“Saya Berharap Hari Ini Akan Bermula Buku Baharu Dalam Hidup,” Puteri Sarah. Kemelut krisis rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof hampir menemui titik nokhtahnya. Hari ini kes perceraian yang telah difailkan sebelum ini, akan dimuktamadkan keputusannya di mahkamah.
“Saya sudah lama reda.”
Demikian kata pelakon Puteri Sarah ketika ditanya perasaan dirinya yang bakal berdepan kes perceraian dengan suami juga pengarah terkenal Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah, di sini, pagi ini.
Lebih Tenang & Mendapat Sokongan Keluarga
Puteri Sarah, 38, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih tenang selain mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa mentua.
“Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya.
“Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT.
Ads
“Kedua ibu bapa saya tak datang hari ini begitu juga kedua mentua. Saya tahu mereka sedih. Tapi, jauh di sudut hati mereka tetap mahukan saya gembira dan membahagiakan diri sendiri,” katanya.
Lebih Setahun Tak Jumpa Suami
Ditanya apakah perasaan untuk berjumpa Syamsul hari ini, Puteri Sarah berkata dia biasa-biasa saja.
“Sejujurnya, saya sudah lebih setahun tak berjumpa dengannya,” katanya ringkas.
Ads
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu apabila tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.
Ads
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan keputusan terbaik pada hari ini setelah sekian lama bersabar. Semoga dapat membuka lembaran baru dan kehidupan lebih baik hendaknya.
Kalau buat paste cili padi ini, kerja dapur anda jadi lebih mudah. Sebab sesuai nak buat sup, nasi goreng, lauk sambal dan sebagainya. Elok sangat resepi yang dikongsi oleh Puan Siti Hasnah Rahman ini. Ikuti rahsia nak buat paste ini…
Paste cili padi pelbagai guna, resipi ibu mertua ku. Biasa saya tambah dalam nasi goreng, nak goreng nasi tu tak payah tumis dah, letak paste ini sikit dalam sesudu je, tambah ikan bilis (kasi garing sikit) dan gaul je dengan nasi, nak pecah telur pun boleh, sila kan! Kalau nak letak dalam sup siam pun sedap atau nak buat paste sambal ketuk, merecik baqhang!!
Nak pedas macam mana korang kontrol sendri, tapi pada aku guna 1 sudu kecik dah pedas. Kalau ikut resipi aku ini mungkin boleh tahan 8 bulan. Jom buat!
Bahan-bahan:
1kg cili api
2biji bawang besar
Beberapa ulas bawang putih
Minyak masak paras cili (nak tambah air sikit pon ok)
Cara:
1. Ambil semua bahan di atas, lepas itu kisar sampai halus.
2. Masak dengan api sederhana, sila kacau sikit-sikit jangan biar berkerak di bawah. Sambil-sambil kacau boleh basuh pinggan sebab nak tunggu masaka ambil masa 20 minit juga.
3. Siap masak sampai pecah minyak macam ini, waktu ini baru tambah garam sikit. Tak payah lah korang nak rasa-rasa pulak ya, kang kebas mulut korang baru tau!
4. Biarlah kalau tawar pun, masin ke. Dah siap boleh terus cari bekas untuk simpan. Kalau korang nak rasa biar dah jadi nasi goreng dulu ke apa ke. Baru korang rasa sedap ke tak nasi tu, dah rasa kurang masin baru tambah garam. Haaa… gitu!
5. Siap simpan dalam bekas yang sesuai dan masukkn dalam peti sejuk, tahan 1 bulan, boleh juga bahagi dalam beberapa bekas kecil dan simpan dalam peti beku, boleh tahan 3 tahun barangkali.
Selamat mencuba ya, mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon Ika Nabella akui ketika pertama kali mengenakan hijab orang pertama yang dirinya minta ampun merupakan ayahnya.
Sempena sambutan Hari Hijab Sedunia, Ika Nabella mengambil kesempatan berkongsi penghijrahan dalam hidupnya.
Ika Nabella Kongsi Kisah Hijrah Berhijab
Suri hati kepada Muhammad Zaid Aznam dan ibu kepada Muhammad Noah Zayn ini meluahkan rasa menerusi entri di akaun Instagramnya.
“Yesterday was a Hijab Day? I tak tahu …
“I hope it’s not too late.
“Happy Hijab Day Ladiesssss !
“Let me share a bit about my hijrah since ada yang tanya KENAPA IKA BERHIJAB? Lillahitaala kerana Dia.
Anak Lelaki Motivasi Terbaik Ika Berhijab
“My biggest motivation is my son @muhammadnoahzayn bukan bermaksud yang lain2 tidak but looking at him buat I tergesa gesa utk berubah jadi individu yang lebih baik dari semua segi. Sejak belum punya zuriat lagi..
“I’ve always imagine my self hantar anak ke sekolah dgn imej yang berbeza, tutup aurat dgn sempurna,perwatakan yang jauh lebih menyenangkan.
“I nak the moment Noah Zayn ada memory, I’ll be his best memory, someone close as a role model whenever he make his life choices & yes he changed me a lot!
Suami Sebelum Ini Tak Pernah Bangkitkan Soal Hijab
“& of course my syurga @zaidbowie
“No! He never force me to wear tudung tak pernah sekali pun bangkitkan soal hijab but..
“Everytime dia pass kan tudung to his siblings bila ada ipar dlm rumah buat I terasa hati sebab biar I awkward sorang-sorang because I’m the only one yang free hair in our family. Both families!
“Pergi mana-mana I sorang je bogel & he keep saying I’m the most beautiful person he ever known.
“I segan.. dia sentiasa puji I from day 1 kami bercinta.. Dia buat I percaya yg I cantik &
“I thought of keeping it only for him ….
Ayah Orang Pertama Ika Nabella Minta Ampun
“Ayah too… he is the first person I mintak ampun bila I berhijab sepatutnya dari dulu lagi.
Mohon doakan I sentiasa diberi hidayah & kekal istiqomah please .?
“You doa means a lot to me,” tulis Ika.
Sejak semalam instagram pelakon Izreen Azminda dipenuhi dengan gambar perkahwinan dengan suaminya, pemuzik Ude Wahid. Netizen tertanya-tanya ‘apakah itu majlis persandingan’ Izreen dan Ude? Apatah lagi sampai ke hari ini ruangan komen di status berkenaan masih ditutup.
Hari ini, Ude Wahid menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Mengapa mereka suami isteri, merakam foto-foto berpakaian pengantin dan duduk di atas pelamin indah bagaikan sebuah majlis perkahwinan.
“Assalammualaikum. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar. Saya dan isteri ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua team dan krew yang bertungkus lumus menjayakan sesi fotoshoot kami.”
“Dengan konsep yang dibuat ala-ala majlis sebenar.”
“Sorry kepada semua yang ingat saya tak jemput mereka. Bukan majlis ye.. fotoshoot je.”
Itulah luahan yang dicatatkan Ude Wahid dalam instagramnya.
Izreen Azminda Minta Maaf Pada Semua
Sementara dalam instagram Izreen, beliau memohon maaf pada yang menyangka dia dan suami tak menjemput mereka ke majlis perkahwinan itu.
“Sorry kepada sahabat-sahabat, saudara mara, pihak media dan kepada semua. Yang ingat kami tak jemput sorry yer.”
“Fotoshoot jer pun. Dan ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak sponsor yang menjayakan fotoshoot kali ini.”
“Tip Top! Memang betul-betul ikut konsep yang korang dah plan. Konsep ‘WEDDING SEBENAR’.
Jelaslah bahawa gambar yang dimuat naik oleh Izreen Azminda itu hanyalah sekadar gambar fotoshoot dirinya dan suami, Ude Wahid yang berkongsep ‘wedding sebenar’.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.