Penyanyi kecil molek, Elyana kembali mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya tanpa rambut. Namun, ramai yang terkejut dan keliru. Bukankah dia pernah disahkan bebas kanser?
Menjawab persoalan ramai, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, tampil menjelaskan bahawa foto yang dimuat naik di Instagram itu bukanlah gambar terkini, tetapi dirakam beberapa bulan lalu, sewaktu sedang menjalani rawatan kemoterapi.
“Kalau anda tengok gambar di media sosial tu, itu bukan foto semalam. Ia gambar lama, masa saya sedang jalani rawatan. Sekarang ni pun, saya masih teruskan kemoterapi,” ujar Elyana ketika ditemui di Majlis Amal KAWAN, yang menghimpunkan pesakit serta bekas pesakit kanser, semalam.
Walaupun tubuhnya diuji dan jiwanya diasak, Elyana kekal menjalani hidup seperti biasa. Ada suami di sisi, ada dua anak perempuan yang memahami dan ada semangat yang tak pernah mati.
Ads
“Saya dan suami saling membantu urus rumah dan anak-anak. Itulah manisnya rumah tangga – susah senang bersama,” luah Elyana yang dikurniakan dua cahaya mata, masing-masing berusia 14 dan 6 tahun.
“Saya ini nampak macam Power Rangers di luar. Tapi sampai rumah, lembik juga. Itulah realiti. Sedih juga bila orang kata saya pura-pura sakit nakkan perhatian. Apa yang saya dapat kalau menipu?”
Bagi Elyana, pengalaman bertarung dengan kanser sejak 2010 bukanlah sesuatu yang ingin diratapi. Sebaliknya, ia menjadi ruang untuk memberi harapan kepada wanita lain yang mungkin sedang melalui perjalanan yang sama.
“Saya nak beri semangat pada mereka. Bila mereka tengok saya masih boleh tersenyum, mereka juga mungkin rasa mahu terus berjuang.”
Di majlis yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Elyana tidak hanya hadir sebagai tetamu. Dia menghadiahkan lagu “Tak Tercapai Akalmu”, sebuah lagu lama yang kini mendapat makna baru—lagu untuk mereka yang sedang mencari kekuatan dalam derita.
Setiap manusia ada titik jatuh dan bangkit dalam hidup. Bagi penyanyi bersuara
emas, Salamiah Hassan, perjalanan hidup selama 74 tahun bukan sekadar dipenuhi nostalgia seni dan kejayaan, tetapi turut sarat dengan kisah pengorbanan, kehilangan dan pencarian makna yang sebenar tentang kebahagiaan.
Dalam satu sesi healing bersama pakar pembangunan diri, Dr. Hisham Dzakiria yang
berlangsung di Ascott Kuala Lumpur minggu lalu, Salamiah tampil tenang dan ceria
menggambarkan satu sisi dirinya yang mungkin jarang dilihat khalayak.
Sesi tersebut menjadi ruang terbuka buat beliau meluahkan isi hati, berkongsi detik-detik paling peribadi serta bagaimana beliau membina semula dirinya selepas melalui pelbagai cabaran hidup.
“Saya dah lalui semua. Sekarang ni saya cuma nak buat yang terbaik. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri, keluarga dan untuk jumpa suami di jannah,” luah Salamiah jujur, membuka bicara penuh refleksi.
Apa yang lebih menyentuh hati, apabila beliau buat pertama kali berkongsi mengenai
hubungannya selama 20 tahun bersama seorang lelaki yang akhirnya meninggal dunia akibat kanser tahap empat ketika pandemik.
Hubungan yang dirahsiakan dari anak-anak dan keluarga itu hanya didedahkan apabila
Salamiah benar-benar yakin dengan perasaannya.
“Saya sendiri simpan rahsia itu lama. Sampai anak-anak pun tak tahu. Bila saya pasti dengan apa yang saya rasa, barulah saya beritahu mereka. Mereka semua terkejut,” katanya sambil mengakui bahawa antara soalan pertama anak lelakinya ialah, “Apa bukti mama kenal dia?”
Namun bagi Salamiah, bukti cinta itu bukan sekadar apa yang boleh dilihat mata. Ia tentang pesan-pesan yang ditinggalkan, yang kini menjadi bekal kekuatan dalam hidupnya.
“Dia selalu pesan, ‘Jadi apa yang you nak jadi dalam hidup’. Sampai sekarang saya ingat. Itu yang buat saya terus nak jadi lebih baik.”
Dalam sesi bersama Dr. Hisham, beliau dibimbing melalui teknik visualisasi dan latihan
pernafasan mendalam untuk melihat dan merasai perubahan diri dari siapa dirinya hari ini,
siapa dirinya yang dulu, dan siapa dirinya yang ingin dicapai pada masa depan.
Ia bukan proses hipnosis, sebaliknya pendekatan psikologi lembut berteraskan NLP
(Neuro-Linguistic Programming).
“Manusia ni penuh dengan corak (pattern). Kalau nak berubah, kita kena tahu pattern mana yang rosakkan kita. Dan kena tukar dengan pattern yang bantu kita jadi lebih baik,” jelas Dr. Hisham ketika membantu Salamiah memusatkan fokus dan mencipta ‘hologram diri’ satu teknik yang membuka ruang untuk beliau melihat potensi dirinya dalam bentuk fizikal dan emosi.
Salamiah juga berkongsi bahawa beliau kini lebih mementingkan ketenangan dalaman
berbanding perhatian luaran.
Banyak koleksi pakaian mewah dalam almarinya telah disedekahkan kepada saudara-mara, dan sebahagian lagi kepada mereka yang bukan beragama Islam.
“Dulu saya suka beli baju. Sekarang saya bagi pada orang. Yang tak ada lengan saya bagi
pada mereka yang bukan Islam, yang berlengan saya beri pada anak-anak saudara. Saya rasa ringan bila saya lepaskan.”
Namun di sebalik kekuatan yang ditunjukkan, Salamiah mengakui bahawa beliau juga pernah lelah, pernah menangis dan pernah hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling.
“Saya susah nak percaya orang. Bila kawan kongsi masalah, saya simpan. Tapi bila tiba giliran saya, saya tak tahu nak cerita pada siapa. Tapi saya belajar satu perkara. Menangis itu bukan lemah. Menangis tu sebenarnya tanda kita dah mula healing.”
Katanya lagi, setiap kali solat, beliau pasti akan menitiskan air mata teringatkan arwah yang pergi pada hari Jumaat, satu pemergian yang beliau anggap penuh keberkatan.
“Saya bersyukur, dia pergi pada hari yang baik. Itu orang baik,” ucapnya, tenang.
Katanya lagi, setiap kali solat, beliau pasti akan menitiskan air mata teringatkan arwah yang pergi pada hari Jumaat, satu pemergian yang beliau anggap penuh keberkatan.
“Saya bersyukur, dia pergi pada hari yang baik. Itu orang baik,” ucapnya, tenang.
Sesi hampir sejam itu diakhiri dengan satu kesimpulan bermakna bahawa untuk menjadi insan yang lebih baik, seseorang itu perlu mengenal dirinya dahulu.
Ketenangan bukan datang dari luar, tetapi bermula dari dalam hati. Dan untuk memberi kepada orang lain, kita perlu cukup dahulu dari dalam.
“Saya nak sihat, saya nak tenang, saya nak gembira. Kalau orang cakap pasal saya pun, saya tetap senyum. Sebab itu pahala saya,” kata Salamiah, menutup sesi dengan senyuman yang membawa makna jauh lebih dalam daripada sekadar kata-kata.
Di sebalik senyum manis seorang ibu dan pandangan mata yang penuh kasih, terpancar kebahagiaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Itulah yang terpancar pada wajah pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, ketika meraikan majlis kesyukuran cahaya mata sulungnya, Lyla Mulan Teh, yang berlangsung meriah di Singapura semalam.
Tampil anggun berhijab dan menyarung busana rona hijau lembut, Atikah kelihatan berseri-seri. Namun yang paling mencuri perhatian pastinya si kecil Lyla Mulan, yang tampak seindah anak patung dalam gaun putih suci, lengkap dengan raut wajah menenangkan, seolah hadir dari dunia dongeng.
“Saya sangat gembira hari ini. Terima kasih buat seluruh keluarga di Singapura yang hadir memeriahkan majlis Lyla,” ujar Atikah yang menyambut majlis penuh syukur itu bersama suami tercinta, Datuk Lokman Teh, Ketua Pegawai Eksekutif jenama kecantikan terkenal, Zaitun.
Meskipun persiapan dibuat di saat-saat akhir, jelas Atikah, segala-galanya berjalan lancar atas izin Allah.
Ribuan peminat membanjiri ruangan komen di media sosial selepas Atikah berkongsi foto dan momen istimewa majlis tersebut. Kebanyakan mereka memuji penampilan duo ibu-anak ini yang disifatkan ibarat puteri dan permaisuri di majlis raja sehari.
“Macam majlis baby puteri raja!” “Lyla Mulan sangat comel dan wajahnya menenangkan. Sejuk mata memandang.” “Dari mata sampai pipi, jelas gabungan wajah ibu dan ayah. Cantik berseri!”
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024 dalam satu majlis tertutup penuh elegan. Hanya dua bulan kemudian, pasangan bahagia ini menerima rezeki terbesar dalam hidup mereka, kehadiran si kecil Lyla Mulan Teh yang dilahirkan pada 8 Mac 2025.
Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan. Pemilik nama sebenar Datuk Seri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih popular dengan panggilan Rossa sememangnya seorang wanita yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan senyuman.
Seperti yang diketahui ramai, Rossa merupakan ibu tunggal. Walau sudah lebih dari sedekad hidup solo bersama anaknya selepas rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo tidak berpanjangan Rossa begitu gigih meneruskan kehidupan.
Ketika bertandang ke Malaysia, sewaktu ditemubual penyanyi yang berbadan genit ini diajukan tentang persoalan jodoh.
Meskipun acap kali diaju persoalan serupa berkait kehidupan peribadi, Rossa tidak pernah melatah, malah sentiasa bersikap terbuka.
“Saya masih menunggu jodoh kiriman Tuhan. Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apa lagi menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan”, katanya yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga pada 2009.
Malah Rossa juga akui tidak pernah menutup pintu hati menerima lelaki bergelar suami dalam kehidupannya semula.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir hidup solo selamanya. Malah, saya tidak pernah menyatakan hidup solo amat menyenangkan.
“Bagi saya, setiap manusia tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya tetap perlukan teman hidup.
“Saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu.
“Saya juga tidak suka berbicara soal cinta, sebaliknya lebih gemar meluahkannya dalam lagu,” kongsi Rossa.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.