“Saya Nampak Separuh Badan Wanita, Tangan & Kaki Tertimbus Dalam Runtuhan” Cukup menyayat hati dan pastinya trauma buat mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi.
“Saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum ternampak ada separuh badan yang hanya nampak tangan dan kaki tertimbus dalam runtuhan tanah.
“Saya dan rakan terus menggali tanah itu dengan tangan kami untuk membantu wanita dan anaknya,” kata Chong, 28.
Chong adalah mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, hari ini.
Perkhemahan Bahagian Zon A
Lelaki dari Melaka itu berkata, runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.
Menurutnya, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B yang tidak terjejas teruk dan semua kumpulannya selamat.
Katanya, sebelum itu mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum runtuhan tanah merosakkan khemahnya.
Ads
“Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.
“Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.
Dua Beranak Dapat Diselamatkan
Menurutnya, dia tidak mengenali mangsa terbabit, namun bersyukur dua beranak itu dapat diselamatkan.
“Tapak perkhemahan itu memang cantik tetapi runtuhan itu menyebabkan semua kawasan sudah menjadi seperti rata.
Ads
“Saya tak pasti berapa ramai mangsa terbabit dalam kejadian itu tetapi percaya masih ada lagi di bawah (tertimbus),” katanya.
Dengan Dentuman Kilat
Mengimbas detik kejadian itu, Chong berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi dan ketika itu mereka sedang tidur di khemah masing-masing.
“Ketika tanah runtuh saya terdengar seperti dentuman kilat dan runtuhan tanah dirasai berada di kepala. Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
Ads
“Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini,” katanya.
Sementara itu, Teh Lynn Xuan, 22, berkata, ketika kejadian dia hanya tidur-tidur ayam saja dan terdengar bunyi kuat seperti batu berguling serta air menitis di luar khemahnya.
Katanya, dia juga berkhemah di bahagian zon B dan datang ke tapak itu untuk bercuti bersama 20 lagi keluarganya dari Melaka.
“Kejadian itu menyebabkan khemah tertolak hingga kaki kami naik ke atas ketika tidur dan ia berlaku sangat cepat,” katanya sambil memberitahu kumpulannya juga semua selamat.
Turut dilaporkan juga lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat dalam menyelamatkan mangsa yang terlibat.
Kehidupan di dunia hanyalah tempat persinggahan buat manusia mengumpul seberapa banyak bekalan untuk dibawa menuju ke alam abadi iaitu akhirat. Setiap amalan manusia di atas muka bumi ini akan menentukan untung nasib mereka di akhirat. Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia.
Oleh itu,waktu terbaik untuk kita beramal adalah sekarang. Rebutlah pahala berlipat ganda melalui harta kesayangan anda dengan bersedekah yang juga boleh digunakan untuk berwakaf, insyaAllah ianya antara bekalan kita ke akhirat kelak.
Menyentuh tentang wakaf dari segi bahasa bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi istilah, wakaf adalah menahan harta benda daripada pemilikan oleh individu tertentu dengan menyerahkan harta yang dimilikinya diuruskan oleh mutawalli supaya manfaatnya boleh disedekahkan. Wakaf juga merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalanNya.
Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.
Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha’ berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.
Sebagai umat Islam, rebutlah peluang untuk berwakaf. Sekiranya sistem wakaf dapat digunakan secara meluas serta dikomersialkan, ini akan mengoptimumkan hasil wakaf yang boleh dinikmati oleh penerima manfaat dan juga membangunkan ekonomi negara dan umat Islam.
Menerusi fungsi wakaf juga akan terbela hak dan kebajikan golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Pendekatan ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan konsep persaudaraan serta keadilan ekonomi.
Amalan berwakaf juga boleh dilakukan menerusi pelaburan dan wakaf tunai. Sememangnya amatlah penting penyediaan sumber dana untuk memajukan aset-aset wakaf di samping memupuk budaya berwakaf dalam masyarakat.
Dana wakaf juga akan berterusan apabila adanya gabungan konsep pelaburan dan wakaf di mana dana yang diwakafkan kekal menjana pulangan pelaburan untuk disalurkan ke projek-projek wakaf.
Bukan itu saja malah institusi pengurusan wakaf yang diiktiraf juga berfungsi sebagai syarikat wakaf korporat yang mengurus dan mentadbir dana wakaf secara menyeluruh bermula daripada mengumpul dana, mengurus pelaburan serta memilih dan mengagihkan manfaat wakaf kepada projek-pojek yang diluluskan.
Terbukti jua ibadah wakaf yang bermula sejak zaman Rasulullah SAW, berpotensi menjadi sumber pembiayaan projek dan program untuk membangunkan ummah, institusi sosial dan memperkasakan ekonomi. Malah wakaf juga menunjukkan umat Islam bersyukur akan nikmat kurniaan Allah S.W.T.
Seharusnya setiap individu muslim mahupun organisasi Islam bersedia mengorak langkah melaksanakan tanggungjawab sosial melalui instrumen wakaf. Ia juga bertujuan bagi menghidupkan ruh wakaf di Malaysia.
Baru-baru ini, Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) telah melancarkan Dana Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa’adah (“Dana”).
Dana ini ialah salah satu Kenanga Sustainability Series terbaru yang memperuntukkan sebahagian pulangan kepada mereka yang terjejas akibat bencana berkaitan iklim.
Dana ini bertujuan untuk menyediakan pengagihan pendapatan serta mencapai pertumbuhan modal dengan melabur dalam pelbagai portfolio tempatan dan global bagi ekuiti patuh Syariah, sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah, sukuk, instrumen pasaran wang Islam atau deposit yang mengabungkan prinsip Syariah serta prinsip pelaburan kukuh.
Pelancaran ini adalah hasil usaha sama yang melibatkan Kenanga Investors, Yayasan Waqaf Malaysia (“YWM”) dan Match Foundation (“MATCH”), yang telah disahkan melalui memorandum perjanjian yang ditandatangani antara ketiga-tiga pihak pada November tahun lepas, disaksikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Charles Hay, British High Commisioner Malaysia.
Memorandum perjanjian ini melantik Kenanga Investors sebagai Pengurus Dana bagi dana yang diterima daripada pelabur institusi serta pembiayaan awal sebanyak RM3 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia dalam Bajet 2022 sebagai sebahagian daripada objektif kerajaan untuk mewujudkan dana wakaf negara khususnya untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana, perubahan iklim mahupun pandemik pada masa depan.
“Dana ini menyasarkan untuk menjana pulangan kukuh yang akan memberi manfaat secara langsung kepada mangsa bencana di negara ini dengan membantu mereka kembali ke keadaan normal. Pulangan juga akan disalurkan ke arah menyediakan kemudahan atau peralatan berkaitan kawalan bencana baharu atau menambah baik iklim sedia ada,”
“Kami berasa gembira untuk meneruskan kerjasama kami dengan Yayasan Waqaf Malaysia untuk membangunkan kewangan sosial Islam dan memastikan proses sistematik dapat disediakan untuk diagihkan ke kawasan atau mereka yang memerlukan bantuan”, kata Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Prof Madya Dr Amir bin Shaharuddin;
“Sebagai penerima dan pentadbir Dana Wakaf Bencana, kerjasama ini penting dalam memastikan Yayasan Waqaf Malaysia memenuhi fungsinya untuk membantu dalam pembangunan harta wakaf sedia ada, serta mewujudkan wakaf baharu dan membangunkan ekonomi ummah melalui instrumen wakaf.”
“Kami menjangkakan bahawa pengenalan dana kepada pasaran mampu menarik minat para pelabur merebut peluang untuk memperuntukkan 70 peratus daripada pendapatan pelaburan kembali ke arah projek yang dapat memberi impak sosial, sekaligus mampu menyatukan kewangan dengan matlamat sosial. Ini adalah langkah penting dalam memacu dan menormalisasikan pelaburan ke arah masyarakat yang lebih baik”.
Bukan itu sahaja, pulangan yang dijana melalui dana akan diagihkan oleh YWM kepada penerima bantuan dengan bantuan MATCH yang terdiri daripada kumpulan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan dan bantuan kecemasan kepada orang-orang yang berhak dan layak.
Dana ini adalah produk keempat yang dilancarkan di bawah Kenanga Sustainability Series. Ia juga merupakan dana berciri wakaf kedua yang dilancarkan selepas dana Kenanga Waqf Al-Ihsan, yang diperkenalkan pada April 2021. Dana ini sesuai buat pelabur sofistikated dengan ufuk pelaburan jangka masa sederhana hingga panjang dan sanggup menyumbang sebahagian daripada pulangan pelaburan mereka untuk tujuan wakaf dengan jumlah pelaburan permulaan minimum sebanyak RM10,000.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Semua wanita mengimpikan kulit wajah yang cantik, tidak bermasalah dan cerah berseri. Justeru, penggunaan produk penjagaan wajah menjadi jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil terbaik. Sasarkan penjagaan kecantikan musim perayaan dan sambutan tahun baru 2023 dengan memastikan kulit wajah ‘glowing’ dan ‘flawless’ secara semulajadi.
Wajah jelita, kulit anjal, bersih, mulus dan berseri tanpa sebarang cela memerlukan penjagaan rapi dengan produk kecantikan yang bersesuaian. Realitinya, kecantikan adalah dunia tanpa sempadan yang sentiasa berubah saban waktu untuk memberi peluang wanita menzahirkan keindahan wajah daripada dimensi berbeza.
Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya tidak sukar. Dengan mengamalkan diet yang baik dan mempraktikkan penjagaan kulit asas yang konsisten, pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan lebih mudah.
Malah mempunyai hidrasi kulit yang baik juga dapat membantu anda mencapai kulit idaman. Kulit yang tidak cukup hidrat akan menjadi kering, ‘ketat’ dan bersisik, dan inilah yang boleh menyebabkan kulit menjadi merah, gatal mahupun mengelupas.
Sebenarnya tak susahpun untuk mendapatkan kulit cantik yang lembap dan sihat. Penghidratan adalah kunci! Apabila kulit terhidrat, seseorang boleh mencapai cahaya semula jadi yang sihat, tidak berminyak, pori-pori menjadi lebih kecil, kulit lebih licin dan menggalakkan solekan tahan lebih lama.
Jika anda mahukan kulit cantik yang lembap, aplikasikan Hada Labo Hydrating Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum ianya dapat membantu wanita mencapai kulit yang cantik dan sempurna.
5 tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang glowing. Tak Susah, paling penting konsisten dan berdisiplin. Malah mereka yang mempunyai kulit yang glowing nampak cantik walau dengan hanya solekan yang nipis. Malah, ada juga yang langsung tak bersolek.
Minum air secukupnya merupakan tip utama untuk dapatkan kulit muka yang lembap, sihat dan glowing. Jangan lupa minum air kosong sebanyak lapan gelas setiap hari. Jumlah gelas bergantung pada jantina dan berat. Air dapat memberi nutrien yang boleh melembapkan kulit wajah. Wajah yang lembap akan membuatkan kulit nampak sihat dan awet muda.
Rejim penjagaan wajah sangatlah penting, lupakan saja impian anda itu jika anda tidak konsisten dalam rejim penjagaan wajah. Gunakan double cleanser, toner, esen dan serum, pelembap dan krim sunblock, krim mata, masker, krim siang atau malam. Setiap darinya mempunyai fungsinya yang tersendiri. Paling penting anda perlu rajin ya!
Janganlah sentiasa mengharapkan bantuan solekan untuk nampak glowing ya. Solekan yang tebal dan tak ditanggalkan dengan betul akan merosakkan kulit muka. Liang pori akan tersumbat dan masalah kulit seperti jerawat pula yang akan timbul.
Berdepan dengan masalah kuliy wajah seperti jerawat dan bintik hitam sememangnya sangat menakutkan buat wanita namun jika anda berhadapan dengan masalah ini terutamanya jerawat jangan sesekali memicitnya. Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana bakteria daripada kawasan yang bermasalah akan tersebar ke tempat yang lain. Dapatkan bantuan pakar kulit untuk merawat kulit anda.
Jika anda ada masalah tompok-tompok hitam, tona kulit tak sekata, parut jerawat dan kesan sunburn, produk pencerah dapat membantu. Kesan-kesan tersebut perlulah dihilangkan terlebih dahulu jika anda idamkan kulit yang glowing. Namun berhati-hati ketika membeli produk pencerah. Pastikan ianya bebas merkuri dan hidrokuinon. Yang paling penting mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semestinya anda tidak sabar untuk menyambut perayaan berganda akhir tahun apatah lagi dengan menghadiri jemputan untuk ke parti. Keriangan pasti akan berganda bila wajah anda kelihatan glowing!
Mudah saja untuk dapatkan wajah yang cantik berseri anda cuma perlu amalkan dua langkah di bawah:
Langkah pertama dimana selepas membersihkan wajah dengan pencuci, hanya sapukan Hada Labo Hydrating Lotion.
Langkah kedua pula selepas losyen disapukan, oleskan pula Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum.
Penggunaan losyen dan booster serum amatlah penting dalam rejim kulit wajah harian setiap wanita.
Dengan menggunakan losyen memberikan banyak manfaat bagi kulit. Mengatasi kulit kering dan melembapkan kulit.
Booster Serum pula penuh dengan manfaat terbaik untuk kulit bagi mengelakkan tanda penuaan pramatang pada kulit. Penggunaan produk terbaik bagi kulit dapat mengekalkan keadaan kulit yang sihat dalam tempoh jangka masa yang lama.
Gunakan Hada Labo Hydrating Lotion selepas mencuci wajah. Dapat membantu mempercepat penyerapan produk seterusnya.
Produk ini mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid, kulit akan dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan bagi kelembapan berpanjangan. Ia juga mengandungi HA yang difermentasi pertama di dunia untuk memperkuat lapisan perlindungan kulit. Pastinya kulit anda akan kelihatan lebih bersinar.
Manakala H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum juga banyak kebaikannya juga. Antaranya dapat meningkatkan hidrasi. Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi empat jenis Hyaluronic Acid untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
“Gunakan dua produk ini sebelum memakai foundation, untuk solekan yang lebih licin dan tahan lama.”
Memiliki kulit wajah yang berseri pastikan anda aplikasikan Hada Labo Hydrating Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum.
Dengan mengamalkan dua produk ini membantu merawat masalah kulit seperti kekeringan, kusam, garis halus, jeragat dan masalah kulit yang lain. Malah kulit anda akan nampak ‘glowing’ dan pastinya mencapai kulit yang cantik dan sempurna.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.