetua. Tahniah juga buat anak-anak Eunoia yang turut naik pentas hari ini,” ujarnya.
Harap Kejayaan Anak Jadi Pembakar Semangat
Ibu kepada 5 orang cahayamata ini yang juga Naib Juara Gegar Vaganza Musim ke-4 berharap semoga kejayaan anaknya ini mampu menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di masa hadapan.Serta turut mendoakan supaya anaknya terus cekal dalam menimba ilmu.
“Semoga menjadi pembakar semangat untuk buat lebih baik. Perjalanan baru bermula dan pelajar IGCSE memang cabaran sangat kuat. Mama doakan anak mama tabah dan dipermudahkan perjuangan mengejar ilmu , mama tumpang gembira dari jauh,”kata Liza Hanim.
Marissa merupakan pelajar MRSM program International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE). IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.
Untuk makluman, Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level.
Hasil perkongsian hidup dengan suami yang juga anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin, pasangan ini dikurniakan 4 anak lain iaitu Marsya Qistina, 20, Mohamed Salahuddin, 12; Mohamed Ibrahim, 8 dan Mohamed Al Fateh,4.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.