Berapa agaknya duit belanja sekolah bagi seorang murid dan pelajar. Dengan nilai wang zaman ini, pasti pening kepala juga ibu bapa atau penjaga hendak sediakan bajet duit poket, apalagi sekiranya anak ramai. Kebanyakan ibu bapa masa kini hanya menghulurkan sahaja wang saku sekolah, namun tidak mendidik dari segi tabungan.
Pakar Motivasi Mohd Shariman Che Deris memberi ulasan lanjut mengenai cara didikan anak menabung dan pelbagai tip buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak menguruskan perbelanjaan wang saku sekolah. Ikuti beberapa tip berguna yang diberikan oleh Pakar Motivasi ini.
“Iya sungguh, beri saja anak wang saku, mudah sangat tu namun perlu diingat anak-anak wajar dididik bagaimana untuk berbelanja dengan baik.
“Keperibadian anak-anak juga dibentuk melalui didikan wang saku ini. Disini saya ingin kongsikan lima tip berguna buat ibu bapa;
Ads
.
5 Tip Ajar Anak Bijak Belanja
Ads
1. Beritahu anak-anak, kenapa dibekalkan wang belanja sekolah, tujuannya dan bagaimana kita harapkan anak-anak yang berbelanja. Cakap dengan anak apa yang boleh dibeli dan apa yang tidak, “Abang, masa rehat nanti beli nasi dan ayam atau ikan goreng dengan air sirap, baru lah kenyang dan boleh belajar” anak akan tahu berbelanja mengikut keutamaan bukan mengikut hati.
Ads
2.Sediakan wang tabung untuk anak, beritahu kepada anak supaya setiap kali wangnya berlebih masukkan dalam tabung untuk simpanan. “Ibu rasa, abang akan ada lebihan nanti RM0.50 sen, masukkan dalam tabung ni, sebulan abang dah ada RM10.00, kalau setahun, banyak duit abang tu” Didikan ini akan meletakkan matlamat untuk anak menabung dan tidak mensia-siakan lebihan wangnya.
3..Apabila anak bawa pulang makanan ringan, beri penegasan agar ianya tidak menjadi keseronokan untuk mereka, kaitkan kembali tujuan wang belanja sekolah diberikan. Kurangkan nilai wang belanja jika anak berbelanja atas perkara yang tidak sepatutnya. Jika tidak wang belanja akan sentiasa tidak cukup.
4. Ibu bapa perlu sentiasa bertanya dengan anak, apa yang dimakan waktu sarapan dan tengah hari di sekolah agar kita tahu anak benar-benar cukup makannya.
5. Elakkan memberi wang saku ekstra kononnya sengaja diberi agar ada lebihan dan anak boleh menyimpan. Ini ‘framing’ yang salah, kita tidak mendidik anak untuk berjimat cermat dan menyimpan sebaliknya kita mengalakkan anak untuk berbelanja besar dan menyimpan lebihan jika ada.” akhiri Mohd Shariman.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu baru melahirkan perlu prihatin dengan kulit bayi baru lahir yang sememangnya sensitif. Tak boleh salah urus, boleh sebabkan ruam malah iritasi. Sesetengahnya pula, berkuping di beberapa bahagian tubuh misalnya kepala, celahan kaki dan tangan.
Penjagaan lebih teliti diperlukan agar bayi tak berasa sakit. Nanti, si manja akan tidur lebih selesa bila ibu pandai urus bayinya dengan baik. Ini panduan untuk ibu, menguruskan bayi yang baru lahir.
Ibu pastikan tangan anda bebas bakteria. Gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum pegang bayi anda. Bayi baru lahir tak mempunyai sistem imunisasi yang kuat, jadi dia terdedah pada risiko jangkitan.
Begitu juga, dengan tetamu yang datang melawat bayi anda. Pastikan mereka membersihkan tangan dengan ‘hand sanitizer’ juga sebelum memegang bayi.
Semasa mahu mengejutkannya, mengangkat ataupun ketika memandikan, uruskan bayi dengan lembut dan hati-hati. Jangan sesekali goncang bayi anda. Ia boleh menyebabkan pendarahan pada otak dan risiko kematian.
Bayi yang baru lahir tidaklah kotor seperti orang dewasa, lagi-lagi bila tali pusatnya belum tertanggal. Ibu boleh melakukan ’Sponge Bath’ pada minggu pertama hingga minggu keempat kelahiran.
Caranya :
Untuk bersihkan rambut
1. Selepas mencuba seminggu dua cara mandian ’sponge bath’ bayi sudah bersedia untuk mandi dalam besen mandian. Sebelum memasukkan bayi, ibu periksa suhu air dengan siku. Pastikan suam bukannya panas sehingga melukakan kulit bayi.
2. Pilih mandian jenis lembut misalnya, Cetaphil Baby Moisturising Bath And Wash kerana mandian ini mengandungi pelembap aloe vera dan minyak almond, bebas sabun, bebas paraben malah hypoallergenic agar kulit bayi mulus terpelihara.
3. Bekas mandian pula kenalah sesuai dengan saiz bayi anda. Jangan terlalu sempit pula ya mak-mak. Bila keperluan bayi mak-mak penuhi. Barulah pengalaman memandikan bayi anda yang baru lahir jadi lagi menyeronokkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Solat merupakan satu kewajipan dan tiang agama. Penting buat mak ayah didik dan biasakan anak-anak untuk mendirikan solat sejak dari kecil lagi. Sebenarnya anak doa yang mak ayah boleh amalkan agar anak-anak boleh solat tanpa perlu disuruh, dibebel mahupun dipukul terlebih dahulu.
MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH, DIBEBEL DAN DIPUKUL
Kisah daripada seseorang yg mpunyai anak perempuan..anak saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.Saya rasa sangat marah dah la tak solat, menipu pulak.
Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya. Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning tapi anak saya tetap tak berubah dan susah dan liat nak solat.
Pada suatu hari,ada kawan bagitau saya satu cerita.Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.Kawannya tu tak la kuat agama sangat,tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.Tak perlu disuruh.
Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..Beliau berkata,
“Sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je doa, doa dan doa.
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah. Solat tak perlu disuruh dah solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.
Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang. Solat tanpa perlu disuruh.Doanya adalah dalam Surah Ibrahim ayat 40.
Dan Doa adalah
“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du’aa’
[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
InsyaAllah… Jom Amal….semoga anak-anak kita semua rajin mendirikan solat bersama Aamiinn.
MW: Semoga perkongsian ni bermanfaat.Jadi buat mak ayah boleh amalkan doa dalam Surah Ibrahim ayat 40 ini. Semoga kita dan anak-anak kita sentiasa menjaga dan mendirikan solat.
Dikurniakan zuriat yang diuji dengan penyakit tertentu, pasti meruntun hati setiap ibu bapa. Anak kedua pasangan suami isteri, Siti Jalena bt Abdul Salam, 32, dan suami, Mohamed Alasraf b. Shaik Daud, 36, iaitu Aisy Aminuddin, dilahirkan dengan spina bifida complicated dengan hydrocephalus dan neurogenic bladder.
“ Pada usia kandungan 26 minggu, dapat dikesan ada sesuatu yang tak kena dengan kandungan. Daripada hospital swasta, saya dirujuk ke hospital kerajaan. Pada usia kandungan 30 minggu barulah dapat tahu masalah kandungan yang sebenar.
“ Keputusan lambat diketahui disebabkan keadaan diri saya yang lama tak sihat dan mengalami sinus yang teruk. Saya ada mengunakan ubat steroid dan di awal kandungan juga kami terlibat dalam kemalangan,” ujar Siti Jalena memulakan bicara.
Ujian Demi Ujian Dilakukan
Menurut Siti Jalena, doktor telah menjalankan ujian amniosintesis dengan mengambil air ketuban bagi mengenal pasti penyebab keadaan Aisy. Keputusan menunjukkan ia bukan faktor genetik. Maka doktor sahkan disebabkan factor kekurangan asid folik atau kesan kemalangan.
“ Aisy lahir dengan kondisi spina bifida myelomeningocele, iaitu level kerosakan saraf tunjang yang severe. Disebabkan kondisi ini, Aisy menghadapi masalah mobiliti. Tidak dapat berjalan. Separuh bahagian daripada pingang hingga ke kaki tidak ada deria dan dia tak dapat membuang air besar/kecil secara normal disebabkan kerosakkan saraf jenis ini,” jelas Siti Jalena berkenaan keadaan Aisy.
Risau
Sebagai perasaan seorang ibu. Semestinya perasaan bersalah menghantui diatas keadaan kandungan. Risau akan penerimaan orang akan kehadiran anak yg ada kelainan upaya.
“ Ternyata, Alhamdulillah. Semakin hari semakin senang menguruskan Aisy. Dia perlu membuat CIC 4 jam sekali untuk mengeluarkan air kencing dan setiap pagi pada waktu mandi kami akan bantu membuang air besar. Aisy juga tunjukkan perubahan positif.
“ Daripada bayi tidak ada pergerakan sehingga kini dia sudah punya upaya untuk berdiri sendiri dengan bantuan alat-alat tertentu. Daripada seorang anak yang mempunyai speech delay, kini dia petah bercakap dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Tamil. 15 Januari 2020, Aisy akan menyambut hari jadi yang ke-5 dan bakal masuk ke alam persekolahan,” tambah Siti Jalena.
Enam Pembedahan
Sepanjang dari tempoh Aisy lahir sehingga kini, Aisy telah menjalani enam kali. Yang terakhir Aisy menjalani pembedahan yang paling besar selepas dilahirkan iaitu pembedahan transcranial.
“ Pembedahan tersebut untuk menutup ruang tengkorak di kepala yg tidak membentuk dengan sempurna yang menyebabkan air otak mengalir keluar melalui hidung selama empat tahun. Akhirnya doktor mengenal pasti punca dan dapat menjalankan pembedahan transcranial – CSF fistula.
“ Pembedahan itu telah dijalankan pada 7 Oktober lalu, dikendalikan oleh pakar neurosurgery Mr Azmi Alias dan Dr Fadzlishah Johanabas. Alhamdulillah perkembangan sangat positif. Tidak ada lagi air otak yang mengalir keluar daripada hidung. Kesemua rawatan pakar yang Aisy terima adalah Neurosurgery, Urologi dan Nefrologi, ENT dan Respiratory adalah daripada Woman and Child Hospital HKL.
“ Aisy juga menjalani rawatan fisioterapi, cara kerja dan sebagainya di hospital rehabilitasi Cheras sejak berusia 5 bulan. Selain itu, Aisy juga mengikuti terapi pasir dan terapi kuda di RDA DBKL. Segala rawatan ini akan diteruskan untuk membantu Aisy mendapat kualiti hidup yang terbaik,” kongsi Siti Jalena yang mengakui memerlukan sekurangnya RM1000 sebulan untuk perawatan Aisy.
Sokongan Dan Semangat
Mengakui dirinya tidaklah setabah ini pada mulanya. Namun sokongan keluarga dan orang sekeliling membuatkan dirinya makin kuat.
“ Pada awalnya saya tidak berapa kuat, asyik menangis mengenangkan keadaan Aisy. Tapi setelah berjumpa dengan rakan-rakan ‘sekasut’ yang sangat memberi kata-kata motivasi dan dorongan, saya jadi lebih tabah dan kuat.
“ Selain itu, respons Aisy yang sangat positif juga memangkinkan lagi semangat saya dalam menjaganya serta membantu ibu bapa baru yang mendapat anak yang sama kondisi seperti Aisy. Tak dilupakan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang tak putus memberi kata semangat dan bantuan setiap kali kami memerlukan untuk kegunaan Aisy. Terima kasih kepada Kumpulan Sokongan Spina Bifida Dan Malaysia Neural Tube Defect (NTD).
“ Dengan kelahiran Aisy juga, saya dan suami dapat mengenal rakan-rakan senasib lain dari Malaysia dan antarabangsa. Kami saling bertukar pandangan dan berkongsi idea dalam penyediaan kemudahan anak-anak senasib kami untuk menjalani kehidupan seperti anak-anak biasa.
“ Salah satu NGO international yang membantu kami adalah Bellas Bumbas daripada Webster USA, yang membantu memberikan kami kerusi roda mini untuk kegunaan anak secara percuma. Sejak itu, saya diwakilkan untuk menjadi sukarelawan daripada Malaysia untuk membantu anak-anak kelainan upaya di Malaysia yg memerlukan mini wheelchair ini secara percuma,” akhiri Siti Jalena.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!