Sekali seseorang itu merokok, seksa sungguh mahu melepaskan ketagihan itu. Ada yang sampai di akhir hayatnya tetap tak dapat berhenti merokok.
Adakah kerana niat tak mahu berhenti merokok? Atau apa yang menghalang? Lelaki ini, Muhammad Luqman Ayob menjadikan babak hidupnya dan rokok bagai pasangan kekasih hati. Itu cintanya.
Lihat apa jadi antara dia dan rokok. Mengapa sampai dia tak memasang pun niat mahu berhenti merokok.
SAYA TIDAK PERNAH BERNIAT BERHENTI MEROKOK
(satu pembelaan untuk bangsa merokok)
Perkenalan saya dengan si dia bermula seawal usia
14 tahun (Tahun 1997)
bercinta dengan
cik Dunhill 7s –
cik Perrily’s 25s –
cik Suria
dan melekat di hati adalah Marlboro 14 soft pack
dan paling last Marlboro 20 soft pack (nampak macho ketuk soft pack sampai keluar rokok gitu)
Saya bermula bukan dengan pengaruh kawan
Saya terpengaruh dengan libido mahu nampak matang dan macho serta imej bad boy jejaka jejaka SBP di
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.
Kesimpulannya saya terpengaruh dengan lagak rakan rakan yang nampak macho bila menghembus huruf ‘O’ ketika saya masih mengira bulu di kaki.
Ads
Bermula dengan achai jaga line di tandas
Jadi achai fly beli rokok dan
Sampailah jadi senior yang pau rokok junior
Adrenalin ketika membuat senaman paru paru dengan risiko tertangkap memang mengujakan.
degupan jantung ketika menyeludup rokok masuk ketika keluar outing memang tidak pernah dilupakan
Tambah lagi saya dulu usahawan Maggi
Jadi mudahlah saya seludup ke dalam asrama
Alhamdulillah saya tidak pernah tertangkap atau tergantung sekolah
Malah menjadi Pengawas sejak form 3 (saya pun tidak tahu mengapa)
Sampailah Form 5 saya dilucutkan jawatan dan bukan atas sebab rokok – ironi bukan?
Pada harijadi 18 tahun iaitu umur dibenarkan merokok
Ayah saya membawa saya berjalan jalan – Father and Son moment di dalam kereta
Menasihatkan saya dengan umur 18 tahun jangan merokok kerana rugi dan tidak berfaedah
Sebagai anak yang baik saya mengiyakan sahaja dengan berkata
“Baiklah ayah”
Kehidupan saya sebagai perokok yang macho diteruskan di
matrikulasi Kolej Taj
universiti UPM
bisnes MLM Luxor
bisnes komputer OKCS
Saya selalu ditanya oleh kawan kawan
Bila nak berhenti rokok?
Jawapan saya selalunya
“Sudah bermula mengapa mahu berhenti?”
Saya memang tidak pernah ada niat berhenti merokok
even bila pergi IMKK 2012
kan ada sesi baling rokok
saya tak terusik nak baling pun
dalam hati saya berkata
semua yang buang rokok ni poyo
memang poyo pun
semua isap rokok balik selepas IMKK
semangat kejap je
Ads
Sehinggalah 2013
Saya dilanda demam dan
Terlantar seminggu
dan of course BUKAN sebab rokok
yang menjadi cabaran kepada saya adalah
kerana saya tidak boleh duduk saja dan sakit
saya mesti bekerja
dan oleh sebab demam tak kebah kebah
membuatkan saya tak tahan lagi nak tinggal di rumah
Maka pada hari ke 10 saya demam
Saya berdoa
“Allah kau sembuhkan aku – aku berjanji akan berhenti merokok”
Tahu jadi apa?
Esoknya saya sihat
Dan berdasarkan janji saya
Saya patuh dan taat
Saya tidak sentuh rokok
Sampai saat saya menulis post ini
Alhamdulillah
Rindu rokok?
Tidak pernah
Susah nak tinggalkan rokok ?
Senang je
Nak merokok balik
Tidak pernah terfikir
Apa saya dapat lepas saya berhenti merokok?
Satu perkara adalah poket sentiasa ada duit
Dua perkara adalah anda terasa ringan otak kerana dulu bila sangap rokok kena carik mana tempat makan jual rokok
(kalau takda kawan nak pau)
Ketiga perkara adalah mudah didampingi kerana saya tidak berbau rokok
Keempat perkara adalah anda boleh rasa rezeki lebih mudah sampai dan tidak disekat sekat
Kelima perkara adalah susah nak sakit
Bila saya jadi quitter
Saya juga sedar satu perkara
Orang merokok ni banyak buang masa
Ads
Nak masuk kereta merokok
NAk keluar kereta merokok
Berak nak rokok
Lepas makan nak rokok
Nak mula meeting nak rokok
LEpas meeting nak rokok
Semua rokok
(semua benda di atas saya pernah buat)
Dan bila orang kata susahnya nak berhenti
Tipu
Berhenti sikit sikit
Jadah dia – poyo gila kalau saya jumpa mamat camni
Nak berhenti – berhenti jelah
Sebab anda tidak berhenti adalah kerana anda tidak berhenti kerana Allah
Jika anda besarkan Allah
Allah akan bantu anda berhenti
Pernah mintak Allah untuk anda berhenti merokok?
Saya pernah
dan Allah bantu saya
Oh ya
Saya bukan nak positionkan diri buat seminar berhenti merokok
Atau jadi ustaz yang anda cari selama ini
Saya berkongsi kisah saya dan si dia
20 tahun saya merokok dan saya berhenti begitu saja
Lepaskan kisah cinta saya dan move on dengan hidup saya
Mengapa kisah cinta?
kerana bibir saya bertemu bibir si dia lebih banyak dari bibir isteri saya
Dan jika anda kawan saya dan anda masih merokok lagi
Go on – we still kawan
Saya tidak letakkan rokok sebagai tanda kawan kita
Saya pernah merokok jadi saya tahu bagaimana seronoknya menghembus asap menghalau puaka
Saya berdoa
Allah akan bantu anda stop dan jadi Macho secara sihat
Siapa sini quitter macam saya?
Boleh kongsi kisah bagaimana anda berhenti?
Supaya menjadi inspirasi generasi akan datang
Gara-gara memuji penampilan rakan sekerja yang kacak ketika sedang bersiaran langsung, seorang Penyampai Berita terima akibat digantung tugas. Kementerian Maklumat Kuwait memutuskan untuk menggantung tugas seorang penyampai stesen TV selepas beliau memuji keterampilan paras rupa rakan sekerja lelakinya ketika siaran langsung.
Rakaman video yang menjadi tular di Youtube menunjukkan Basma al-Shammar memanggil rakannya ‘mayzoon’ yang bermaksud ‘kacak dan menarik’ dalam dialek tempatan.
Ketika itu, wartawan terbabit, Nawaf Al-Shiraki sedang membetulkan ghutra yang dipakainya ketika membuat liputan Pilihan Raya Majlis Perbandaran.
Basma yang mahu memberi isyarat bahawa mereka akan bersiaran langsung sempat mengusik, “Tak perlu betulkan ghutra kamu, Nawaf. Kamu sudah kelihatan kacak!”.
Tindakan itu dianggap sebagai cubaan ‘bermain cinta’, namun beberapa pengguna Twitter menganggap ia bukan satu kesalahan besar.
Sementara itu, seorang Ahli Parlimen Kuwait turut membuat aduan tentang insiden itu dan mendakwa kesilapan ‘terlepas kata’ ini sama sekali tidak boleh diterima di stesen TV.
Macam-macam hal.Mungkin perkara ini dianggap remeh namun beri kesan yang besar dan dianggap tidak serius ketika sedang menjalankan tugas.Pengajarannya ketika sedang bekerja perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengekalkan profesionalisme kerja tersebut.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali memang hebat memasak di dapur. Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.
Baru-baru ini, isu berkaitan ikan yang paling sesuai digunakan di dalam masakan laksa menjadi viral di laman Facebook. Ia susulan terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa.
“Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.
Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Jangan Bergaduh Pasal Laksa
Berikutan perkara tersebut, ia mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga merupakan puteri raja berasal dari Johor.
Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa.
“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah, main api sehingga naik minyak,”
“Laksa Pahang pun sedap, saya gabungkan kuah johor dan pahang! saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti. Laksa Pahang juga sedap sangat, tidak ditumis. Cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah Laksa Johor! Saya suka Laksa Beras dan Laksa Tepung, dimasak atas kayu api, baunya sedap,” ujar baginda.
Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen.
“Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen.
“Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.
Pada pasting Instagram peribadi baginda itu juga, Tunku Azizah turut menunjukkan cara menunjukkan cara ‘cuai laksa’.
Tulis baginda, “Orang Johor pandai chap laksa spageti tapi orang Pahang pandai chap laksa tepung dan orang Terengganu pandai chap laksa beras’.
MW: Ada benarnya, tak perlulah nak bergaduh-gaduh pasal laksa. Gunalah ikan apa pun, ikut selera, bajet dan citarasa masing-masing. Paling penting ramuan kena cukup dan tumis betul-betul, seperti kata Tuanku Permaisuri Agong.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Berita baik buat golongan bujang yang baru menempuh alam pekerjaan di ibu kota, boleh menjimatkan kos sara hidup di bandar ini dengan menyewa bilik yang disediakan oleh DBKL pada kadar sewa serendah RM100 termasuk elektrik dan air.Permohonan penyewaan pula baru sahaja dibuka mulai 20 Ogos lalu.
Ia merupakan satu skim baru yang diperkenalkan kerajaan, iaitu Micro Housing. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan Perumahan Bandar atau Micro Housing kepada golongan bujang yang baru berhijrah ke ibu kota sebagai rumah sementara mereka.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan, penyewa mempunyai tempat tinggal sehingga mereka mampu berdikari dan mampu mendapatkan kediaman lebih selesa.
“Peningkatan harga rumah di Kuala Lumpur adalah masalah dihadapi rakyat untuk memiliki kediaman mahupun menyewa dengan harga berpatutan.
“Golongan muda antara yang terbeban dengan masalah ini. Ada di antara mereka bukan berasal dari Lembah Klang seperti Sabah dan Sarawak tidak mempunyai saudara mara serta kenalan di Kuala Lumpur.
“Bagi meringankan permasalahan ini, DBKL mewujudkan rumah bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu mendapatkan kediaman yang lebih selesa,” katanya.
Skim Micro Housing
Sementara itu, Perumahan Bandar ini berkonsep penyewaan bilik secara berkongsi kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan sudah bekerja. Skim Micro Housing yang bermula tahun ini terletak di tengah-tengah ibu kota, di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan bangunan lama DBKL yang telah diubahsuai dengan kos sebanyak RM7 juta.
Terdapat dua blok micro housing, lelaki dan wanita yang menawarkan 223 unit dan beberapa fasiliti lainnya – konsepnya pula bertemakan capsule hotel.
323 permohonan akan dibuka
Dibahagikan dua fasa, fasa pertama : 188 unit dan fasa kedua : 135 unit.
Sewa bilik secara berkongsi samada dengan empat katil atau 6 katil berdasarkan keluasan bilik.
Kemudahan seperti elektrik dan air, kelengkapan seperti almari dan katil turut disediakan.
Kemudahan lain seperti; surau, dobi, tandas, ruang patri, ruang tempat meletak kenderaan termasuklah basikal, ruang membaca, ruang santai, pejabat penyelia, turut tersedia.
Syarat-Syarat Permohonan Penyewaan;
1. Warganegara Malaysia
2. Status Bujang (Belum Berkahwin)
3. Berumur 18 hingga 35 tahun
4. Pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan
5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5km radius dari Perumahan Bandar)
6. Tidak memiliki rumah.
7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25km radius dari Perumahan Bandar.
8. Tidak mempunyai kereta
9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (Golongan pelajar TIDAK LAYAK).
Kadar sewaan yang dikenakan adalah RM100.00 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air. Cagaran sewa adalah diambil untuk dua (2) bulan. Tempoh Penyewaan adalah:
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan pada yang layak agar dapat membantu mereka memulakan kehidupan dengan lebih teratur apabila mendapat pekerjaan.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...