resdung

Mempunyai sakit resdung memang sengsara, hidung berair, tersumbat, kegatalan merenyam di sekitar muka, wajah membengkak dan sebagainya. Serba serbi tak selesa dibuatnya, jika dibiarkan pula boleh melarat.Selain mendapatkan perubatan moden di klinik mahupun farmasi, sebenarnya penghidap resdung juga boleh mencuba melakukan rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit ini.

Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit resdung lebih-lebih lagi yang kronik boleh cuba petua tradisional yang dikongsikan oleh Puan Husna Hanafi ini iaitu menggunakan sapuan air perahan limau dan hirisan daun pandan.

Berikut perkongsian beliau;

Siapa yang ada RESDUNG KRONIK teruskan membaca.Kalau chuols perasan, 2-3 hari ni Kak Long kurang bersiaran. Selain dari sibuk handle blushers, actually kite kurang sihat sikit.

Kak Long rasa, dah lebih 10 tahun hadap resdung ni. Dah terbiasa bangun tidor hidung tersumbat sebelah, lagi sebelah mcm air paip keluar dia. Almost everyday tau.. dah tahap redha dah.Once in a while, attack dia datang teruk. Ye lah kan, kita ni pantang tengok sambal belacan. Memang selagi tak habis kita hadap. Dengan pulak jenis makan tak jaga.Bila sampai attack dia tu, akak selalu consume Clarinese atau kalau dah tahap mata gatal/bengkak kita makan sekali dengan Zrytec. Elok je lepas tu back to normal.

Tapi last week, since Monday Kak Long rasa tak selesa. Sinus attack kali ni memang teruk. Makan ubat apa pun tak jalan. Tahap teruk dia sampai migraine teruk, mata bengkak sekali dengan pakej kabur, gatal satu muka, jerawat tumbuh lepas satu-satu. Yang paling akak risau is mata tu..kabur je nak baca subtitles pun tak clear. Kepala sakit berdenyut, kita telan segala jenis ubat tak jalan. Betul-betul teruk kali ni.

Kita dah tahap nak serah diri kat hospital. Nak buat sinus surgery terus bilang kita ke Abam G.Dia tak bagi, dia suruh cari cara tradisional pulak. Stress hakak tau! Terus la call mama tanya mana tempat bagus. Mama bagitau ada tempat yang bagus. Siap buat appt semua, tadi terus ku bergegas pegi.

Bawa sekali my boy. Sebab I perasan Mika ni bangun tido every morning mesti selsema, gonyoh-gonyoh mata dia macam gatal sangat tak tau apa. Alang-alang dah pegi tu bawa la sekali.Tak jauh pun perjalanan, dalam kawasan kampung tempat rawatan tu.Isi nama & kami tunggu giliran.. sampai je turn Mama & Mika dorang terus buat.

Cara Rawatannya:

1.Sapu Air Perahan Limau & Urut Hidung 5 Minit

Diorang sapu air perahan limau kat muka, kena pejam mata. Dalam 5 minit gitu sementara tunggu kering akak tu urut-urut hidung Mika. Memang confirm Mika pun Sinus, menurun dari Mak dia ni.Bengkak dah hidung dia. Kakak tu ajar urut hidung setiap pagi buat hidung tak bengkak & bernafas lebih selesa. Kena buat hari-hari hihihi. Dapat satu ilmu tadi.

IKLAN

2.Tepek Hirisan Daun Pandan Di Muka

Lepas air limau dekat muka kering, terus kakak tu tepek hirisan daun pandan dekat muka Mika. Tengok gambar untuk rujukan. Tak sampai beberapa minit, I nampak muka Mika macam bergerak-gerak.

Disebalik hirisan daun pandan kat muka Mika tu, ULAT RESDUNG KELUAR.. omg omg masa ni hakak dah geli dah. Sebab akak ni awak campak lah tikus ke, lipas ke hakak tak takut. Tapi kalau dia bentuk ulat ke, ular je mmg ai cabut lari dulu.Tapi.. takleh nak lari tadi.. kena lah hadap tengok sampai habis ahahaha. Memang banyak keluar ulat hidup kat muka Mika. Muka Mama lagi banyak. Memang real wey, menggeletis tergedik-gedik ulat tu.

Ulat ni party kat pipi & dahi Mika sekali wey.

Posted by Husna Hanafi on Saturday, 14 July 2018

3.Lap Muka

Pastu kakak tu lap, and terus tanya Mika rasa macam mana lepas tu? Mika cakap dia rasa selesa..

IKLAN

Sampai turn Kak Long pulak, sama je proses macam Mika, akak tu urut hidung ku mmg bengkak teruk dah. Dia urut-urut bagi lembut, tiba-tiba hidung I selesa terus. Pas kering air limau tu terus muka ai kena lumur dengan daun pandan tu. Within seconds, muka ai rasa geli gilaaa! Macam ada benda bergerak-gerak atas muka OMG. Akak mmg dah panik dah, tapi berlagak cool je takut kena gelak.

Sama macam Mika tadi, kat dahi ku keluar ulat, kat dagu, kat hidung, kat pipi, kat mata semua rasa geli sbb ulat tu keluar secara berjemaah. Memang sadis.After while, tiba lah masa lap muka & tengok bahan bukti. Segala yang gatal kat muka I tadi dah selamat keluar. Kemain ko berpesta kat muka Kak Long eh. Kemain banyak keluar weyy.

Ni hasil tangkapan dari muka Kak Long, nyah kau wahai ULAT

Posted by Husna Hanafi on Saturday, 14 July 2018

Puas hati ai!! Sebab lepas tu memang rasa lega sangat-sangat. Mata dah nampak jelas, tak gatal dah & hidung dah berfungsi macam biasa ahaha. Depa bekalkan limau & bedak sejuk untuk continue buat kat rumah untuk 5 hari.Apa-apa pun memang tak tipu, bole rasa terus lega lepas treatment resdung tadi tu.

IKLAN

Buat yang ada penyakit sama dengan Kak Long, pi la berubat. Sebab resdung ni kalau dibiarkan boleh melarat. Sampai takleh bangun pun boleh jadi tau. Tengok je gambar & video sebagai rujukan.

Kak Long bagi 5 bintang! Malam ni boleh tidur dengan selesa yeay!

Hope this helps, share kalau bermanfaat tau ❤

Jadi mak-mak boleh cuba sendiri lakukan rawatan tradisional ini sendiri di rumah. Hanya perlukan air limau dan hirisan daun pandan je. Namun kalau tak sempat, boleh datang berubat lokasinya di sini.

Alamat:

Resdung Meru
Jalan Haji Mohd Sharif
Meru, 41050 Klang, Selangor

Sumber: Husna Hanafi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI