Ada ketika buntu nak masak apa, sebab bukan senang nak cari sajian yang sesuai dengan tekak anak-anak. Haaa… adakah anak anda peminat ayam? Apa kata ibu cuba sediakan Sate Nugget Ayam ini, perkongsian resepi dari Puan Junio Valerio Seriko…
Bahan-bahan:
300 gram daging ayam yang sudah di blender halus
10 sudu besar tepung ubi kayu/tepung sagu
1 biji telur
Sedikit daun bawang
Bawang putih yang sudah dikisar
Lada putih
Garam
Ads
Serbuk pati ayam
Cara-cara:
1. Campur semua bahan kemudian masukan tepung ubi supaya tak melekat sangat.
Ads
2. Tambah minyak masak sikit lepas itu rebus.
Ads
3. Akhir sekali, gaulkan daging telur selepas itu goreng. Campur telur dengan sikit tapioca flour yang sudah dimasukkan sedikit air supaya tak cepat hangus ketika ayam digoreng.
NOTA: Goreng guna api sederhana besar, tak boleh terlalu kecil dan jangan api besar, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Secara jujurnya bila kali terakhir makan ubat cacing? Jika sering rasa letih,tak sihat, sakit perut, batuk teruk berpanjangan dan sebagainya mungkin merupakan tanda, tubuh badan ada jangkitan cacing!Bahaya sebenarnya jika cacing-cacing ini dibiarkan ‘membiak’ didalam badan kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan pada kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian nota ringkas mengenai jangkitan cacing oleh Dr Abdul Rahim Nor sebagai panduan.
ILMU KESIHATAN. Artikel 274
1. Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yang tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dalam usus anda.
2.Ingat cacing hidup dalam badan semua manusia.kanak-kanak atau anda yang dewasa yang rendah immune & kebersihan tak dijaga.
3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1 tahun 6 bulan. Ubat Albendazole/Mebendazole yang hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pada cacing & cacing kehilangan tenaga & mati.
4.Cacing bukan dalam usus saja. Tapi boleh merayap ke mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing /anjing & lain-lain binatang peliharaan..
Tanda-tanda Ada Infeksi Cacing
* Keluar cacing daripada lubang najis atau nampak cacing pada najis.
* Gatal dubur.
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Menggesir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sebab cacing di paru-paru.
Cara-Cara Elak Jangkitan Cacing
* Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum makan.
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Namun, wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang makan ubat cacing!
Kesan Sampingan Infeksi Cacing
1. Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah tak henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.
3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.
Jadi jangan pandang acuh tak acuh.Bahaya jangkitan cacing ni.
Cara Nak Bunuh Cacing
1.Makan buah tomato mentah atau
Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.
Kredit: Dr Abdul Rahim Nor
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia.
Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Kudapan ringan namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba resipi istimewa ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cermin dapur rumah anda yang biasa-biasa tu sebenarnya boleh ditukar jadi luar biasa hanya dengan sedikit effort saja. Mirror Sticker yang boleh anda D.I.Y (Do-It-Yourself) sendiri salah satu penyelesaian dalam usaha mencantikkan cermin tingkat di ruangan dapur anda.
Manfaatkan Perkongsian daripada Cik Puan Suhana Mat Rasu yang menjelaskan cara-caranya ikut langkah demi langkah. Paling seronok nak kongsi di sini, rupanya bukan seorang suri saja dah terjebak dengan DIY mirror sticker ni, Cik Puan Amka Arith, Cik Puan Nor Haslawati Saad, Cik Puan Umie Harun, Cik Puan Riena Erynna malah Cik Puan Ekin Omar pun terjebak sama!
Bahan-bahan
Mirror sticker (wallpaper untuk cermin) beli dari Mr. DIY. 1 roll saiz 90cm X 2m.
Harga RM23.50, cukup segelung ni untuk tingkap 2 panel Air yang dicampur sabun Gunting dan pen marker
Cara-caranya
1. Keluarkan cermin dari framenya. Cuci bersih so masa nilah akak excersice. Mana tak pernah cuci tu bolehlah bawak-bawak dicuci ye.
2. Letak cermin atas gulungan mirror sticker ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin dijadikan sukatan untuk mudahkan masa proses nak dipotong nanti. Potong miror sticker ikut panjang dan lebar yang telah ditanda.
3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit. Nak wangi tambahlah syampu anak ya.
4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ni sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu.
5. Tampal pada cermin, ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi disamping hilangkan gelembung udara (air bubble) jika ada. Pasang mirror sticker ni pada SALAH SATU bahagian cermin sahaja.
6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali di tempat asal iaitu di frame tingkap.
Nota Gambar
Tu gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang. Kos murah dan tak makan masa yang lama pun. Cantik juga so tak adalah orang nampak nyata dari luar rumah sebab dah ditampal mirror sticker tu. Bolehlah anda cuba nanti. Kiranya ini projek DIY untuk sambut Raya Haji depanlah ya.
“Dah siap sepenuhnya. Kena sabar gak pasang benda ni.Tadaaaaaa.. modal hanya RM18 je. Beli kat Mr.DIY”
Cik Puan Nor Haslawati Saad
“Dah terjebak juga…
Asalnya nak letak hitam putih. Hari jumaat pergi banyak lagi. Boleh pulak hari ahad dah habis.
Tiles stiker…Oleh kerana tiles dapur dah bercorak.. Kita tampal kat cermin la.
Boleh cover aurat dalam rumah masa memasak.Toilet pun dah jadi mangsa stiker viral ni. Habis kedai eco kena serbu.”
Akhirnye siap juga buat glass film nie.
Nak buat corak menegak kat atas tak boleh sebab lebar tak cukup panjang so kita melintang jelah, janji ok.
2 hari lepas saya ada post dalam proses buat benda alah ni. Lepas tu ramai yang minta saya post nak tengok bila dah siap sepenuhnya. Ok, saya tunjuk kat semua..nilah hasilnye. Terapi mata dengan kehijauan daun-daun..Nak masak pun tenang je rasa.. Love green…sejuk mata memandang.”
Mudahkan cara nak DIY cermin dapur ini. Selepas tahu cara-caranya mesti mak-mak pun dah ready nak ke kedai DIY dan bawa pulang mirror sticker, tampal terus di cermin dapur. Lagi teruja bila tengok mak-mak yang turut sama terjebak mencuba mirror sticker yang viral ni.
Sumber/Foto: Suhana Mat Rasu, Amka Arith, Nor Haslawati Saad, Umie Harun, Riena Erynna, Ekin Omar (Kelab Kaki D.I.Y) via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!