“Saya Bekerja Cari Duit Sendiri” Uqasha mendakwa dirinya bekerja keras membeli susu serta lampin pakai buang anak.
Itulah luahan dari Uqasha Senrose yang meluahkan dirinya tidak mampu lagi berdiam diri dan mendakwa suaminya, Kamal Adli gagal tunaikan tanggungjawab dalam memberikan nafkah yang mencukupi buatnya dan anak sepanjang perkahwinan mereka.
Uqasha dan Kamal sudahpun mendirikan rumah tangga selama empat tahun. Akuinya seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, Uqasha menyatakan dirinya terpaksa bekerja keras bagi menanggung keperluan keluarga terutama bagi membeli susu serta lampin pakai buang untuk Hawra Uqaira.
“Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah (mencukupi).
“Itu (hal) yang saya tak sentuh lagi. Kalian kata kononnya dia bekerja. Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau.
Ads
“Tak! Saya cari, saya bekerja cari duit saya sendiri,” ungkap Uqasha.
“Saya Yang Besarkan Uqaira, Belikan Baju Dia Sampai Dia Besar Sekarang”
Uqasha turut memberitahu dirinya yang membeli kelengkapan pakaian anaknya hingga sekarang.
“Saya yang besarkan Uqaira, saya beli bajunya sampailah dia besar sekarang.
Ads
“Diapers (lampin), susu, semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda itu,” ujarnya yang turut menafikan dirinya mempunyai masalah mental.
Erra Fazira selamat bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin sepokok bunga emas seberat 102 gram. Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira sebentar tadi selamat bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain.
Memilih keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari serta tarikh menarik 12.12.2025, dengan sekali lafaz tepat jam 9,19 pagi tadi, dirinya kembali bergelar isteri selepas 10 tahun hidup sendirian.
Penyatuan pasangan ini berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek tampil anggun mengenakan rona serba biru muda rekaan Rizman Ruzaini. Seri pengantin terpancar di wajah primadona tanahair ini tatkala melangkah masuk ke dewan pernikahan diiringi anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 16 tahun yang mengenakan persalinan rona putih.
Menerima mas kahwin iaitu 24 dinar emas yang dibentuk menjadi sepokok bunga seberat 102 gram, kedua pasangan ini mengukir senyuman manis tatkala selamat bergelar suami isteri.
Sesuatu yang berbeza, pasangan ini meletakkan kesemua barang hantaran dalam satu talam, berbeza dengan pernikahan biasa yang mana barang hantaran diletakkan dalam bekas berbeza.
Antara lain kata Erra Fazira, dirinya mahukan sesuatu yang ringkas dan praktikal memandangkan persiapan majlis juga agak suntuk.
“Selalunya orang (pengantin) buat lima berbalas tujuh dulang hantaran. Ada juga tujuh berbalas sembilan dulang.
“Tetapi kali ini kami nak buat kelainan sikit, tak payah nak pening-pening, tak perlu nak ada dayang-dayang bawa dulang hantaran, kita satukan semua dalam talam saja. Satu dulang tetapi dulang yang agak besar boleh masukkan semua barang hantaran,” katanya.
Antara yang menjadi tumpuan pada pernikahan Erra Fazira ialah barang-barang hantaran seperti tas tangan berjenama mewah, jam tangan, kasut serta barangan kemas yang diletak di dalam talam sebagai hantaran perkahwinan.
Majlis diadakan secara tertutup di mana mana tema putih menjadi pilahan pasangan ini dan ianya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan rapat serta pihak media sahaja. Sekadar info, ini adalah perkahwinan ketiga buat Erra Fazira dan kedua buat Ezwan Zain.
Berbeza usia sekitar tujuh tahun di mana Ezwan berusia 44 tahun dan merupakan pemilik Kueh Cafe, kisah cinta mereka menjadi tumpuan pada tahun ini sebelum keduanya mengikat tali perhubungan sebagai suami isteri. Di doakan agar pasangan pengantin till jannah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi menyayat hati berlaku pada Jumaat apabila nahas SUV di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris – Sungai Gawi – Aring meragut nyawa sepasang bakal pengantin selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung berhampiran Bukit Kawah.
Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, Hassan Shazali, 52, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, bersama tunangnya, Suzaimah Che Azis, 34, yang bekerja sebagai pembantu kantin, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan serius. Pasangan ini difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember nanti, namun impian itu tidak kesampaian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab memaklumkan bahawa pasangan tersebut menaiki Toyota Fortuner dan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju kediaman mereka di Gua Musang, Kelantan ketika nahas SUV berlaku.
Siasatan awal mendapati laluan yang digunakan sebenarnya telah ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan. Keadaan jalan yang tidak rata serta tidak stabil turut menambahkan risiko kepada pengguna.
Menurut kenyataan beliau: “Sebaik tiba di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 61 meter.”
Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia serta-merta akibat kecederaan parah. Insiden ini menggemparkan penduduk kawasan sekitar dan menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat yang turut bersimpati terhadap keluarga mangsa.
Sharudin memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu bagi urusan bedah siasat. Tambahnya, laluan tersebut merupakan laluan persekutuan yang ketika itu telah ditutup kepada pengguna jalan raya kerana berada dalam zon tanah runtuh.
Beliau menegaskan bahawa pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi arahan penutupan jalan demi keselamatan, terutama di kawasan yang diketahui berisiko tinggi berlaku pergerakan tanah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sebagai laluan yang sering terdedah kepada perubahan struktur tanah, kawasan Bukit Kawah dan laluan sekitarnya memerlukan perhatian serius daripada pengguna jalan raya. Tanah runtuh yang berlaku sebelum ini menjadikan kawasan tersebut tidak stabil dan mudah runtuh semula, terutama selepas hujan lebat.
Pihak berkuasa berkali-kali mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko melalui laluan yang telah ditutup, meskipun kadang-kadang kelihatan masih boleh dilalui secara fizikal. Struktur tanah yang tidak stabil boleh gagal pada bila-bila masa tanpa amaran awal.
Kisah pasangan bakal pengantin ini menyentuh hati ramai dan menjadi peringatan tentang bahaya jalan berisiko tinggi. Selain ucapan takziah yang mengalir di media sosial, ramai turut menyeru agar langkah keselamatan diperketatkan dan pemantauan lebih kerap dilakukan di kawasan tanah runtuh.
Pakar keselamatan jalan raya turut menasihatkan agar pemandu sentiasa menyemak laporan keadaan jalan melalui sumber rasmi seperti JKR atau PDRM sebelum memulakan perjalanan jauh, terutama ketika musim hujan.
Tragedi nahas SUV ini sewajarnya menjadi pengajaran penting mengenai keperluan mematuhi arahan keselamatan dan mengambil kira risiko sebenar di laluan yang tidak stabil.
“Saya Tak Fikir Pun Pasal Segala Benda Tuntutan, Duit Atau Apa-Apa” itulah antara luahan pelakon Linda Hashim yang tekad untuk berpisah dengan suaminya Beego.
Untuk rekod, Linda dan Beego berkahwin pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Rumah tangga mereka pernah melalui episod perceraian dan rujuk sebelum ini, namun sejak Januari lalu, Linda memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.
Bagi seorang wanita, menunggu kepastian dalam sebuah perkahwinan yang sudah retak bukanlah perkara mudah. Itulah yang sedang dilalui oleh pelakon, Linda Hashim, 41, apabila suaminya, Beego, sekali lagi tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz taklik dan perceraian mereka.
Dengan nada tenang tetapi jelas terselit rasa terkilan, Linda meluahkan kekecewaannya apabila alasan ketidakhadiran suami dikaitkan dengan kematian ahli keluarga. Namun, menurutnya, segala urusan pengebumian telah selesai lebih awal dan suaminya masih mempunyai ruang untuk hadir ke mahkamah.
“Saya ada bukti mengenai keberadaannya. Tapi tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui. Saya serahkan semuanya kepada-Nya dan berharap perjalanan ini berakhir dengan pengakhiran yang baik,” katanya dengan penuh reda.
Sebagai seorang ibu kepada tiga cahaya mata, Linda mengakui keletihan emosi yang dirasai apabila proses perceraian ini seakan disengajakan untuk dilengahkan. Dia mendakwa kelewatan ini berpunca daripada kebimbangan suami terhadap tuntutan nafkah anak-anak, nafkah iddah dan mutaah.
“Dia nak tengok dulu. Sekiranya dia bersetuju, dia akan cerai. Sekiranya dia tak bersetuju, mungkin dia akan gantung lagi ke ataupun akan ‘hold’ ataupun apa-apa sajalah. Itu yang diberitahu,” kata Linda seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Linda juga menambah sebenarnya tidak memikirkan soal nafkah idah, nafkah anak-anak serta segala benda yang berkaitan dengan duit kerana hanya mahu Beego melepaskannya.
“Saya rasa dia risaukan pada benda itu. Jadi dia menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami untuk ‘hold’ dulu benda itu selagi dia tak tengok berapa jumlah yang saya minta.
“Buat masa sekarang ini saya tak fokus pun sebab saya memang tak fikir pun pasal segala benda tuntutan, duit atau apa-apa. Saya tak fikir pun pasal benda tu sebab saya hanya nak bercerai sahaja.
“Saya cuma mahu proses ini selesai. Kes ini sudah hampir setahun berjalan. Sebagai seorang wanita, menunggu tanpa kepastian adalah sangat memenatkan,” luahnya jujur.
Linda juga menegaskan bahawa hubungan mereka tidak pernah bermasalah secara terbuka, malah masih baik di hadapan anak-anak. Namun, apa yang berlaku di sebalik tabir nyata menguji kesabaran dan kekuatan dirinya sebagai seorang isteri dan ibu.
“Ada kes orang lain yang cepat selesai. Tapi saya percaya, setiap ujian ada ganjarannya. Mungkin Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk saya,” katanya penuh pengharapan.
Nora Danish baiki diri sepanjang Ramadan, tak mahu buat solat dengan tergesa-gesa. Semakin manis dan dilihat semakin banyak berkongsi perkara yang baik.